![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/6e9ca99f43dfa3e7179fdb94ae8e1af1.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
1 minute read
AKTIVITI AHLI PERTADI
from ILHAM PERTADI 2023
by peja88 aziz
Vcore Viii Pupuk Semangat Sukarelawan Pentadbir Universiti Awam
Mohd Najib Adun
Advertisement
Seramai 90 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai universiti awam telah menyumbang tenaga dalam menjayakan Program Khidmat Sosial VCORE VIII pada 4 Disember 2022 yang telah berlangsung di dua lokasi iaitu Kampung No 6 Kuching dan Kampung Endap, Kota Samarahan Sarawak Program ini adalah anjuran MASTI dengan kerjasama UniMAS dan KPT sempena Mesyuarat Eksekutif MASTI Kali ke-41 yang diadakan di Serapi Hotel, Kampung Bandarshah, Kuching, Sarawak
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/97ea8ea46242e011c34987202e28501f.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Majlis penyerahan buku dan sumbangan bakul makanan telah bermula pada pukul 8.00 pagi di Digital Community Centre (DCC) Kampong No 6, Kuching yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Japri bin Bujang Masli, CEO Pustaka Negeri Sarawak. Buku ini akan diletakkan di DCC sebagai bahan bacaan dan rujukan penduduk di kampung tersebut bagi memupuk minat membaca dan melahirkan masyarakat yang berilmu Manakala bakul makanan telah diserahkan kepada Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfidzul Quran Datuk Kadir Hassan
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/de95868be6a1e339c1dbc86cdaed90e4.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Para sukarelawan MASTI juga berpeluang menyumbang bakti dan tenaga untuk kerja mengecat masjid dan tadika di Kg Endap Kota Samarahan yang terletak 5km dari UniMAS Program ini juga merupakan kesinambungan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS UNIMAS) telah dirasmikan oleh YB Datuk Rubiah Wang, Ahli Parlimen Kota Samarahan. Pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat-ubatan secara percuma juga diberikan kepada para penduduk kampung oleh pasukan dari Fakulti Perubatan UniMAS. Sebanyak 80 bakul makanan telah disumbangkan kepada penduduk kampung tersebut.
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/2bd30123b0a51ae590e6f15113544363.jpeg?width=720&quality=85%2C50)