1 minute read

SENI, BUDAYA & KREATIVITI

Aku hanyalah seorang pekerja sosial hospital. Pekerja sosial seperti aku saban hari menerima kes baru dan kes susulan serta tak kurang kes walk in di kaunter. Pelbagai kes rujukan pesakit daripada Pakar dan Pegawai Perubatan dan Pegawai Audiologis baik dari wad mahupun klinik. Kes-kes bukan sahaja meliputi isu bantuan kewangan (untuk peralatan atau perubatan) tapi juga merangkumi isu psikososial pesakit khususnya dan keluarga amnya Cakap pasal bantuan, social worker macam aku ni dah tak boleh nak harapkan tabung hospital 100% dan aku yakin Pekerja Sosial Hospital yang lain pun alami ‘masalah’ yang sama. Suka aku nak bagitahu, kami juga ada berhubung dengan agensi bantuan daripada luar seperti Tabung Bantuan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Zakat (mengikut negeri), Baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Badan-badan NGO seperti Buddhist Tzu-Chi, LION Parkson Group, MAKNA, CAKNA dan beberapa lagi agensi bantuan.

Kerjasama ini sangat penting demi memastikan bantuan perubatan untuk pesakit dapat diperolehi sekaligus mengurangkan kadar bebanan yang ditanggung oleh pesakit yang benar-benar memerlukan. Ini belum lagi shelter home atau pusat jagaan warga emas yang saling berganding bahu dengan social worker di saat pesakit warga emas layu terkulai di wad-wad tanpa dipedulikan anak-anak atau penjaga dewasa Dengan erti kata lain, pekerja social hospital bukan sahaja mengambil rekod kerja kes untuk membuat laporan sosioekonomi bahkan turut membantu mendapatkan sumber bantuan lain seperti penempatan bagi golongangolongan yang berdepan dengan isu kekeluargaan dan sebagainya. Boleh dikatakan sepanjang dalam perkhidmatan aku telah berdepan pelbagai kes daripada displin perubatan seperti Psikiatri, Oftalmologi, Otorinolaringologi (ENT), Obstretik & Onkologi, Surgeri, Medical, Kardiologi, Ortopedik dan banyak lagi. Kes-kes sosial yang memerlukan terapi sokongan emosi selain penilaian biopsikosial adalah seperti ibu tanpa nikah, pengabaian dan penderaan kanakkanak, penderaan atau keganasan rumahtangga, pengangkatan dan pengabaian warga emas juga merupakan antara isu sosial yang sering diterima oleh pekerja sosial hospital seperti aku.

Advertisement

This article is from: