1 minute read

AKTIVITI AHLI PERTADI

Usai berehat dan bergambar, pendakian ini diteruskan menuju ke checkpoint yang utama iaitu Centipede Hill Sepanjang pendakian ini, kami sempat menyantuni dan bertegur sapa dengan pendaki lain yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan lapisan umur Ada pendaki yang berusia semuda 5 tahun, dan ada juga pendaki veteran yang sudah menjangkau umur 70 tahun

Lereng yang didaki semakin curam dan tinggi Ada kalanya kami terpaksa berpaut di pokok dan akar banir bagi mengimbangi tubuh badan yang sudah jerih Cahaya matahari yang membakar tubuh ternyata tidak dapat mematahkan semangat pendakian Tepat pukul 9 30 pagi, peserta pendakian ini berjaya menawan Centipede Hill, iaitu puncak bukit tertinggi di Bukit Melati

Advertisement

Pemandangan indah seluruh Bandar Baru Nilai dapat dinikmati di puncak bukit ini Memandangkan mentari semakin memancar terik, pendakian ini ditamatkan dan peserta mula menuruni Bukit Melati melalui lerenglereng bukit Kesemua peserta selamat tiba di kaki bukit pada pukul 10 pagi Sebelum pulang, kami bergambar kenang-kenangan di mercu tanda Bukit Melati Program Day Trip ini diakhiri dengan santapan lazat Laksa dan perbualan mesra di gerai makan yang berdekatan

This article is from: