![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/b94b32dc7d42d4ec661c101144629315.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
1 minute read
AKTIVITI AHLI PERTADI International Administrator Dialogue (IAD) : Mendepani Tadbir
from ILHAM PERTADI 2023
by peja88 aziz
Urus yang Semakin Mencabar
Mohd Najib Adun
Advertisement
MASTI dengan kerjasama AKEPT dan
UniMAS buat julang kalinya telah berjaya menganjurkan International
Administrator Dialogue (IAD) pada 03
Disember 2022 yang bertemakan
Empowering Professional
Administrators Globally Program yang berlangsung di Hotel Waterfront
Kuching, Sarawak telah dihadiri seramai 130 peserta dari kalangan pegawai pengurusan dan profesional
Universiti Awam, Universiti Swasta dan
Universiti Luar Negara
Majlis persamian telah disempurnakan oleh YBhg Prof Dr Wan Hashim bin
Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi) UniMAS yang turut dihadiri oleh YBhg Dato’
Prof Dr Nasrudin Mohamed, Pengarah
AKEPT dan YM Raja Syah Erman Raja
Arifin, Presiden MASTI Kupasan yang amat menarik telah disampaikan oleh barisan panel dialog pertama bertajuk
Leading Through Uncertainties yang terdiri daripada Puan Nor Aziah Ismail (Pendaftar UTM), Datin Azalina Adham (Pengarah Eksekutif SECCOM), Dr
Zurina Abdul Ghani (Timbalan
Pengarah Pejabat Startegik UIAM) dan En Rio Luhung Pribadi ( Universitas Islam Sultan Agung, Indonesia)
Pada sesi dialog kedua yang bertajuk
Accelerating Technology Adoption, panel pembentang yang diundang adalah Prof Ir Ts Dr Al-Khalid Hj
Othman (Sarawak Multimedia Authority), Prof Dr Ir Ari Purbayanto (Board of The National Accreditation Agency for Higher Education, Indonesia), Dato, Dr Shazelina Zainul
Abidin (Institute of Diplomacy and Foreign Relations) dan Dr Safirotu Khoir (Universitas Gadjah Mada, Indonesia).
Peranan yang dimainkan oleh pentadbir universiti amat kritikal dan mencabar pada masa kini dalam menguasai teknologi melalui pendekatan ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran dari masa ke semasa Melalui perkembangan teknologi, kerja akan menjadi lebih sistematik, menjimatkan sumber manusia, menjimatkan kos operasi dan menjimatkan masa Pendigitaln dokumen juga amat penting agar data data ditadbir urus dengan cekap dan perancangan yang lebih tepat dapat dilaksanakan bagi meramal masa depan dengan lebih strategik Aspek kewangan juga merupakan isu kritikal yang memerlukan para pentadbir bertindak dengan lebih kreatif dan berinovasi untuk menjana kewangan melalui sumber sedia ada bagi meningkatkan kelestarian organisasi dalam jangka masa panjang. Para pentadbir seharusnya mengelakkan ‘mindset saya tahu segalanya’ sebaliknya mengambil peluang mempelajari ilmu dan kemahiran baharu di samping mengekalkan perhubungan yang baik dengan semua pihak.
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/3055713060fc16235fe158a31f05d5e9.jpeg?width=720&quality=85%2C50)