1 minute read

SUDUT PANDANG

Tabiat 6: Sinergi (Synergize)

Sinergi ertinya bekerja secara berpasukan dalam organisasi atau kehidupan Jika tabiat ini dibiasakan, pencapaian organisasi akan menjadi berganda dan lebih mudah untuk pergi lebih jauh. Kata bijak pandai, “jika anda ingin pergi laju bergeraklah sendirian tetapi jika anda ingin pergi jauh, bergeraklah secara berpasukan ” Al-Quran dalam surah AlMaidah 5:2, Allah berpesan agar kita bersinergi dalam melakukan kebaikan dan jangan sesekali bersinergi dalam melakukan dosa dan permusuhan

Advertisement

Tabiat 7: Asah Gergaji (Sharpen the Saw)

Asah gergaji yang dimaksudkan ialah pentingnya mempertingkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa untuk kekal efektif Stephen R Covey menggambarkan tabiat ini umpama seorang lelaki yang sedang menggergaji sebatang pohon besar selama berjam-jam secara terus menerus tanpa henti sehingga dia sendiri keletihan sedangkan usahanya masih tidak berhasil Dalam situasi ini, lelaki ini sepatutnya berhenti seketika untuk mengasah gergajinya dan meneruskan semula kerja memotong pokok tersebut dan dengan itu, tindakannya akan menjadi lebih mudah kerana gergajinya sentiasa tajam Justeru itu, untuk kekal efektif dalam kerjaya dan kehidupan, selain sibuk dengan urusan kerja, pentadbir universiti perlu mengasah gergaji dengan memastikan keseimbang dalam semua aspek kehidupan samada aspek fizikal, emosi, mental dan spiritual.

Dalam Islam, Rasulullah SAW mengajar agar kita terus mengasah gergaji dengan sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa bermuhasabah tentang dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian ” (Hadis riwayat oleh Imam Al-Tirmizi)

Rumusannya, tujuh tabiat ini wajar dijadikan panduan dalam kehidupan semua pentadbir universiti dan menariknya ia juga selari dengan saranan ajaran Islam Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan siapa kita pada lima dan sepuluh tahun akan datang Pesanan Mahatma Gandhi dalam menentukan jalan kehidupan sangat wajar dihadamkan oleh kita semua, “Jaga-jaga dengan fikiran kamu kerana fikiran akan melahirkan kata-kata. Jaga-jaga dengan kata-kata kamu kerana kata-kata akan menghasilkan tindakan Jaga-jaga dengan tindakan kamu kerana tindakan akan menjadi tabiat Jaga-jaga dengan tabiat kamu kerana tabiat akan membentuk karekter kamu. Jaga-jaga dengan karekter kamu kerana ia akan menjadi takdir kepada kamu ”

This article is from: