1 minute read

WEBINAR SIRI 1 EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN PERTADI: TAKLIMAT DASAR PEMISAH

Pada hari Isnin, 26 Julai 2021 jam 11:30 pagi telah berlangsung webinar siri pertama bagi Exco Pembangunan

Modal Insan, PERTADI dengan kerjasama Jabatan Pendaftar berkaitan

Advertisement

Taklimat Dasar Pemisah kepada warga

Pengurusan dan Profesional (P&P) UKM

Taklimat yang disampaikan oleh Cik

Azlina Abu Bakar, Ketua Penolong

Pendaftar, Unit Elaun, Saraan dan

Prestasi ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang lebih jelas kepada warga P&P UKM berkaitan Dasar Pemisah

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Atiqah Moamat

Mastam, Pegawai Psikologi S48 dari Bahagian Sumber

Manusia, UKM yang bertindak selaku moderator mewakili

Exco Pembangunan Modal Insan PERTADI

Seramai 139 orang peserta yang terdiri daripada pegawai

Pengurusan & Profesional UKM telah menyertai sesi taklimat ini melalui platform WEBEX Para peserta telah diberi mata urus bakat melalui perkongsian pautan pendaftaran dan kajian kepuasan terhadap webinar di akhir program Dalam tempoh norma baharu, sesi taklimat yang dijalankan atas talian membolehkan peserta turut berinteraksi dan bertanyakan soalan secara terus kepada penceramah dan bilangan peserta juga boleh dalam kuantiti yang ramai Turut hadir dalam webinar ini adalah

Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Kanan

Bahagian Sumber Manusia, merangkap Presiden PERTADI, barisan EXCO PERTADI dan pegawai-pegawai kanan

Universiti Kebangsaan Malaysia

SeMaklumbalas yang diterima daripada sesi taklimat ini adalah sangat positif dan antara komen peserta adalah seperti berikut:

Program yang sangat baik dan diharap dapat perbanyakkan penerangan secara terperinci mengenai Dasar Pemisah melibatkan pegawai tadbir terutamanya

Ketua Pentadbiran disebabkan yang akan menguruskan perkara ini sebahagian besarnya adalah di bawah tanggungjawab Ketua Pentadbiran

Taklimat yang sangat bermanfaat untuk

P&P, penilai 1&2 serta ketua di PTJ

Ceramah yang sangat berguna dan diharap dapat diadakan dengan kerap

This article is from: