2 minute read

AKTIVITI PERTADI

Webinar Siri 2 Exco Pembangunan Modal Insan PERTADI: Memperkasa Profesionalisme P&P UKM Melalui Pengiktirafan

Teknologis Profesional (Ts.)

Advertisement

Pada hari Rabu, 3 November 2021 bermula jam 10:30 pagi telah berlangsung Webinar Siri ke-2 bagi Exco Pembangunan Modal Insan, PERTADI yang bertajuk “Memperkasa

Profesionalisme P&P UKM Melalui

Pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts )”

Seminar ini diadakan selepas Webinar Siri Pertama yang diadakan dengan jayanya pada

22 September 2021 Webinar ini telah menampilkan dua orang panel jemputan khas, iaitu Ts Dr Idris Zulkifle, Pegawai Sains

C44 dari Fakulti Sains & Teknologi, UKM dan Ts Dr Noraini Talib, Pegawai Teknologi

Maklumat, F44 dari Pusat Teknologi

Maklumat, UKM Webinar ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Hairul Faizal Hj

Ahmad, Pegawai Sains C48 dari Fakulti

Perubatan, UKM yang bertindak sebagai moderator dan dipengerusikan oleh En Shamsudin Ibrahim, Pustakawan S52 di awal majlis Webinar ini diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Kanan, merangkap Presiden PERTADI yang memberi ucapan pembukaan dan seterusnya merasmikan

Webinar Siri Ke-2 kali ini Turut hadir adalah barisan Exco PERTADI, pegawai-pegawai kanan UKM dan Universiti Awam

Tujuan diadakan webinar “Memperkasa

Profesionalisme P&P UKM Melalui

Pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts )” adalah memberi panduan dan maklumat kepada P&P UKM yang berkelayakan untuk memohon dan seterusnya mendapat pengiktirafan Teknologis Profesional, Ts. dan tajuk webinar ini bertepatan dengan komponen Bakat (Talent) yang terdapat pada nilai T.E.R.A.S UKM. Memperkasa profesion atau pekerjaan melalui pengiktirafan badan profesional adalah sesuatu nilai tambah dalam tugas dan tanggungjawab atas jawatan yang disandang oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P). Di Malaysia, terdapat beberapa badanbadan profesional yang terlibat dalam mengiktiraf kerja bagi sesuatu profesion seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT),

Memperaku Gelaran Sebagai

Jurutera

Profesional,Teknologis Profesional dan Doktor Perubatan.

Seramai lebih daripada 130 orang peserta di dalam dan luar UKM telah menyertai webinar ini melalui platform zoom dan kira-kira 160 orang mengikutinya melalui saluran facebook rasmi ‘UKM PERTADI’ Para peserta telah diberi sijil penyertaan melalui perkongsian link pendaftaran dan kajian kepuasan terhadap webinar di akhir program Melalui norma baharu, webinar ini telah dijalankan atas talian membolehkan peserta bukan terhad kepada pegawai P&P UKM sahaja malah turut disertai daripada masyarakat, para pensyarah dan pegawai P&P dari luar UKM. Para peserta diberi peluang untuk menanyakan soalan melalui ruangan ‘Chat’ dalam platform zoom dan secara spontan di penghujung webinar.

Melalui webinar ini, para peserta dapat mengetahui peranan badan profesional, iaitu MBOT dalam mengiktiraf teknologis dan tanggungjawab Teknologis Profesional setelah mendapat gelaran Ts Kedua-dua panel juga ada menyentuh dengan panjang lebar mengenai cara untuk memohon pengiktirafan Teknologis Profesional ini dengan menerangkan secara terperinci mengenai yuran pendaftaran, yuran proses dan yuran temuduga yang perlu disediakan. Yang lebih menarik, panel juga ada memberi tips menghadapi dan menjawab soalan dalam temuduga yang dikendalikan oleh MBOT. Sesi webinar kali ini dijalankan secara agak santai melibatkan 4 pusingan dan setiap pusingan panel-panel diajukan dengan soalan-soalan pertanyaan yang amat menarik dari moderator. Ini secara tidak langsung memberi lebih pemahaman kepada para peserta yang terlibat

Perkongsian pengalaman daripada keduadua panel dapat memberi inspirasi kepada pegawai P&P UKM untuk memohon Teknologis Profesional, Ts supaya lebih ramai pegawai-pegawai yang diiktiraf dalam kerjakerja melibatkan teknikal dan kepakaran bidang masing-masing

This article is from: