1 minute read

SAINS & TEKNOLOGI Ancaman Virus Kepada Tumbuhan

Mohd Faiz Mat Saad

Pegawai Penyelidik

Advertisement

Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia

Sejak berlakunya krisis pandemik COVID-19 pada penghujung tahun 2019, kesedaran tentang ancaman virus mula menjadi topik bicara masyarakat kebanyakan. Orang ramai mula cakna tentang kewujudan dan impak makhluk

‘halimunan’ yang mampu melumpuhkan ekonomi dan sosial di seluruh dunia. Virus tumbuhan juga mampu memberikan impak yang sama kepada tumbuhan jika tidak dikawal dan diselia dan mampu melumpuhkan sektor perladangan dan komoditi. Seperti yang terjadi di Fiji, Australia, Sri Lanka dan Malaysia dalam dekad yang lepas, virus Banana Bunchy Top Virus telah mengurangkan sekitar 70% sehingga 90% penghasilan pisang di negara-negara pengeluar buah ini

Virus tumbuhan pertama kali ditemui dan dikaji pada penghujung abad ke 19 oleh penyelidik dari Belanda dan Rusia yang pada ketika itu mengkaji penyebab penyakit misteri yang menjangkiti pokok tembakau yang seterusnya diberikan nama Tobacco Mosaic Virus. Sejak dari itu, bilangan virus tumbuhan yang ditemui terus meningkat dengan ketara. Dianggarkan sehingga kini 4000 jenis virus telah dikenalpasti yang mana 1000 daripadanya ialah virus tumbuhan. Jarang sekali bagi virus untuk membunuh tumbuhan, namun demikian jangkitan virus yang terjadi kepada tumbuhan memberikan impak negatif dengan menunjukkan pelbagai simptom, antaranya perubahan warna, erotan pada daun, pucuk, batang dan bunga, serta pengurangan kekuatan fizikal daun dan juga hasil tanaman . Dengan cara kawalan yang terhad, jangkitan virus pada tumbuhan sering mendatangkan masalah kepada pemilik tanaman yang berskala besar, mahupun tanaman persedirian.

Penyebaran virus tumbuhan menjadi semakin berganda dengan perkembangan sektor perdagangan pelbagai spesies tanaman dan kultivar, secara tidak langsung meningkatkan lagi kewujudan baru pelbagaian virus tumbuhan. Penyebaran virus tumbuhan sering terjadi dari satu tanaman kepada tanaman yang lain melalui pembiakan vegetatif, atau melalui proses semulajadi melalui serangga dan haiwan yang hinggap pada tanaman yang telah dijangkiti dan menyebarkan kepada tanaman lain.

Walaupun kebanyakan virus yang menjangkiti tumbuhan mendatangkan kesan negatif, namun terdapat juga virus yang mendatangkan kesan yang menarik kepada perumah dengan memberikan corak-corak yang unik kepada daun dan bunga tumbuhan yang dijangkiti Malah ada sesetengah virus yang sengaja dijangkiti oleh pembiak hiasan tanaman untuk meningkatkan nilai estetika tanaman yang secara tidak langsung meningkatkan nilai komersial tanaman tersebut. Antara contoh tanaman yang estetikanya meningkat selepas dijangkiti virus adalah bunga tulip daun pokok buluh jepun yang keduanya mempunyai corak tidak sekata yang unik pada permukaan tersebut.

This article is from: