![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/0514c7d2fdf0667d39e38484589818b7.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
1 minute read
SAINS & TEKNOLOGI
from ILHAM PERTADI 2023
by peja88 aziz
Rajah 3. Virus yang menjangkiti bunga tulip (kiri) dan bunga geranium (kanan) meningkatkan nilai estetikanya
Menuju ke hadapan, kesedaran tentang virus tumbuhan perlu lebih digiatkan. Masyarakat perlu disedarkan dengan ancaman dan keunikan virus tumbuhan bagi kita lebih menghargai kurniaan Tuhan kepada bumi Malaysia ini.
Advertisement
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230512094123-ed3bcfb9750ff21354ca8343fc3409cd/v1/7696b1d244c70dd3e5269718610a86c9.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Sebagai salah satu dari 12 negara yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti tertinggi di dunia, kita pastinya mempunyai kelebihan yang perlu diambil oleh penyelidik-penyelidik untuk mengkaji ancaman dan keunikan virus tumbuhan yang terdapat di bumi bertuah ini.
Kajian tentang virus tumbuhan merupakan salah satu kajian yang dijalankan di Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Sebagai sebuah institut penyelidikan seumpamanya di Malaysia, INBIOSIS menerajui dan menjalankan penyelidikan inovatif dalam bidang biologi sistem di negara ini. Tumpuan utama penyelidikan adalah untuk menerokai penemuan biologi dan penghasilan produk yang memberi impak kepada masyarakat menerusi pendekatan pelbagai bidang.
Rajah 4. Eksplorasi di peringkat molekul dalam kepelbagaian biologi dan kelestarian tropika bagi penemuan gen dan biomolekul baru dilakukan di INBIOSIS