






PENAUNG
Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar vc@umt.edu.my
PENASIHAT
Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar fahirah.mokhtar@umt.edu.my
KETUA PENGARANG
Roslina Ghazali roslina.ghazali@umt.edu.my
PENGARANG
Muhammad Hafizuddin Zakaria m.hafizuddin@umt.edu.my
Amirah Nabilah Ismail a.nabilah@umt.edu.my
PENYELARAS BAHAN Azmi Che Pa ainzaminya@umt.edu.my
Laila Mamat achik@umt edu my
3
4 5
Konflik Kepentingan: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Memahami Konflik Kepentingan dalam Konteks Perkhidmatan di UMT
Kajian Kes: Perak Hanjoong Simen Sdn Bhd. v. Perindustrian Tenaga Mix Sdn. Bhd
Conflict of Interest as an Employee of a Public University and Director of a Company
Sisipan Kes Undang-Undang
Penulisan artikel di dalam Legal Buzz ini hanyalah sebagai panduan umum sahaja dan bukan suatu penasihatan undang-undang yang muktamad. Pandangan atau pendapat yang dinyatakan oleh pengarang adalah milik pengarang sahaja, dan tidak menggambarkan pandangan atau pendapat UMT atau PPUU. Buletin ini diedarkan tanpa menjejaskan hak harta intelek milik UMT. Sebarang pengeluaran semula, penduaan atau pengubahan buletin ini, dalam apa jua bentuk atau cara, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali. UMT juga melarang penggunaan buletin ini dan semua atau mana-mana kandungannya di sini, untuk penjualan, keuntungan komersial dan/atau peribadi.
© 2022 Hak Cipta Terpelihara
Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Ilahi di atas penerbitan Legal Buzz edisi pertama bagi tahun 2022 Selaras dengan objektif penerbitan Legal Buzz sebagai perantara informasi undang-undang kepada warga UMT, saya berharap artikel-artikel yang kami paparkan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
Dalam penerbitan kali ini, kami membawakan topik mengenai "konflik kepentingan". Dalam konteks pekerjaan, konflik kepentingan biasanya akan berlaku apabila kepentingan peribadi seseorang pegawai itu bercanggah dengan tugas atau profesionalismenya disebabkan oleh hubungan tertentu seperti hubungan kekeluargaan, pekerjaan sampingan, politik atau pemegangan saham
Justeru, warga UMT wajar memahami perkara dan situasi yang boleh menimbulkan konflik kepentingan dalam pelaksanaan tugasnya bagi memastikan apa-apa tindakan atau keputusan yang dibuat berkaitan dengan bidang tugasnya tidak bercanggah dengan peraturan dan undangundang yang berkuatkuasa
Peraturan 3 (2) (b), Peraturan Tatatertib BadanBadan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 memperuntukkan bahawa:
" seseorang pegawai badan berkanun tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun".
Selanjutnya perenggan (c), Peraturan yang sama, tidak membenarkan pegawai badan berkanun berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menimbulkan syak yang munasabah bahawa
(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun; atau
(ii) dia menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun bagi faedahnya sendiri.
Besarlah harapan saya kupasan ringkas mengenai konflik kepentingan dalam edisi Legal Buzz kali ini dapat memberikan kefahaman dan kesedaran kepada para pembaca untuk sentiasa mementingkan pengamalan kerja yang telus, amanah dan berintegriti
Selamat membaca!
"Profesional, Berwibawa, Berintegriti"
#UMTsohor
#ppuumesrawarga
Salam hormat, Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar
Bismilahirahmanirrahim
Assalamualaikum w b t dan salam sejahtera
Pegawai atau kakitangan yang cemerlang dan berintegriti merupakan elemen penting yang perlu ada bagi memacu kecemerlangan sesebuah organisasi. Kupasan isu perundangan berkaitan konflik kepentingan dalam Legal Buzz kali ini amat saya alu-alukan kerana ianya merupakan salah satu punca utama yang boleh menyebabkan integriti seseorang pegawai dipersoalkan.
Tidak dapat dinafikan bahawa kebelakangan ini timbul pelbagai isu berkaitan konflik kepentingan dalam perkhidmatan samada dalam pentadbiran Kerajaan atau syarikat korporat Seseorang pegawai yang mempunyai kepentingan peribadi yang bercanggah dengan pekerjaannya boleh menimbulkan keraguan terhadap keadilan dan ketelusan keputusan yang dibuat berhubung dengan tugasnya Oleh itu, pendedahan dalam bentuk perakuan pengisytiharan kepentingan adalah sangat penting bagi melindungi integriti dan reputasi pegawai yang terlibat
Saya berpandangan perlu ada satu polisi khas bagi menguruskan konflik kepentingan dalam perkhidmatan UMT seperti yang disediakan oleh kebanyakan agensi Kerajaan dan swasta di Malaysia. Kewujudan polisi ini akan memberikan lebih keyakinan kepada pegawai, pelajar dan pemegang taruh lainnya mengenai ketelusan dalam pentadbiran di UMT terutamanya dalam perkaraperkara yang melibatkan pengurusan kewangan, kenaikan pangkat dan tatatertib.
Oleh itu, saya sangat menghargai penulisan artikel dalam edisi Legal Buzz kali kerana ianya sangat bertepatan dengan komitmen UMT untuk menjadi sebuah universiti awam yang berintegriti dan mementingkan penyampaian perkhidmatan yang telus, cekap dan berkualiti. Saya amat berharap agar semua warga UMT turut menghayati aspirasi ini dan berganding bahu dengan pihak pengurusan UMT untuk meningkatkan integriti dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di UMT.
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang UMT di atas penerbitan Legal Buzz pada kali ini. Semoga ianya memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua warga UMT
Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar, FASc
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
PENDAHULUAN
Setiap orang pasti mempunyai kepentingannya yang tersendiri Ianya tidak menjadi masalah kerana itu adalah hak masing-masing Namun demikian, ianya akan menjadi satu masalah apabila kepentingan peribadi seseorang bercanggah dengan pekerjaannya sehingga menimbulkan konflik kepentingan Sebelum isu ini dikupas dengan lebih lanjut, pertama sekali pencerahan bagi maksud konflik kepentingan perlulah diberikan terlebih dahulu. Konflik kepentingan adalah percanggahan kepentingan di mana seseorang mempunyai kepentingan yang bersaing. Konflik kepentingan sering berlaku di kalangan pekerja atau semasa pelaksanaan tugas sebagai pekerja kepada sesebuah organisasi dan konflik ini banyak melibatkan isu berkenaan kewangan, hubungan, status atau reputasi.
Seorang pekerja mempunyai kewajipan fidusiari terhadap syarikat atau majikannya dan hendaklah
dipastikan kepentingan peribadinya tidak
bercanggah dengan kepentingan syarikat atau
majikannya Hubungan fidusiari mewajibkan
seseorang pekerja untuk tidak mengaut apa-apa
keuntungan atau kelebihan daripada setiap
transaksi yang dibuat oleh syarikat melaluinya
Hubungan fidusiari memerlukan seseorang pekerja dan syarikat berperilaku dengan suci hati dan tidak
menyalahgunakan apa yang telah diamanahkan kepadanya oleh syarikat atau majikannya
Terdapat beberapa jenis konflik kepentingan, antaranya adalah konflik kewangan, konflik bukan kewangan, konflik peranan dan penentuan awal Perlu juga diingatkan bahawa, pekerja boleh juga terlibat dalam beberapa kategori konflik kepentingan dalam satu masa
Konflik kepentingan kewangan berlaku apabila seseorang pekerja berada di suatu kedudukan yang memerlukan dia membuat keputusan berkaitan pekerjaannya dan berpeluang untuk mendapat untung atau rugi dari segi kewangan berdasarkan keputusan yang dibuat.
Kepentingan kewangan boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung. Seseorang pekerja mungkin berkongsi kepentingan kewangan dengan orang atau organisasi lain. Sebagai contoh, seseorang pekerja dianggap berkongsi kepentingan kewangan dengan syarikat yang diuruskan oleh saudaranya, jika syarikat saudaranya itu mempunyai transaksi perniagaan dengan majikan pekerja
Konflik kepentingan juga tidak semestinya melibatkan pertukaran wang tunai secara langsung Ianya boleh berlaku apabila sesuatu transaksi yang diuruskan atau keputusan yang dibuat oleh pekerja itu memberi kesan ke atas nilai hartanah atau saham yang dimilikinya
Konflik kepentingan bukan kewangan berlaku di mana seseorang pekerja tidak terkesan dari segi kewangan daripada suatu keputusan, namun terkesan daripada segi lain yang boleh membuatkan beliau berat sebelah atau terlihat berat sebelah. Konflik ini biasanya berlaku apabila melibatkan hubungan kekeluargaan, persahabatan atau hubungan peribadi. Konflik ini juga boleh berlaku sekiranya seseorang pekerja menjadi ahli atau terlibat dengan sesuatu organisasi luar
Menurut " common law", konflik kepentingan bukan kewangan tidak secara automatik mengecualikan seorang pekerja daripada mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan ianya bergantung kepada keseriusan konflik itu sendiri Hal ini disebabkan oleh tiada andaian berat sebelah secara automatik, dan kebiasaanya terdapat lebih ruang untuk menilai atau mempertimbangkan betapa seriusnya konflik tersebut dan bagaimana konflik tersebut perlu dikendalikan
Dalam keadaan lain, seseorang pekerja mungkin terlibat dalam organisasi kedua atas arahan organisasi pertama Pekerja itu mungkin telah dilantik secara khusus untuk mewakili organisasi pertama atau memegang jawatan dalam organisasi kedua kerana jawatannya dalam organisasi pertama Sebagai contoh, sebagai penjawat awam, pekerja itu telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah yayasan kebajikan yang dibiayai oleh
Kerajaan
Dalam situasi tersebut, mungkin konsisten dengan peranan pekerja itu untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat organisasi pertama dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan organisasi kedua, terutamanya jika peranan kedua itu memberikannya pengetahuan khusus bahawa ia berguna untuk menyumbang. Namun adakah pekerja itu telah bertindak untuk kepentingan terbaik ("in the best interest") organisasi kedua?
Konflik kepentingan peranan boleh terjadi apabila seorang pekerja perlu pembuat keputusan bagi dua organisasi yang berbeza namun melibatkan hal yang sama Persoalan yang perlu dipertimbangkan bukanlah mengenai konflik kepentingan pekerja itu sendiri, namun berkenaan konflik kepentingan kedua-dua organisasi pekerja itu.
Sebagai contoh, sekiranya kedua-dua organisasi terlibat dalam satu projek atau transaksi, adakah pekerja tersebut mempunyai kewajipan kerahsiaan terhadap kedua-dua organisasi dan adakah pekerja tersebut boleh membuat keputusan bagi kedua-dua organisasi tersebut dengan baik?
Penentuan awal berlaku apabila seorang pekerja membuat keputusan mengenai sesuatu perkara namun terdapat risiko bahawa orang lain akan menganggap pekerja tersebut membuat keputusan sebelum beliau mempertimbangkan semua bukti Kebiasaannya usul penentuan awal ini timbul apabila pekerja tersebut telah menyebut atau membuat sesuatu perkara sebelum keputusan dibuat Secara teknikalnya, penentuan awal bukanlah salah satu bentuk konflik kepentingan namun, konsep penentuan awal diambil daripada " common law" berkenaan hukum berat sebelah ("rules against bias") Keseriusan risiko ini akan bergantung pada konteks, seperti peranan pekerja itu dan jenis keputusan yang perlu dibuat
Dalam konteks keputusan yang diputuskan secara separa kehakiman ("quasi-judicial"), pembuat keputusan dipegang pada piawaian kesaksamaan dan objektiviti yang tepat. Keputusan separa kehakiman ialah keputusan yang secara langsung mempengaruhi hak, kepentingan, dan kewajipan undang-undang individu atau sekumpulan kecil individu. Contoh keputusan separa kehakiman adalah pengenaan kompaun, pengurusan tatatertib atau pengeluaran permit.
Terdapat banyak situasi atau keadaan di mana seseorang boleh terjebak dengan konflik kepentingan
Pertama, seseorang pekerja menubuhkan syarikat yang bersaing dengan syarikat yang menggajinya Seseorang pekerja mestilah tidak menjalankan perniagaan sendiri yang menyerupai perniagaan tempat beliau bekerja dan beliau seharusnya sedar bahawa bersaing dengan syarikat yang menggajikannya adalah salah.
Selain daripada itu, konflik kepentingan juga boleh berlaku apabila seorang pekerja menjalankan perniagaan persendirian di dalam syarikat tempat beliau bekerja. Seseorang pekerja tidak sepatutnya berkelakuan dan/atau terlibat dalam sebarang aktiviti lain semasa waktu bekerja, khususnya pekerjaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan dengan syarikat dan tidak sepatutnya pekerja tersebut menggunakan kemudahan pejabat untuk menjalankan perniagaan peribadinya
Situasi ketiga adalah pekerja menjalankan urusan perniagaan persendirian di premis syarikat pada waktu bekerja walaupun aktiviti tersebut tidak dilakukan secara langsung atau tidak langsung bersaing dengan perniagaan syarikat Ianya adalah jelas tidak boleh diterima dan pekerja tersebut telah melanggar hubungan fidusiarinya dengan syarikat.
Di samping itu, konflik boleh tercetus apabila seorang pekerja mengkhianati kepercayaan dan keyakinan majikannya. Terdapat situasi di mana tingkah laku seorang pekerja dengan jelas tidak konsisten dengan kepentingan syarikat dan melanggar hubungan fidusiarinya dengan syarikat. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai perniagaan luar dengan sengaja berbohong dalam pengisytiharannya mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang perniagaan luar.
Akhir sekali, tiada pendedahan berkenaan kepentingan peribadi Konflik kepentingan boleh terjadi apabila komitmen dan kewajipan seorang pekerja terhadap syarikat yang menggajinya berkemungkinan akan terjejas atau mungkin nampak terjejas disebabkan oleh kepentingan peribadinya atau kepentingan kepada keluarga terdekatnya
Konflik kepentingan tidaklah menghalang seseorang pekerja untuk terlibat di dalam aktiviti kewangan, perniagaan, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang sah di luar waktu pekerjaan mereka Namun sekiranya berlaku, berpotensi atau terlihat konflik kepentingan mungkin dibangkitkan daripada aktiviti-aktiviti tersebut, maka pekerja tersebut mestilah mendedahkan dengan segera kepada pihak pengurusan mengenai penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dan pendedahan itu hendaklah dikemas kini secara berkala.
Pendedahan tersebut perlulah dibuat sejurus pekerja tersebut mengetahui berkenaan konflik tersebut dan perlu didedahkan setiap tahun selama mana konflik itu wujud. Pendedahan boleh dibuat kepada penyelia, pengurus atau jabatan yang berkaitan dan akan berubah bergantung kepada pekerjaan atau peranan pekerja yang membuat pendedahan tersebut
"Konflik kepentingan tidaklah menghalang seseorang pekerja untuk terlibat di dalam aktiviti kewangan, perniagaan, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang sah di luar waktu pekerjaan mereka. Namun sekiranya berlaku, berpotensi atau terlihat konflik kepentingan mungkin dibangkitkan daripada aktivitiaktiviti tersebut, maka pekerja tersebut mestilah mendedahkan dengan segera kepada pihak pengurusan"
PAMPASAN UNTUK SYARIKAT
Mengikut " common law", syarikat atau majikan layak untuk mendapatkan beberapa pampasan atau ganti rugi sekiranya terdapat pelanggaran kewajipan ketaatan oleh seseorang pekerja Antaranya, syarikat boleh menyaman pekerja tersebut bagi mendapatkan ganti rugi atas pelanggaran kontrak pekerjaannya Ganti rugi adalah pampasan eksklusif dalam mahkamah " common law" dan adalah pampasan dalam bentuk wang yang diberikan kepada plaintif akibat pelanggaran kontrak atau tort
Selain itu, syarikat juga berhak untuk mengambil
tindakan tatatertib terhadap pekerja akibat
pelanggaran mematuhi peraturan berkaitan konflik
kepentingan Kerugian sebenar tidak perlu
dibuktikan secara menyeluruh dalam konflik
kepentingan Ianya adalah memadai sekiranya ada
kemungkinan kerugian terhadap syarikat atau majikan
PAMPASAN TERHADAP PIHAK KETIGA
Pampasan boleh diberikan kepada pihak ketiga sekiranya pekerja terlibat dengan tindakan pelanggaran kewajipan fidusiarinya. Contohnya, pembatalan kontrak. Jika syarikat memasuki kontrak dengan pihak ketiga di mana pekerja itu mempunyai kepentingan peribadi dan terlibat dalam pelanggaran kewajipan fidusiari, maka kontrak itu boleh dibatalkan dengan syarat pihak ketiga tersebut mengetahui atau sedar mengenai kepentingan peribadi pekerja itu
Jika seseorang pekerja telah didorong oleh pihak ketiga untuk melanggar kontrak dengan majikannya, pihak ketiga itu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang tort Bagi membuktikan bahawa kesalahan tort di mana pihak ketiga telah mendorong pelanggaran kontrak, maka syarikat perlulah menunjukkan bahawa, pertama sekali, terdapat pujukan atau dorongan daripada pihak ketiga
KONFLIK KEPENTINGAN DALAM INSTITUSI AWAM
Rakyat mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap kerajaan. Oleh itu, kerajaan hendaklah mempamerkan standard integriti yang tinggi dalam mengendalikan perkhidmatan awam. Dalam konteks ini, pelbagai bentuk konflik kepentingan perlulah diberikan pertimbangan yang ketat dalam pelaksanaan kerja penjawat awam. Sebarang bentuk konflik yang melibatkan kepentingan peribadi dan kepentingan tugasan sebagai
penjawat awam perlulah dielakkan dengan sebaik mungkin
Di Malaysia, peraturan yang mengawal tatakelakuan penjawat awam menekankan bahawa
penjawat awam perlulah pada setiap masa menjalankan tugasnya dengan penuh tekun dan memberikan taat setia tanpa berbelah bahagi Dari sudut lain, peraturan ini juga turut menyediakan
pengecualian di mana penjawat awam dibenarkan untuk terlibat dengan aktiviti komersial dengan
syarat dia telah mendapat kebenaran secara
bertulis daripada Ketua Jabatannya
Salah satu cara untuk mengelakkan konflik kepentingan dalam organisasi adalah dengan mewujudkan kod etika yang dapat meminimakan potensi konflik kepentingan Dengan melaksanakan kaedah ini, sesebuah organisasi itu dapat mengurangkan kesan buruk hasil daripada konflik kepentingan.
Adalah sangat penting bagi seseorang pekerja itu mengelakkan beberapa perkara demi menjauhkan diri daripada terlibat dengan konflik kepentingan. Perkara pertama adalah dengan mengelakkan diri daripada menerima pekerjaan luar yang tidak selaras dengan kepentingan organisasi, contohnya bekerja dengan pesaing majikannya atau memulakan perniagaan persendirian yang bersaing dengan majikannya. Perkara kedua, mengelakkan hubungan peribadi dan perniagaan dalam pengurusan pekerjaannya Sebagai contoh, mengupah ahli keluarga sebagai pekerja atau vendor, membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan daripada perniagaan ahli keluarga sendiri bagi pihak syarikat Perkara ketiga, menerima hadiah, jamuan atau hiburan yang boleh kelihatan menjejaskan objektiviti dan keputusan pekerja Akhir sekali, hubungan peribadi dengan pekerja lain, di mana semasa berada dalam hubungan tersebut, boleh mengakibatkan salah seorang menerima atau memberikan kelebihan yang tidak adil atau memberikan layanan istimewa disebabkan hubungan tersebut.
Tuntasnya, pekerja perlulah mempunyai integriti yang tinggi dan sentiasa mengutamakan amanah yang telah diberikan oleh majikan dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja dengan baik dan berkesan. Pekerja perlulah bijak untuk mengelakkan diri atau mengatasi masalah konflik kepentingan ini agar dapat menjaga kepentingan organisasi.
Rujukan:
https://oag parliament nz/2020/conflicts
https://www lh-ag com/wpcontent/uploads/2017/07/4 Principles-of-Conflictof-Interest.pdf
https://ms unitinal com/apakah-konflikkepentingan-beri-saya-beberapa-contoh/
Timbalan Penasihat Undang-Undang UMT
Ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pegawai mungkin berada di dalam konflik kepentingan yang menyebabkan mereka tidak dapat bertindak secara objektif dan telus; sekaligus sukar membuat keputusan secara adil dan saksama berkaitan tugasannya Peraturan 3 (2) (a) hingga (c), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun secara khusus menerangkan tentang larangan terhadap mana-mana pegawai untuk melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya percanggahan kepentingan dalam pelaksanaan tugas rasmi pegawai
Peraturan 3 (2) (a) memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya. Peruntukan ini sering difahami sebagai arahan kepada pegawai supaya mementingkan pekerjaannya berbanding hal-hal peribadi yang lain. Namun sebenarnya, peruntukan ini menerangkan tentang kewajipan untuk memastikan kepentingan badan berkanun diutamakan dalam pengurusan tugas pegawai yang mungkin bercanggah dengan kepentingan peribadi pegawai.
Sebagai contoh, En A, seorang pemandu di UMT menjalankan pekerjaan luar sebagai pemandu " ehailing" En A telah diarahkan oleh pegawai atasannya untuk menghantar pelajar ke Johor Baharu kerana ada kecemasan Jika En A telah memberikan alasan kepada pegawai atasan bagi mengelakkan tugasan tersebut kerana mementingkan pekerjaan luarnya, maka En A boleh dikatakan telah mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding tugas hakikinya sebagai pemandu UMT
Selanjutnya dalam peraturan 3 (2) (b), seseorang pegawai badan berkanun dilarang daripada berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun.
Sebagai contoh, En B, seorang pegawai kewangan yang bertanggungjawab menguruskan tender pembekalan makanan bermasak di UMT Salah seorang daripada penender tersebut adalah kakak kepada En B Dalam hal ini, bukan lah menjadi kesalahan untuk kakak En B memasuki tender di UMT, tetapi En B perlu mengisytiharkan kepentingannya dan tidak terlibat dalam apa-apa pengurusan dan penimbangtelitian tender tersebut
Penjawat awam atau penjawat badan berkanun, bukan sahaja perlu berintegriti tetapi perlu “dilihat” sebagai berintegriti. Oleh itu, peraturan 3 (2) (c) melarang mana-mana pegawai untuk berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun; atau dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun bagi faedahnya sendiri.
Konflik kepentingan dalam pelaksanaan tugas di UMT boleh dikategorikan kepada lima (5) seperti mana yang diterangkan di bawah.
(1)
Pemilikan ekuiti atau memegang jawatan dalam entiti yang mempunyai hubungan perniagaan dengan UMT
Konflik kepentingan boleh berlaku jika seseorang pegawai itu mempunyai ekuiti atau memegang apaapa jawatan, seperti pengarah, penasihat atau konsultan, dalam entiti yang mempunyai hubungan perniagaan dengan UMT.
Sebagai contoh pegawai UMT adalah salah seorang pemegang saham dalam ABC Sdn. Bhd, yang merupakan syarikat pembekal UMT Dalam situasi ini, pegawai boleh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat UMT untuk mempengaruhi penawaran tender atau sebut harga
Walaupun peraturan 4, Peraturan-Peraturan Tatatatertib Badan-Badan Berkanun membolehkan seseorang penjawat berkanun menjalankan pekerjaan luar dengan kebenaran Ketua Jabatannya, pekerjaan luar tersebut hendaklah tidak dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan badan berkanun, atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai badan berkanun
Menurut laporan akhbar Harian Metro bertarikh 16 Disember 2021, seorang penjawat awam telah didenda RM8,000 00 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terlibat dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 00 tanpa kebenaran Ketua Jabatan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu pembantu tadbir di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital universiti awam, terikat di sisi undang-undang sebagai penjawat awam supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources. Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4, Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Dalam menentukan hubungan peribadi yang boleh menyebabkan berlakunya konflik kepentingan dalam pelaksanaan tugas, kita hendaklah melihat tafsiran “saudara” seperti yang diperuntukkan dalam seksyen
Pekerjaan (2)
Faktor kedua
konflik kepen
adalah apab
sampingan la atau pekerjaa
Pekerjaan lu perkhidmatan
(a) (b)
mengam langsung
pengurus komersia
mengusa upah da
mana in persendi sebagai atau me
ada seca
“saudara”, berhubungan dengan seseorang, ertinya—
(a)
(b)
(c) (d) (e) (f) (g) (h)
isteri atau suami orang itu; adik atau abang atau kakak orang itu; adik atau abang atau kakak suami atau isteri orang itu;
orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;
orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu;
orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b);
bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu; atau menantu orang itu.
Dalam kes Azizan bin Mohamed Yasin v. Pendakwa Raya [2020] 1 MLJU 104, perayu, seorang
Jurutera Daerah di Jabatan Kerja Raya Kulai Jaya telah didapati bersalah kerana menggunakan
kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila
melantik Syarikat G Two Amiruddin Trading untuk
melaksanakan Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Pembersihan dengan harga kerja sebanyak
RM19,750.00 yang mana perayu mempunyai kepentingan kerana syarikat tersebut dimiliki oleh abang perayu sendiri.
Penerimaan hadiah dan keraian (4)
Dalam kes Subramaniam Murugan lwn. PP [2021]
2 MLRA 252 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman yang dikenakan terhadap seorang guru besar sekolah yang telah menerima dua keping cek bernilai
RM1,500 00 dan RM2,900 00 tanpa balasan daripada operator kantin di sekolahnya Perayu menghujahkan bahawa bayaran tersebut adalah sumbangan atau derma untuk kegunaan sekolah Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan Perayu gagal membuktikan bahawa cek yang diterima tersebut adalah sebagai derma atau sumbangan kerana tiada resit rasmi dikeluarkan dan penerimaan dibuat secara rahsia
(5)
Penglibatan dalam perkara yang mana pegawai mempunyai kepentingan
Contoh yang mudah bagi memahami faktor ini adalah seperti berikut:
Amalan memberi dan menerima hadiah telah menjadi budaya dalam masyarakat malah ia amat sukar dibendung terutamanya pada musim perayaan dan majlis keramaian Amalan ini adalah baik sekiranya pemberian hadiah tersebut dilakukan dengan niat baik, jujur dan ikhlas untuk tujuan menzahirkan penghargaan bagi mengeratkan persahabatan dan persaudaraan Namun demikan, ia boleh menjadi amalan yang tidak baik sekiranya pemberian tersebut dilakukan untuk tujuan mendapatkan sesuatu balasan, ganjaran, keistimewaan, keuntungan, perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas atau urusan rasmi seseorang pegawai.
Justeru bagi mengelakkan berlakunya konflik kepentingan yang boleh menyebabkan mana-mana pegawai dituduh di bawah mana-mana undangundang berkaitan rasuah di Malaysia, Lembaga Pengarah UMT telah meluluskan Polisi Tanpa Hadiah UMT selaras dengan Peraturan 7 (1), PeraturanPeraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun.
Peraturan berkaitan keraian pula ada dinyatakan dalam Peraturan 8, yang mana seseorang pegawai yang memberi atau menerima keraian daripada mana-mana pihak hendaklah memastikan keraian itu tidak mempengaruhi pelaksanaan tugasnya sebagai seorang pegawai badan berkanun untuk kepentingan pihak tersebut
"Satu surat layang telah diterima oleh pihak pengurusan UMT melibatkan perbuatan tidak bermoral yang dikatakan dilakukan oleh AB seorang pelajar UMT. AB adalah anak kepada En. M, seorang pegawai kanan di UMT yang mengetuai Bahagian Hal Ehwal Pelajar. En. M telah terlibat secara langsung dalam siasatan surat layang tersebut tanpa mengisytiharkan kepentingannya".
Dalam contoh di atas, En. M telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang bercanggah dengan kepentingan UMT bagi memastikan siasatan yang telus dan adil dapat dijalankan
Bagi mengurangkan risiko berlakunya konflik kepentingan, pegawai hendaklah sentiasa mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa di UMT Dalam hal yang mana tiada peraturan atau garis panduan khusus disediakan, jika pegawai mendapati dia berpotensi untuk berada dalam kedudukan yang bercanggah dengan kepentingan UMT dalam mana-mana urusan rasmi atau proses kerja, maka dia hendaklah mengisytiharkan kepentingannya secara bertulis kepada Ketua Jabatan.
Rujukan:
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009
Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj)
2000
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Timbalan Penasihat Undang-Undang UMT
Tee Han Cheong ("Mr Tee”) adalah seorang peguamcara yang mengamalkan undang-undang melalui firma guaman Tetuan Tee & Partners Mr Tee juga merupakan pemilik tunggal kepada firma guamannya Mr Tee telah bertindak bagi pihak plaintif iaitu Perak Hanjoong Simen Sdn Bhd dalam penyediaan perjanjian penyelesaian dengan defendan iaitu Perindustrian Tenaga Mix Sdn. Bhd. berkaitan penjualan dan pembekalan simen oleh plaintif kepada defendan dari Mei 2000 sehingga Disember 2004. Plaintif sekarang menyaman defendan untuk jumlah RM1,139,579.81 yang merupakan baki penyelesaian di bawah perjanjian penyelesaian.
Dalam tindakan guaman ini, peguamcara yang sama, Mr. Tee bertindak bagi pihak defendan. Plaintif telah membangkitkan bantahan terhadap
Mr Tee dan firma Tetuan Tee & Partners yang mewakili defendan dalam tindakan guaman ini atas dua alasan utama, konflik kepentingan dan peguamcara yang berpotensi menjadi saksi Plaintif juga menegaskan bahawa sebagai semasa menjadi peguam plaintif, Mr Tee mempunyai maklumat sulit yang didapatinya semasa menyediakan perjanjian penyelesaian
Perjanjian penyelesaian itu merupakan bukti yang amat penting bagi membentuk asas tuntutan plaintif. Kandungan perjanjian penyelesaian mungkin akan dipertikaikan dan Mr. Tee, yang merupakan peguamcara yang merangka perjanjian dan menasihati plaintif, mungkin diperlukan untuk memberikan keterangan dalam guaman ini bagi pihak plaintif.
Selanjutnya, Mr. Tee juga meletakkan dirinya dalam satu keadaan konflik kepentingan dengan mewakili defendan dalam guaman ini, yang sebelum ini bertindak untuk plaintif dalam urusan yang melibatkan asas kepada perkara-perkara dalam pertikaian sekarang
Mr Tee dalam menentang bantahan tersebut dan berpendapat bahawa beliau tidak melanggar
Dua isu utama dibincangkan oleh Y A Hakim Rohana Yusuf dalam kes ini iaitu kebarangkalian peguam defendan menjadi saksi bagi pihak plaintif dan konflik kepentingan
Kebarangkalian peguam defendan menjadi saksi plaintif
Daripada fakta kes ini, adalah tidak dipertikaikan bahawa Mr. Tee bertindak untuk plaintif dalam penyediaan perjanjian penyelesaian bertarikh 26 Julai 2004. Dalam hal yang sedemikian, plaintif sudah pasti mendedahkan maklumat peribadi kepada peguamnya dan pihak peguam juga mungkin telah berunding bagi pihak plaintif. Komunikasi antara klien dan peguamnya dianggap sebagai komunikasi istimewa ("privileged communication") dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana orang lain.
Melihat kepada penglibatan Mr Tee, tiada keraguan bahawa kebimbangan plaintif adalah sah dan berasas Adalah boleh diyakini bahawa Mr Tee, sebagai bekas peguam plaintif, mengetahui dan memperoleh maklumat sulit dalam tugasan itu Tuntutan plaintif dalam saman ini adalah berdasarkan perjanjian penyelesaian yang disediakan tersebut
Oleh itu, Mr. Tee berkemungkinan perlu dipanggil sebagai saksi bagi plaintif dalam pertikaian mengenai perjanjian itu seperti yang didedahkan dalam penyata tuntutan
Peraturan 28 (a) Peraturan Amalan dan Etiket Guaman, melarang peguam untuk bertindak dalam kes di mana dia berpotensi menjadi saksi kepada pertikaian fakta material Peraturan tersebut mempunyai dua bahagian Bahagian pertama seorang peguam bela dan peguam cara tidak sepatutnya hadir di mahkamah atau dalam kamar untuk kes di mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia akan menjadi saksi Di bawah bahagian kedua, dia juga harus melepaskan dirinya jika, ternyata semasa kehadirannya dia akan dijadikan saksi.
Abdul Malik Ishak J, dalam kes Syarikat
Pengangkutan Sakti Sdn Bhd lwn Tan Joe Khing t/a Bengkel Sen Tak [1997] 5 MLJ 705, memutuskan bahawa adalah tidak diingini bagi seseorang peguam bela untuk hadir sebagai peguam dalam perbicaraan di mana dia dikehendaki menjadi saksi. Dalam kes itu, Abdul Malik J menghalang Encik Gana Muthusamy daripada mewakili plaintif kerana beliau berpendapat bahawa Encik Gana Muthusamy akan menjejaskan kepentingan anak guamnya apabila ternyata beliau akan menjadi saksi Encik Gana Muthusamy terlibat dalam pertikaian antara plaintif dan defendan apabila plaintif menghantar keretanya untuk dibaiki di bengkel defendan Beberapa pertikaian timbul antara pihak-pihak dan plaintif meminta bantuan Encik Gana Muthusamy untuk menyelesaikannya tetapi gagal dan akhirnya membawa kepada saman Defendan mahu Encik Gana Muthusamy menjadi saksi defendan dalam pertikaian itu tetapi Encik Gana Muthusamy mewakili plaintif.
Dalam kes ini, Y.A Hakim berpuas hati bahawa daripada fakta yang dibentangkan, peranan Mr. Tee dalam perjanjian penyelesaian kemungkinan besar akan menjadikannya saksi fakta yang material dan dipertikaikan dan atas sebab bantahan plaintif dibenarkan
Selain daripada peranan Mr Tee sebagai saksi yang berpotensi dalam kes ini, Y A Hakim juga mendapati bahawa Mr Tee telah meletakkan dirinya dalam suatu kedudukan yang mempunyai konflik kepentingan Dalam hal ini, perlu dipertimbangkan apa yang akan terlintas di fikiran plaintif apabila menyedari bahawa peguam yang sama yang menasihati mereka sebelum ini kini berada di seberang meja sebagai pihak lawan. Plaintif dengan penuh kepercayaan dan keyakinan mendedahkan kepadanya semua maklumat yang diperlukan dalam transaksi dengan defendan, dengan harapan bahawa kepentingan mereka dilindungi, tanpa mengetahui bahawa dia kemudiannya akan bersama pihak lawan.
Sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang juga seorang pegawai mahkamah, Mr. Tee harus bertindak dengan niat murni dan beretika terhadap anak guamnya Persoalannya, adakah Mr Tee melakukan ini kepada anak guamnya, plaintif?
Bolehkah dia dikatakan menjaga kepentingan anak guamnya seperti yang dikehendaki dalam Peraturan 16, Peraturan Amalan dan Etiket Guaman seperti berikut:
"Seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah semasa bertindak dengan segala hormatnya kepada tribunal di mana dia hadir, tanpa gentar menegakkan kepentingan anak guamnya, kepentingan keadilan dan maruah profesion tanpa mengambil kira apa-apa akibat yang tidak menyenangkan sama ada kepada dirinya atau mana-mana orang lain".
Dalam kes Aetna Universal Insurance Bhd lwn Ooi Meng Sua [2001] 3 MLJ 502 Gopal Sri Ram JCA membuat pemerhatian terhadap kelakuan peguam pada akhir penghakimannya. Beliau berkata apabila pertikaian antara pihak-pihak mula timbul dalam kes itu, peguam cara defendan bertindak untuk plaintif tetapi tidak hadir untuk mana-mana pihak di perbicaraan Semasa rayuan, peguam cara hadir untuk defendan walaupun telah menerima arahan daripada plaintif
Y.A.A Hakim membuat pemerhatian berikut:
"Hanya kerana peguam cara plaintif yang hadir tidak mempunyai inisiatif untuk mengambil perkara itu tidak bermakna bahawa apa yang dilakukan adalah betul Ia jelas salah Peguam cara defendan mengetahui maklumat sulit yang diberikan kepada mereka oleh anak guam mereka yang dahulu iaitu plaintif Hakikat bahawa mereka tidak menggunakan maklumat itu terhadapnya dengan menentangnya di perbicaraan adalah tidak relevan "
Y A Hakim selanjutnya juga menyatakan bahawa Mr Tee berdepan dengan situasi di mana beliau perlu memilih antara kepentingan bekas anak guamnya yang bercanggah dengan anak guamnya sekarang. Apabila dia bertindak mewakili defendan maka dia telah mengabaikan kepentingan anak guamnya terdahulu iaitu plaintif.
Dalam konteks penjawat UMT atau penjawat badan berkanun, sudah semestinya Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 [Akta 605] menjadi rujukan utama mengenai perkara-perkara yang boleh menimbulkan konflik kepentingan dalam pelaksanaan tugas pegawai
Perenggan 4, Jadual Ketiga, Akta 605 menghendaki pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib mengisytiharkan kepentinganya dalam dalam mana-mana prosiding tatatertib Pengisytiharan kepentingan ini penting bagi memastikan sesuatu prosiding tatatertib tersebut berjalan dengan adil dan pihak yang mempunyai kepentingan tidak mengambil bahagian dalam pertimbangan atau keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu dalam prosiding itu.
Jadual Kedua, Perlembagaan UMT juga menyenaraikan perkara berkaitan Pihak Berkuasa Universiti, mensyaratkan supaya ahli Pihak Berkuasa untuk mendedahkan kepentingan. Perenggan 8, Jadual Kedua mensyaratkan seperti berikut:
"Seseorang ahli Pihak Berkuasa yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya
(a)
sesuatu kepentingan dalam syarikat atau pengusahaan yang dengannya Pihak Berkuasa itu bercadang hendak membuat sesuatu kontrak; atau
Mahkamah telah membenarkan bantahan plaintif dan mengesahkan bahawa Mr Tee yang merupakan bekas peguam cara plaintif dalam penyediaan perjanjian penyelesaian yang merupakan fakta material kepada pertikaian kes ini berpotensi untuk menjadi saksi dalam kes ini, sekaligus meletakkan dirinya dalam suatu konflik kepentingan apabila mewakili defendan.
Kes ini boleh menjadi indikator mengenai bagaimana seseorang itu boleh berada dalam situasi yang boleh disifatkan sebagai konflik kepentingan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawabnya. Situasi sebegini akan menyulitkan seseorang itu untuk membuat keputusan yang baik, adil dan telus. Konflik kepentingan yang tidak diuruskan dengan sewajarnya boleh terjumlah sebagai suatu bentuk suapan seperti yang dijelaskan dalam Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(b) Pendedahan yang dibuat oleh ahli Pihak Berkuasa hendaklah direkodkan dalam minit Pihak Berkuasa dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh pengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Pihak Berkuasa yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu
sesuatu kepentingan dalam kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Pihak Berkuasa, hendaklah mendedahkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Pihak Berkuasa
Tuntasnya, pematuhan kepada peraturan-peraturan yang berkuasa amat penting bagi memastikan tidak berlaku konflik kepentingan dalam pengurusan sesuatu organisasi. Hal ini secara tidak langsung boleh mengurangkan peluang berlakunya salah laku dan perbuatan rasuah di kalangan pegawai yang bertanggunjawab.
Rujukan:
A director is required by common law to prevent any conflict between his duties as a corporate director and his duties as a researcher of a public university. An exception is made in cases when resolution is acquired from the company. In certain circumstances, a director may no longer be in breach of his duty if he prioritizes his own interests over the company ' s. The director will be expected to disclose the nature and scope of their conflicts of interest to the board prior seeking approval The prospect of a conflict must be serious, and the interest must be material, in order to establish a breach of this obligation
The question is how to determine whether this conflict has been violated? The "reasonable man ’ s test" is adopted which is whether a reasonable man considering the facts of the case would believe that a substantial possibility of a conflict of interests exists, and whether a reasonable man believes that the interest can influence the director's vote? If a researcher holds numerous directorship positions with the possibility of a conflict of interest, this obligation is pertinent.
The law however does not prohibit a person from serving as a director of more than one company (provided that approval is obtained by the head of department); but, the law does not approve of directors who allow significant potential for conflict between duties in multiple firms.
The conflict rule may be questioned as to whether the director must have profited from the company ’ s transaction? The answer is a resounding no. A director who receives no personal benefit could still tantamount as breach of duties Directors must avoid any conflicts of interest because good faith must be demonstrated as well as practiced Directors holds a duty of care; the law does not compromise such perceptions that they have used their position to obtain personal gain
Other examples of conflict of interests are taking advantage of business opportunities and using corporate information for financial benefits The conflict rule also applies to receiving commission for bargaining or negotiating for the company The company will have to bear additional financial burden as the commission would be added to the cost.
IRAH SYALIZA MOKHTAR at Undang-Undang UMTThere would be no difference in liability between directors who take advantage of the company ' s business opportunity after they have left their position as director and directors who take advantage of it because of their position and not because of a new initiative after they have resigned, as long as the resignation is caused by their intention to take advantage of it.
Section 219 (1) (a) of the Companies Act 2016, requires directors to declare on shares, debentures, participatory interest, rights, options and contracts to the company, among other things.
A Director of a company shall give notice in writing to the company(a) of the particulars relating to the shares, debentures, participatory interests, rights, options and contracts…
- Companies Act 2016
Whereas 221 of the Act requires a director to disclose details of the nature and extent of the interests in a contract or proposed contract whether directly or indirectly to the board of directors as soon as practicable after it comes to the director's knowledge. Failure to comply with the provisions of this section might result in a sentence up to five years imprisonment or a fine up to three million ringgit or to both.
Subject to this section, every director of a company who is in any way, whether directly or indirectly, interested in a contract or proposed contract with the company shall, as soon as practicable after the relevant facts have come to the director’s knowledge, declare the nature of his interest at a meeting of the board of directors.
- Companies Act 2016
A spouse of a director of a company (who is not herself or himself a director of the company) and a child, including an adopted child or stepchild, of a director of the company, shall be recognized as having an interest in the contract or proposed contract for the purposes of this section. To put it another way, if the director's spouse or child has an interest in the contract or prospective contract, the director is presumed to have an interest in it.
In the case of Oon Cheng Thye v. BS Pacific Maritime SA [2020] 10 MLJ 113, the court agreed that the Defendant’s failure to disclose to the Plaintiff and act honestly amount to breach of fiduciary duty The court of Appeal in Tan Sri Dato Tajudin Bin Ramli v. Rego Multi-Trades Sdn Bhd [2018] 7 CLJ 197 agreed the test laid out in the case of Petra Perdana Bhd. for establishing the duty to act honestly under section 213 CA 2016 notably whether an honest and an intelligent man in the position of a director of the company could have reasonably knew or should have known that the arrangement were for the best benefit of the company. The court held that the second defendant’s failure to perform due diligence before signing the Investment Management Agreement, constituted a breach of his fiduciary obligations to the company, resulting in the damages alleged
Employees of a statutory entity, particularly a public university, are permitted by law to work outside their scope of employment provided that prior clearance from their respective head of department is acquired The Malaysian education Blueprint 2015-2025 (Higher Education) commonly known as the Purple Book aims to secure the higher education system’s long-term financial sustainability, with public universities having more income-generating activities to achieve this goal
It allows academician, particularly researchers, to market their innovations and produce revenues for the institution in order for the university to generate steady income In doing so many researchers have resorted to being the director of their own start-up or university spin off company
Being a researcher as well as director of company is subject to a number of laws i.e. Companies Act 2016 (Act 777), Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 (Act 605) and all other relevant Acts. Some researchers hold key positions within the university, potentially creating a conflict of interest between the two organizations.
A researcher with the responsibility of a nominee director of the university’s company is one example. This may be a dillema for nominee directors who are nominated to represent the interests of the university and as a result owe them duties on the board.
In the case of Re: Broadcasting Station 2BG Pty Ld [1964] NSWR 1648, it was determined that nominated directors may act in the interests of the appointers and exercise their votes if they genuinely believe that there is no conflict between the company ’ s interests and those of their appointers The court ruled that the nominee director must give the company ’ s interests priority
The Companies Act 2016 reiterated the same provision on the issue of the duties owed by nominee directors Section 217 states that;
"a director who was appointed by virtue of his position as an employee of a company, or as a representative of a shareholder, employer or debenture holder, shall act in the best interest of the company and in the event of any conflict between his duty to act in the best interest of the company and his duty to his nominator, he shall not subordinate his duty to act in the best interest of the company to his duty to his nominator".
Thus, it is evident that the obligation to act in the best interest of the company takes precedence over a duty to act in accordance with the instructions of the university
In summary, conflict of interest for researchers as directors can arise in at least two situations: first, holding key position in an institution while concurrently serving as a director of a company and second, non-disclosure of contracts or conflict of interest in dealing with other companies. Both situations entail substantial legal repercussion for violating provisions relating to conflict of interest and general duty to make disclosure in the Companies Act 2016 The researcher is at risk to be found guilty of a disciplinary offence under the Act 605, which might result in deferment of salary movement, reduction of salary, reduction in rank or dismissal as well as the loss of their pension
Reference: Companies Act 2016 Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000
1.
FAKTA KES
Penuntut Pertama (PP) memegang jawatan "In-flight Catering Manager" dan Penuntut Kedua (PK) bekerja sebagai "In-flight Catering Officer" di syarikat responden telah diberhentikan kerja atas beberapa tuduhan salah laku. Kedua-dua penuntut adalah adik-beradik dan rakan kongsi perniagaan. PP dan PK didakwa atas kesalahan rasuah dan menubuhkan syarikat atas nama Nizzline Maju Enterprise di mana ia merupakan satu konflik kepentingan dengan syarikat responden
Siasatan domestik dijalankan ke atas kedua-dua penuntut Dalam siasatan tersebut pihak responden mendapati kedua-dua penuntut bersalah atas tuduhan yang dikemukakan, dan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka
Penuntut-penuntut mendakwa pembuangan kerja adalah satu amalan perburuhan yang tidak adil, satu perbuataan penindasan dan ianya telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil.
Penuntut-penuntut mendakwa pembuangan kerja adalah satu amalan perburuhan yang tidak adil, satu perbuataan penindasan dan ianya telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil.
Mahkamah mendapati tuduhan ke atas penuntutpenuntut di mana, Nizzline Maju Enterprise ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan dengan Malindo Airways dan ia bercanggah dengan konflik kepentingan adalah tidak benar
Nizzline Maju Enterprise ditubuhkan pada tahun 2010 di mana PP dan PK mula bekerja dengan syarikat responden pada tahun 2013 Oleh itu pernyataan responden bahawa tujuan penubuhan Nizzline Maju Enterprise untuk menjalankan perniagaan dengan Malindo Airways adalah tidak benar
Pihak responden juga gagal mengemukakan keterangan untuk menunjukkan terdapat perbuatan, keputusan atau tugasan kedua-dua penuntut di syarikat bercanggah kepentingan dengan perniagaan Nizzline Maju Enterprise Dengan kata lain tiada konflik kepentingan antara kedua-dua penuntut dengan tugasan mereka di syarikat responden yang memerlukan mereka mendedahkan kepentingan tersebut.
Mahkamah juga mendapati adalah tidak adil kepada PK hanya kerana disebabkan beliau adalah adik PP dan rakan kongsi perniagaan, maka beliau turut diandaikan terlibat sama meminta dan menerima rasuah. Perlu ada penglibatan beliau meminta wang tersebut atau sekurang-kurangnya mendapat faedah dari wang yang diterima tersebut Anggapan atau andaian berasaskan rakan kongsi dan hubungan darah adalah tidak memadai Oleh itu, mahkamah mendapati penamatan kerja PK dibuat tanpa alasan yang adil dan munasabah
Penamatan kerja PP atas dakwaan kedua ini juga adalah dibuat tanpa alasan yang adil dan munasabah
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Aras 2, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu
PENAUNG
Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar, FAsc. vc@umt.edu.my
PENASIHAT
Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar fahirah.mokhtar@umt.edu.my
KETUA PENGARANG
Roslina Ghazali roslina.ghazali@umt.edu.my
PENGARANG
Muhammad Hafizuddin Zakaria m.hafizuddin@umt.edu.my
Amirah Nabilah Ismail a.nabilah@umt.edu.my
PENYELARAS BAHAN Azmi Che Pa ainzaminya@umt.edu.my
Laila Mamat achik@umt edu my
Noor Akmal Mamat@Aziz noor.akmal@umt.edu.my
3 4 5 9 14 17 21
Dari Meja Penasihat Undang-Undang
Perutusan Naib Canselor
Dokumen Rasmi UMT: Tergugat? Selamat? Dilindungi?
Kepentingan "Non-Disclosure Agreement" dalam Pengurusan Penyelidikan dan Pengkomersialan Universiti
Tanggungjawab Bekas Pekerja terhadap Perjanjian Kerahsiaan
Perlindungan Data Peribadi: Kenapa Anda Perlu Cakna?
Sisipan Kes Undang-Undang
Penulisan artikel di dalam Legal Buzz ini hanyalah sebagai panduan umum sahaja dan bukan suatu penasihatan undang-undang yang muktamad Pandangan atau pendapat yang dinyatakan oleh pengarang adalah milik pengarang sahaja, dan tidak menggambarkan pandangan atau pendapat UMT atau PPUU Buletin ini diedarkan tanpa menjejaskan hak harta intelek milik UMT Sebarang pengeluaran semula, penduaan atau pengubahan buletin ini, dalam apa jua bentuk atau cara, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali UMT juga melarang penggunaan buletin ini dan semua atau mana-mana kandungannya di sini, untuk penjualan, keuntungan komersial dan/atau peribadi
© 2022 Hak Cipta Terpelihara
Pertama sekali, segala puji dan syukur saya rafakkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan ilham dan kesempatan masa sehingga Legal Buzz untuk edisi ke-8 ini berjaya diterbitkan
Saban tahun, kita sering mendengar mengenai kes kebocoran maklumat di agensi-agensi Kerajaan yang boleh menjejaskan reputasi dan imej jabatan yang berkaitan Antara kes terkini adalah kebocoran maklumat berkaitan tender projek Air Kelantan, kawasan pembalakan, lot tanah dan sebagainya oleh Kerajaan Negeri Kelantan, yang didedahkan melalui platform media sosial kepada masyarakat umum Kesemua maklumat ini adalah maklumat rasmi Kerajaan dan penyiarannya kepada umum tanpa kebenaran Ketua Jabatan adalah
suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972
Pada tahun ini juga, kita dikejutkan dengan berita mengenai dakwaan penjualan 22 juta data peribadi rakyat Malaysia yang berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam kawalan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) di forum pasaran pangkalan data. Walaupun berita ini telah dinafikan oleh Pengarah JPN dan Menteri Dalam
Negeri Malaysia, ianya tetap menimbulkan kegusaran masyarakat mengenai keberkesanan sistem keselamatan data di Malaysia. Sekiranya benar terdapat kebocoran data peribadi daripada pangkalan data jabatan dan badan awam, ia adalah suatu pelanggaran keselamatan (security breach) yang serius dan mendedahkan orang ramai kepada pelbagai risiko termasuk penipuan, kecurian identiti dan juga menjejaskan keselamatan negara.
Di UMT sendiri, masalah kebocoran maklumat bukan suatu perkara yang asing. Adakalanya sebelum sesuatu keputusan mesyuarat dikeluarkan secara rasmi oleh pihak yang bertanggungjawab, maklumat keputusan tersebut telahpun tersebar di kalangan warga. Walaupun mungkin tiada kerosakan atau kesan serius berlaku akibat daripada kebocoran maklumat tersebut, ianya tetap melanggar etika dan integriti seorang penjawat badan berkanun.
Justeru, melalui kupasan Legal Buzz kali ini, kami cuba memberikan pencerahan kepada para pembaca, khususnya warga UMT mengenai tanggungjawab dan kepentingan untuk menjaga kerahsiaan dalam perkhidmatan dan isu-isu undang-undang yang berkaitan dengannya serta bagaimana undang-undang sedia ada boleh melindungi data peribadi seseorang individu
Semoga kupasan kali dapat dijadikan panduan dan memberi manfaat kepada semua warga UMT
Selamat membaca!
#UMTsohor #ppuumesrawarga
Salam hormat, Dr. Fahirah
"Profesional, Berwibawa, Berintegriti"
Syaliza Mokhtar
Bismilahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Warga UMT yang dikasihi, menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia rasmi Kerajaan dan UMT bukan sahaja menjadi kewajipan utama Ketua Jabatan bahkan ianya amanah yang perlu dipikul oleh semua penjawat UMT. Tanggungjawab ini adalah sejajar dengan perakuan yang ditandatangani oleh semua penjawat UMT apabila diterima berkhidmat untuk mematuhi semua peruntukan berkaitan Akta Rahsia Rasmi 1972. Namun dukacita, di era globalisasi yang membolehkan maklumat dicapai di hujung jari, berlaku penyebaran maklumat-maklumat rahsia dan sensitif yang boleh menjejaskan kredibiliti, integriti dan imej Universiti
Justeru, UMT melalui Pejabat Pendaftar telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Rahsia Rasmi UMT pada tahun 2021 Objektif utama penyediaan Garis Panduan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan tahap kerahsiaan dokumen rahsia rasmi di premis UMT sentiasa dilindungi dan selamat dari sebarang penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017)
Selain daripada penjagaan dokumen rahsia rasmi, saya juga merasakan perlu ada mekanisme lanjut untuk mengekang kecurian atau kebocoran maklumat Universiti seperti keputusan tender, temuduga, idea penyelidikan dan sebagainya Kita semua maklum, maklumat seperti ini selalunya disebarkan melalui telefon bimbit menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram dan lain-lain
Bagi tujuan kawalan, saya berpandangan perlu ada satu garis panduan untuk menentukan zon larangan penggunaan telefon bimbit atau peralatan komunikasi lain yang mampu merakam maklumat seperti yang diamalkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain. Ianya juga selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri yang melarang penggunaan telefon bimbit dan peralatan komunikasi yang boleh merakam dalam mesyuarat penting Kerajaan.
Kes-kes kebocoran maklumat berkait rapat dengan integriti Saya amat berharap warga UMT cemerlang sekelian dapat sama-sama bermuhasabah, adakah kita semua benar-benar berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Universiti ini Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang UMT di atas penerbitan Legal Buzz pada kali ini Semoga ianya memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua warga UMT
#UMTsohor
#wargaUMTcemerlang
Penolong Penasihat Undang-Undang Kanan UMT
Rahsia rasmi pula boleh ditakrifkan sebagai apaapa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dan apa-apa maklumat dan bahan yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad” [3] Dalam konteks UMT, Menteri Pengajian Tinggi telah melantik beberapa orang pegawai UMT sebagai pegawai pengelas [4] dalam menentukan dan mengelaskan peringkat keselamatan sesuatu dokumen rahsia rasmi di UMT [5].
Urusan pentadbiran dan pengoperasian Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak boleh lari daripada pengurusan berkenaan dengan dokumen rahsia rasmi. Pengurusan berkenaan dengan dokumen rahsia rasmi ini antara lainnya adalah dari sudut pendaftaran, pengelasan, penyimpanan, pengelasan semula serta pelupusan dokumen rahsia rasmi Pengurusan dokumen rahsia rasmi yang cekap dapat mengelakkan berlakunya akses yang tidak dibenarkan serta dapat membantu memudahkan penyiasatan terhadap sebarang kebocoran maklumat rahsia rasmi (jika berlaku) [1]
Kegagalan menguruskan dokumen rahsia rasmi boleh menyebabkan penyalahgunaan maklumat yang boleh membawa mudarat dan menggangu gugat keamanan serta kesentosaan UMT khususnya dan negara amnya
Rasmi boleh ditakrifkan sebagai apa jua perkara
berhubungan dengan perkhidmatan awam di mana
UMT merupakan sebuah badan berkanun yang
ditubuhkan di bawah suatu akta persekutuan iaitu
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [2] Oleh yang demikian, segala perkara berkenaan dengan pengoperasian dan pentadbiran di UMT merupakan suatu perkara rasmi
Dokumen rahsia rasmi boleh dikelaskan kepada empat (4) kategori iaitu Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad
Rahsia besar ertinya dokumen/maklumat/bahan rasmi yang berada dalam jagaan UMT jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada kepentingan Malaysia [6] Antara contoh dokumen rahsia rasmi yang diperingkatkan sebagai Rahsia Besar adalah seperti kertas Jemaah Menteri yang mengandungi maklumat yang sangat penting berkenaan perkara politik atau ekonomi negara Selain itu, maklumat berkenaan dengan perdagangan dan pertahanan negara Malaysia juga diperingkat sebagai Rahsia Besar
Rahsia Besar di UMT hanya boleh diakses oleh Naib Canselor dan mana-mana pegawai lain yang ingin mendapatkan akses kepada dokumen Rahsia Besar tersebut hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor terlebih dahulu [7].
Dokumen Rahsia Besar hendaklah disimpan untuk sementara waktu di dalam almari keluli berkunci dan hendaklah dikembalikan semula ke dalam bilik kebal/peti besi setelah selesai urusan terhadap dokumen Rahsia Besar tersebut.
Rahsia pula ertinya dokumen/maklumat/bahan
rasmi yang berada dalam jagaan UMT jika
didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan
keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan UMT dan/atau Malaysia [8]. Antara contoh dokumen rahsia rasmi yang
diperingkatkan sebagai Rahsia adalah seperti
kertas berkaitan Jemaah Menteri, maklumat
berkenaan pertubuhan subversif atau maklumat
berkenaan perundingan UMT/Malaysia dengan
negara asing. Dokumen Rahsia boleh diakses oleh
Ketua Jabatan di UMT manakala pegawai UMT yang
lain dibenarkan untuk mendapatkan akses kepada
dokumen Rahsia setelah mendapat kebenaran
bertulis daripada Ketua Jabatan. Dokumen Rahsia
hendaklah disimpan di dalam bilik kebal/peti besi setelah selesai urusan terhadap dokumen Rahsia tersebut [9].
Rahsia rasmi pula boleh ditakrifkan
sebagai apa-apa suratan yang
dinyatakan dalam Jadual dalam
Akta Rahsia Rasmi 1972 dan apa-apa
maklumat dan bahan yang
berhubungan dengannya dan
termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain
sebagaimana yang boleh dikelaskan
sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”
Sulit ertinya dokumen/maklumat/bahan rasmi yang berada dalam jagaan UMT jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan Malaysia, kegiatan Kerajaan atau UMT tetapi memudaratkan kepentingan Malaysia, kegiatan Kerajaan, UMT, orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan, kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah pihak luar atau kuasa asing [10]
Dalam konteks UMT, antara contoh dokumen Sulit adalah seperti laporan siasatan salahlaku, kertas mesyuarat Lembaga Pengarah/Pengurusan UMT, maklumat berhubung kewangan UMT, soalan peperiksaan dan fail kes perundangan Pegawai UMT boleh mengakses dokumen Sulit tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan bagi tujuan urusan kerja rasmi Dokumen Sulit hendaklah disimpan dalam kabinet keluli atau dalam bilik berkunci di pejabat masing-masing [11]
Terhad ertinya dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan [12] Antara contoh dokumen Terhad adalah seperti fail mesyuarat pengurusan Pusat Tanggungjawab (PTj), perintah/arahan biasa PTj dan lain-lain Ianya boleh diakses oleh pegawai UMT tertakluk kepada kebenaran bertulis Ketua Jabatan dan hendaklah disimpan dalam kabinet keluli atau almari keluli [13]
Walau apa pun, Pegawai Pengelas [14] berhak untuk menentukan klasifikasi sesuatu dokumen rahsia rasmi samada ada Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad yang berada di luar Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972. Fail dokumen rahsia rasmi ini hendaklah ditandakan sepertimana contoh-contoh berikut:
DOKUMEN RAHSIA RASMI
Penghantaran dokumen rahsia rasmi boleh dibuat
melalui sampul surat mahupun beg berkunci dengan
menggunakan Borang Jadual Penghantaran Dokumen Rasmi (“Borang Penghantaran Dokumen Rasmi”) sepertimana di Lampiran B Garis Panduan Pengurusan Rahsia Rasmi UMT 2021
Penghantaran dokumen rahsia rasmi melalui pos hendaklah dibuat melalui sistem dua sampul surat Sampul surat sebelah dalam hendaklah ditandakan dengan peringkat keselamatan dan nombor rujukan dokumen rahsia rasmi berkenaan serta nama dan alamat penerimanya dan dimeterikan dengan meteri atau pelekat keselamatan PTj yang menghantar Sampul surat tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat lain yang bertulis nama dan alamat penerimanya sahaja dan dilekatkan dengan gam [15]
Penghantaran dokumen rahsia rasmi melalui sistem Beg Berkunci pula hanyalah menggunakan satu sampul surat sahaja Sampul tersebut hendaklah ditandakan dengan peringkat keselamatan dan nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan alamat penerimanya dan dimeterikan dengan meteri atau pelekat keselamatan PTj yang menghantar [16]
Borang Penghantaran Dokumen Rasmi hendaklah digunakan bagi setiap penerima dokumen rahsia rasmi yang dihantar Ianya hendaklah diisi dalam dua salinan di mana salinan asal hendaklah dihantar bersekali kepada penerima dokumen rahsia rasmi Pengesahan resit akuan penerimaan dokumen rahsia rasmi daripada penerima hendaklah diperoleh dan sekiranya tidak diperoleh dalam masa 7 hari, penyiasatan berkenaan keberadaan dokumen rahsia rasmi tersebut hendaklah dibuat. Penghantar dokumen rahsia rasmi juga hendaklah memberi peringatan kepada penerima untuk mengembalikan semula resit akuan penerimaan dokumen rahsia rasmi sebagai rekod.
Dokumen rahsia rasmi hanya boleh dibawa keluar daripada pejabat atas urusan rasmi sahaja. Dokumen rahsia rasmi yang diperingkatkan sebagai Rahsia Besar atau Rahsia hanya boleh dibawa keluar daripada premis UMT setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor manakala bagi dokumen rahsia rasmi yang diperingkatkan sebagai Sulit dan Terhad, kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan adalah memadai. Suatu daftar rekod pengeluaran dokumen rahsia rasmi hendaklah diwujudkan bagi memastikan dokumen rahsia rasmi yang dibawa keluar daripada PTj/UMT adalah direkodkan.
"Borang Penghantaran Dokumen Rasmi hendaklah digunakan bagi setiap penerima dokumen rahsia
rasmi yang dihantar. Ianya hendaklah diisi dalam dua salinan di mana salinan asal hendaklah dihantar
bersekali kepada penerima dokumen rahsia rasmi. Pengesahan resit akuan
penerimaan dokumen rahsia rasmi
daripada penerima hendaklah diperoleh"
PERANAN PEGAWAI PENGELAS DAN PENDAFTAR RAHSIA KECIL/BESAR
Pegawai Pengelas dan Pendaftar Rahsia
Kecil/Besar yang dilantik dalam kalangan staf UMT adalah bertujuan bagi memastikan proses pengurusan rahsia rasmi UMT dapat dilaksanakan selaras dengan peruntukan yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengurusan Rahsia Rasmi UMT 2021 dan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017. Pegawai Pengelas dan Pendaftar Rahsia Kecil/Besar hendaklah saling bekerjasama dalam proses pengelasan dokumen. Secara asasnya, dokumen-dokumen yang dimulakan (pembuat dokumen) di PTj masing-masing hendaklah disemak, dinilai, ditandakan peringkat keselamatan, didaftarkan dan ditandatangan oleh Pegawai
Pengelas di dalam Buku Daftar Am 492, Buku Daftar Am 492A dan Buku Daftar Am 492B. Bagi dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang diterima daripada agensi luar, ianya hendaklah didaftarkan di dalam Buku Daftar Am 10 (Dokumen Terperingkat).
Kegagalan mematuhi proses ini boleh menyebabkan sesuatu dokumen rahsia rasmi itu secara teknikalnya bukan suatu rahsia rasmi dan jika didedahkan/dibocorkan tindakan pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 tidak dapat dilaksanakan
Ianya telah dinyatakan oleh hakim dalam kes Prem Kumar a/l Pandel Rangam v Pendakwa Raya [17] di mana sesuatu dokumen rahsia rasmi hendaklah
didaftarkan dalam Buku 492A dan dikelaskan oleh Pegawai Pengelas yang dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972
KESAN PELANGGARAN
Objektif utama pengurusan dokumen rahsia rasmi adalah untuk mengelakkan kehilangan dan kebocoran maklumat Seandainya berlaku
kehilangan dokumen rahsia rasmi, ianya hendaklah
dilaporkan dengan segera kepada Pegawai
Keselamatan UMT atau Naib Canselor [18] Suatu
siasatan berkenaan kehilangan dokumen rahsia
rasmi tersebut hendaklah dibuat dan laporan
siasatan tersebut diserahkan kepada Naib Canselor. Naib Canselor pula hendaklah
melaporkan kehilangan dokumen rahsia rasmi
tersebut kepada Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu
dalam tempoh 24 jam [19].
Pegawai UMT yang didapati cuai atau tidak
mematuhi prosedur pengurusan dokumen rahsia
rasmi atau dengan sengaja menyebabkan
kehilangan atau pembocoran maklumat rahsia rasmi boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 sehingga boleh dikenakan hukuman buang kerja. Dalam keadaan yang lebih serius, pegawai UMT tersebut boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 7 tahun.
Berdasarkan kes Prem Kumar a/l Pandel Rangam v Pendakwa Raya [20] tertuduh telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 8(1) (c) (iii) Akta
Rahsia Rasmi kerana telah membocorkan maklumat rahsia rasmi berkenaan dengan soalan peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 bagi mata pelajar Matematik, Sains dan Tamil melalui perkongsian di aplikasi WhatsApps.
Mahkamah mendapati tertuduh adalah bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun
Teknologi masa kini memudahkan pembocoran dan penyalahgunaan dokumen rahsia rasmi berlaku Namun, setiap pegawai UMT yang diamanahkan atau mempunyai akses kepada dokumen rahsia rasmi UMT hendaklah menjaga dan mematuhi peraturan berkenaan dengan pengurusan dokumen rahsia rasmi UMT sepertimana yang termaktub di dalam Garis Panduan Pengurusan Rahsia Rasmi UMT Prinsip [21] “Perlu Mengetahui”, “Perlu Menyimpan” dan “Lihat serta Kembalikan” hendaklah diterapkan dalam pengurusan dokumen rahsia rasmi di UMT Pengurusan dokumen rahsia rasmi yang sistematik dapat melindungi dokumen rahsia rasmi daripada disalahguna, dimanipulasi atau disebarkan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus kepentingan UMT dan kerajaan sentiasa dapat dipelihara
Nota Hujung:
Perenggan 76, Bab 4, Keselamatan Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017
Dr Che Wan Fadhil Che Wan Putra & Yang Lain v Universiti Teknologi Malaysia [2010] 8 CLJ 845
Seksyen 2, Akta Rahsia Rasmi 1972
Pegawai Pengelas dilantik oleh Menteri Pengajian
Tinggi di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972
Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972
Bab 1, Tafsiran, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017
Perenggan 5 3 1 (c), Garis Panduan Pengurusan
Rahsia Rasmi UMT 2021
Bab 1, Tafsiran, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017
Perenggan 5 3 2 (e), Garis Panduan Pengurusan
Rahsia Rasmi UMT 2021
Bab 1, Tafsiran, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017
Bab 1, Tafsiran, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017
Perenggan 5.3.4 (g), Garis Panduan Pengurusan
Rahsia Rasmi UMT 2021
Pegawai Pengelas di UMT dilantik oleh Menteri
Pengajian Tinggi di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia
Rasmi 1972
Perenggan 5.4 (d), Garis Panduan Pengurusan
Rahsia Rasmi UMT 2021
Perenggan 5 4 (c), Garis Panduan Pengurusan Rahsia
Rasmi UMT 2021
[2019] MLJU 2167
Perenggan 5 6 (a), Garis Panduan Pengurusan Rahsia
Rasmi UMT 2021
Perenggan 5 6 (b), Garis Panduan Pengurusan Rahsia
Rasmi UMT 2021
[2019] MLJU 2167
Perenggan 18, 19 dan 20 Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017
Non-Disclosure Agreement (NDA) atau perjanjian kerahsiaan bolehlah didefinisikan sebagai suatu
perjanjian atau kontrak antara sekurang-kurangnya dua pihak mengenai penggunaan atau pendedahan
maklumat bukan umum (non-public information)
tertentu yang dimiliki oleh pihak-pihak yang berkaitan Maklumat yang didedahkan melalui NDA ini biasanya dirujuk sebagai “Maklumat Sulit” (Confidential Information)
Tidak ada definisi atau senarai khusus mengenai apa yang boleh terkandung sebagai Maklumat Sulit
Setiap pihak mungkin mempunyai definisi yang berbeza mengenai dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit Justeru, apa yang termasuk dalam kategori Maklumat Sulit hendaklah
ditentukan oleh pihak-pihak Pihak yang
mendedahkan Maklumat Sulit biasanya menafsirkan
Maklumat Sulit seluas mungkin untuk memastikan tidak ada penyalahgunaan maklumat oleh pihak yang satu lagi atau pihak ketiga yang lain Maklumat Sulit adalah sejenis harta intelek atau kebiasaannya juga dirujuk sebagai Rahsia Perdagangan (Trade Secret)
Tujuan utama NDA adalah untuk menghalang pihakpihak menggunakan Maklumat Sulit yang dikongsi tersebut untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan maksud perjanjian atau mendedahkannya kepada
mana-mana pihak lain yang mana pendedahan tersebut boleh menjejaskan hak dan kepentingan pemilik Maklumat Sulit yang berkaitan.
Secara ringkasnya tujuan NDA boleh dijelaskan seperti Rajah di bawah:
NDA boleh bersifat "unilateral" atau "bilateral" bergantung kepada persetujuan pihak-pihak. Unilateral NDA adalah suatu kontrak yang melibatkan dua pihak. Satu pihak mendedahkan
Maklumat Sulit itu, sementara pihak penerima mempunyai kewajiban untuk melindungi Maklumat Sulit tersebut. Bilateral NDA pula ialah apabila
kedua-dua pihak saling mendedahkan Maklumat Sulit masing-masing dengan tujuan untuk melindungi maklumat tersebut daripada pihak luar.
Timbalan Penasihat Undang-Undang UMTKEPENTINGAN "NON-DISCLOSURE KEPENTINGAN "NON-DISCLOSURE AGREEMENT" DALAM AGREEMENT"
Dalam konteks penyelidikan atau pengkomersialan di UMT, NDA biasanya merupakan dokumen perjanjian pertama yang perlu ditandangani sebelum rundingan lebih serius dibuat dengan pihak pemberi dana atau entiti perniagaan yang berminat untuk mengkomersialkan harta intelek UMT
Walau bagaimanapun keperluan untuk melindungi Maklumat Sulit melalui NDA ini boleh mempunyai tujuan yang pelbagai dan tidak terhad kepada aktiviti penyelidikan dan pengkomersialan sahaja NDA kebiasaannya perlu juga ditandatangani dalam situasi-situasi berikut:
Walaupun NDA pada kebiasaannya bukan suatu dokumen yang sarat dan rumit, namun terma-terma penting yang diperuntukkan dalam NDA tersebut perlu difahami sewajarnya bagi mengelakkan pelanggaran kontrak hingga menyebabkan kebocoran Maklumat Sulit
Semasa mendapatkan perkhidmatan dari syarikat atau individu di mana syarikat atau individu tersebut akan diberikan Maklumat Sulit institusi anda. Contohnya ketika berurusan dengan pihak Bank berkaitan apa-apa pinjaman, pelaburan dan sebagainya.
Apabila pekerja diberi akses kepada Maklumat Sulit semasa menjalankan tugas. Kebiasaannya klausa kerahsiaan ini telah dimasukkan dalam kontrak pekerjaan.
Semasa membentangkan idea perniagaan atau pengkomersialan kepada bakal rakan kongsi atau pelabur yang berpotensi Dalam hal ini, NDA sangat penting untuk melindungi idea anda daripada dicuri
Semasa berkongsi maklumat kewangan, undang-undang, dapatan penyelidikan, produk baharu, harta intelek dan sebagainya dengan bakal pelabur, pembeli, pelesen atau rakan kongsi
Pihak-Pihak (1)
Pihak-pihak kepada NDA peru diperincikan dengan tepat Namun, dalam sesetengah keadaan, oleh kerana organisasi telahpun menyediakan template NDA, maklumat pihak yang satu lagi dibiarkan kosong dan tidak dilengkapkan sewajarnya Pihak ini juga mestilah mempunyai "locus standi" atau kuasa untuk memasuki NDA
Tujuan NDA (2)
Tujuan NDA perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan Maklumat Sulit yang dikongsi hanya digunakan untuk tujuan tersebut Sebagai contoh, NDA yang ditandangani antara UMT dan Agensi XYZ adalah untuk membuat kajian berkaitan kebolehpasaran graduan perikanan UMT di Malaysia Maka, apa-apa Maklumat Sulit yang dikongsikan oleh UMT dengan Agensi XYZ tidak boleh digunakan untuk maksud selain yang dinyatakan dalam NDA
Definisi Maklumat Sulit (3)
Takrifan Maklumat Sulit hendaklah jelas dan dipersetujui bersama oleh pihak-pihak Walaupun, takrifan yang umum dan luas biasa digunakan dalam NDA, dalam sesetengah keadaan, Maklumat Sulit disenaraikan mengikut tujuan perjanjian Sebagai contoh, dalam NDA yang dimeterai bagi tujuan penyelidikan, pihak-pihak menyenaraikan jenis-jenis Maklumat Sulit yang akan dikongsikan berkaitan penyelidikan tersebut
NDA yang baik hendaklah menyenaraikan tanggungjawab pihak-pihak berkaitan dengan pengurusan/penjagaan Maklumat Sulit yang
didedahkan Salah satu contoh obligasi yang penting ada penegasan bahawa pihak yang
menerima Maklumat Sulit tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi tersebut untuk tujuan selain daripada yang telah dipersetujui
Tanggungjawab lain pula, adalah menjaga keselamatan Maklumat Sulit daripada kecurian, kebocoran dan sebagainya
Peruntukan pengecualian ini menyenaraikan keadaan-keadaan di mana Maklumat Sulit tersebut tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai sulit sebagaimana takrifan dalam NDA. Pengecualian yang biasa ada dalam sesebuah NDA adalah seperti berikut:
Maklumat Sulit telah menjadi maklumat awam; Maklumat Sulit telah diketahui terlebih dahulu
oleh pihak yang menerimanya daripada sumber yang lain; atau
Maklumat Sulit tersebut telah diarahkan untuk didedahkan oleh pihak berkuasa dalam suatu
prosiding Mahkamah
Tarikh kuat kuasa dan tempoh kesahan NDA hendaklah dinyatakan secara jelas Tempoh NDA ini boleh bersifat kekal (perpetual) bergantung kepada kepentingan sesuatu Maklumat Sulit itu Jika perjanjian yang dimasuki oleh pihak-pihak melibatkan pendedahan "rahsia perdagangan" atau "trade secrets" adalah wajar tanggungjawab menjaga kerahsiaan tersebut adalah bersifat kekal dan tidak bertempoh Manakala bagi Maklumat Sulit yang mungkin akan didedahkan kepada umum kemudian, tiada keperluan untuk NDA bersifat kekal
Hak pemilikan terhadap Maklumat Sulit yang dikongsi hendaklah dijelaskan dalam NDA Ini bagi mengelakkan pihak yang menerima Maklumat Sulit tersebut beranggapan ia turut mempunyai hak dan kepentingan ke atas Maklumat Sulit tersebut
Kesan Pelanggaran NDA dan Remedi (8)
Pihak-pihak kepada NDA perlu dijelaskan tentang kesan perlanggaran mana-mana peruntukan atau obligasi NDA yang ditandatangani Tiga jenis tindakan yang boleh diambil jika berlaku perlanggaran NDA iaitu tuntutan ganti rugi, injunksi dan equitable relief sebagaimana yang diterangkan dalam Rajah di bawah.
TUNTUTAN GANTI RUGI
Permohonan kepada Mahkamah tuntutan berdasarkan kerugian yang dialami sama ada yang boleh dikira ataupun tidak
PERINTAH INJUNKSI
Permohonan kepada Mahkamah menghalang pihak yang berkaitan daripada terus mengguna atau mendedahkan Maklumat Sulit
EQUITABLE RELIEF
Permohonan kepada Mahkamah mengenai lain-lain bentuk pampasan yang bersesuaian
Dalam kes Svenson Hair Center Sdn Bhd v Irene Chin Zee Ling [2008] 7 MLJ 903, Mahkamah telah membenarkan permohonan injunksi interim oleh Plaintif untuk menyekat Defendan daripada menghubungi semua atau mana-mana pelanggan Plaintif yang dikenali oleh Defendan semasa Defendan berkhidmat dengan Plaintif Permohonan injunksi ini dipohon oleh Plaintif selaras dengan perjanjian pekerjaan yang ditandatangani oleh
Defendan yang mengandungi larangan khusus berkaitan dengan maklumat sulit mengenai butirbutir pelanggan Plaintif Mahkamah dalam kes ini mengatakan bahawa maklumat pelanggan tidak boleh menjadi sebahagian daripada " own skill, knowledge and business experience" Defendan Walaupun persaingan dalam perniagaan adalah dibenarkan, namun menggunakan maklumat sulit secara salah seperti yang dilakukan oleh Defendan adalah melanggar peruntukan kerahsiaan yang ditandatangani
Sesuatu "idea" tidak dilindungi di bawah undangundang Seksyen 7 (2A), Akta Hak Cipta 1987 memperuntukkan bahawa, "perlindungan hak cipta tidaklah terpakai kepada apa-apa idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik" Sementara dalam pengurusan projek penyelidikan dan pengkomersialan, maklumat penting yang biasa akan dikongsikan semasa perundingan adalah "idea" dan cadangan yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan keuntungan kewangan Oleh kerana tiada undang-undang yang melindungi "idea", sering berlaku "idea" ini dicuri atau diciplak tanpa pengiktirafan (recognition) yang sewajarnya kepada penyelidik dan universiti
Selain "idea", penyelidik juga mungkin akan mendedahkan maklumat berkaitan dapatan hasil penyelidikan, penemuan atau rekacipta (invention) yang berpotensi untuk dilindungi di bawah undangundang harta intelek yang merangkumi paten, hak cipta, reka bentuk industri, trade secret, cap dagangan, petunjuk geografi dan perlindungan varieti baru tumbuhan Sekiranya maklumat berkaitan penemuan, hasil penyelidikan atau rekacipta ini dikongsikan dengan pihak industri atau mana-mana institusi lain tanpa NDA, ianya boleh dianggap sebagai pendedahan awam (public disclosure) Pendedahan awam boleh menyebabkan hilangnya keupayaan universiti untuk mempatenkan sesuatu rekacipta atau sesuatu formula atau proses yang sepatutnya menjadi rahsia perdagangan tidak lagi dilindungi kerahsiaannya di bawah undangundang.
Selanjutnya, sesuatu perundingan juga melibatkan pendedahan maklumat kewangan sama ada berkaitan kos penyelidikan, jumlah tajaan, cadangan harga jualan dan sebagainya. Maklumat kewangan ini sangat penting dalam mana-mana proses perundingan penyelidikan dan pengkomersialan. Kegagalan untuk melindungi maklumat-maklumat ini dari disebarkan kepada pihak ketiga yang tiada kaitan dalam perundingan boleh menyebabkan kerugian kepada universiti atau menimbulkan persaingan yang tidak wajar.
Dalam kes, Electro CAD Australia Pty Ltd & Ors v. Mejati RCS Sdn. Bhd. & Ors [1998] 3 MLJ 422, perlanggaran terhadap peruntukan kerahsiaan yang ditandangani melalui NDA menjadi kausa utama tuntutan plaintif. Dalam kes ini, plaintif pertama dan ketiga adalah syarikat yang diperbadankan di Australia, merupakan pemilik hak harta intelek dalam Stopcard Auto Theft Device ("Stopcard"). Plaintif kedua diperbadankan di Malaysia untuk memasarkan Stopcard di Malaysia. Plaintif ketiga telah mengikat perjanjian pelesenan dengan sebuah syarikat di mana defendan kedua adalah pengarah. Defendan kedua kemudiannya menjadi pengarah plaintif kedua dan telah menandatangani NDA bagi melindungi maklumat berkaitan Stopcard Selepas itu, defendan kedua berhenti bekerja dengan plaintif kedua Maklumat sulit berkaitan dengan Stopcard telah diberikan kepada defendan pertama oleh defendan kedua Pada 30 November 1995, "Stopcar" dilancarkan oleh defendan pertama Plaintif-plaintif mendakwa bahawa barang keluaran defendan-defendan yang dinamakan "Stopcar" adalah berasal daripada Stopcard
biasanya melibatkan pendedahan mengenai harta intelek universiti. Walaupun harta intelek yang telah didaftarkan dilindungi di bawah undang-undang, namun maklumat-maklumat lain berkaitan harta intelek tersebut mungkin tidak dilindungi seperti maklumat teknikal, "know-how" , spesifikasi bahan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini juga, jika didedahkan tanpa kawalan boleh disalahgunakan ataupun di"reverse engineer" oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersetuju dengan hujahan plaintif-plaintif dan memutuskan bahawa defendan pertama, melalui pekerjanya, telah melanggar perjanjian kerahsiaan yang ditandatangani Adalah juga jelas bahawa defendan kedua telah mendedahkan kepada defendan-defendan untuk kegunaan dan manfaat mereka maklumat sulit dan rahsia perniagaan berkaitan dengan barang keluaran plaintif-plaintif Seorang pengarah, seperti defendan kedua, adalah dihalang daripada menggunakan apa-apa manfaat yang diperolehi oleh sebab kedudukannya sebagai pengarah, terutamanya berkaitan dengan maklumat sulit yang diperolehi, selepas beliau berhenti kerja lebih-lebih lagi apabila pemberhentiannya dilihat sebagai didorong oleh hasrat untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya sendiri Oleh itu, plaintifplaintif adalah berhak untuk mendapat perintah injunksi terhadap defendan-defendan beserta dengan ganti rugi seperti yang dituntut
Melindungi idea, cadangan, kertas kerja dan sebagainya
HARTA INTELEK
Memastikan maklumat berkaitan harta intelek universiti tidak disalahgunakan atau didedahkan kepada pihak ketiga
DAPATAN HASIL PENYELIDIKAN
Melindungi dapatan hasil penyelidikan daripada digunakan oleh pihak lain tanpa memberi apa-apa keuntungan kepada universiti
PRODUK BAHARU
Memastikan tiada imitasi produk-produk yang dihasilkan oleh universiti
PERINCIAN KEWANGAN
Melindungi maklumat berkaitan kewangan, hak milik atau harta universiti
Setelah kita mengetahui kepentingan dan keperluan untuk menandatangani NDA sebelum memulakan suatu rundingan bagi apa-apa projek penyelidikan dan pengkomersialan, maka selanjutnya diperincikan implikasi yang mungkin ditanggung oleh penyelidik atau universiti jika NDA tidak ditandatangani
Tiada Perlindungan (1)
Maklumat Sulit universiti tidak akan dilindungi dan boleh digunakan oleh pihak lain tanpa apa-apa sekatan
Tiada Remedi (2)
Tiada tindakan dapat diambil terhadap pihak yang mendedahkan atau menggunakan Maklumat Sulit.
Terdedah kepada Plagiat (3)
Idea, kertas cadangan, rangka kerja dan sebagainya akan terdedah kepada plagiat
Pendaftaran Harta Intelek (4)
Mengganggu proses pendaftaran harta intelek.
Kerugian Kewangan / Imej (5)
Maklumat Sulit digunakan oleh pihak lain untuk mengaut keuntungan atau digunakan untuk tujuan yang melanggar undang-undang
Aktiviti penyelidikan dan pengkomersialan harta intelek universiti merupakan salah satu agenda penting negara. Pelbagai inisiatif telah disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi merancakkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan. Namun dalam keterujaan para penyelidik universiti menyahut seruan Kerajaan ini, kadang-kala perkara-perkara asas dalam perundingan tidak dititik-beratkan sehingga akhirnya merugikan penyelidik dan universiti.
Pemeteraian NDA adalah perkara asas sebelum memulakan apa-apa proses perundingan. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, NDA adalah penting bagi melindungi Maklumat Sulit universiti serta idea dan penemuan penyelidikan yang belum dilindungi atau tidak layak mendapat perlindungan harta intelek. Tuntasnya, NDA bukan suatu dokumen yang boleh dianggap remeh, bahkan kewujudannya sangat penting dalam membantu melancarkan proses perundingan penyelidikan atau pengkomersialan harta intelek universiti
Rujukan:
https://malaysianlitigator.com/2020/06/22/nondisclosure-agreement-when-to-use-it/ https://www kass com my/confidentialityagreement/
The role of a non-disclosure agreement on the protection of intellectual property rights, Chinara Gasimova, LL B , Baku State University, 2020 https://harperjames co uk/article/non-disclosureagreements-ndas-and-confidentiality-agreementsfaqs/
Ke Arah Pengkomersialan: Pengurusan Harta Intelek Harta Intelek yang Optimum, Memperkasa Pendapatan Institusi, Kamal Kormin, MyIPO, 2015 https://www.copperharbor.org/nda-agreementmalaysia/ https://dnh com my/latest-federal-court-caseemployees-obligations-of-confidentiality/ https://asklegal.my/p/private-and-confidentialmalaysia-breach-of-confidence
Restraint of Trade: Emerging Trends 2016 2 MLJ xlvii
AMIRAH NABILAH ISMAIL
Penolong Penasihat Undang-Undang UMT
PENDAHULUAN
Obligasi atau arahan untuk menjaga kerahsiaan dalam pekerjaan bukanlah suatu perkara yang asing. Seseorang yang diambil bekerja akan diminta untuk menandatangani aku janji kerahsiaan sama ada secara khusus melalui perjanjian kerahsiaan (Non-disclosure Agreement) atau obligasi tersebut dimasukkan dalam kontrak pekerjaannya. Bagi sesetengah syarikat atau agensi, seseorang pekerja itu dikehendaki menandatangani perjanjian kerahsiaan semasa melapor diri di tempat kerja Dalam konteks Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula, arahan menjaga kerahsiaan ini dimasukkan dalam kontrak perkhidmatan Perjanjian atau obligasi ini adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan maklumat
syarikat atau agensi semasa berurusan dengan
pihak luar Maklumat-maklumat seperti data peribadi staf dan pelajar, kewangan, keputusan mesyuarat, harta intelek, inovasi dan idea
penyelidikan adalah sangat penting bagi institusi
pengajian tinggi seperti UMT Jika maklumatmaklumat tersebut tidak dilindungi, dikhuatiri akan menyebabkan penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus memberikan kesan negatif kepada UMT
Adalah dimaklumi bahawa perjanjian kerahsiaan adalah bertujuan untuk mendapatkan jaminan kerahsiaan daripada seseorang pekerja sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat atau agensi tersebut. Namun selepas seseorang pekerja itu berhenti atau tidak lagi berkhidmat di syarikat atau agensi terbabit, adakah perjanjian atau akujanji kerahsiaan tersebut masih mengikatnya?
Persoalan ini telah dirungkaikan dalam keputusan kes Dynacast (Melaka) Sdn Bhd & Ors v Vision Cast Sdn Bhd & Another [2016] 3 MLJ 417 yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 Mei 2016 Kes ini melibatkan Encik Cheok, seorang pekerja yang memegang pelbagai jawatan peringkat tinggi dalam kumpulan syarikat Dynacast Beliau telah mula bekerja dari tahun 1980 sehingga 2002 15 bulan selepas peletakan jawatan beliau daripada kumpulan Dynacast, beliau telah menubuhkan satu syarikat yang bersaing dengan Dynacast Lanjutan daripada penubuhan syarikat tersebut, Dynacast telah menyaman Encik Cheok dan mendakwa bahawa beliau telah menyalahgunakan maklumat sulit kumpulan syarikat tersebut dengan tujuan untuk menganggu projek Dynacast yang sedang berjalan dan bersaing dengan kumpulan Dynacast Dynacast seterusnya cuba untuk menguatkuasakan perjanjian kerahsiaan yang telah ditandatangani oleh Encik Cheok semasa beliau masih menjadi pekerja Dynacast
Keputusan Mahkamah Persekutuan telah memihak kepada Encik Cheok. Dalam membuat keputusan ini, Mahkamah Persekutuan telah menjawab tiga persoalan penting yang dibangkitkan oleh pihakpihak.
Persoalan pertama: Adakah tanggungjawab seseorang pekerja untuk menjaga kerahsiaan organisasi itu kekal untuk selama-lamanya?
Dalam kes ini, perjanjian kerahsiaan yang telah ditandatangani Encik Cheok tidak menetapkan sebarang had masa Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan sedemikian adalah sah kerana jika had masa ditetapkan, seseorang bekas pekerja itu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeksploitasi maklumat sulit kerana apa yang perlu dibuat oleh pekerja tersebut hanyalah menunggu tempoh had masa bagi perlindungan maklumat sulit tersebut tamat, dan perkara ini bukanlah tujuan perjanjian perlindungan maklumat rahsia dibuat Tujuan perjanjian kerahsiaan adalah untuk menjaga maklumat sulit syarikat daripada terlepas ke pihak ketiga dan seterusnya akan mendatangkan kesan buruk kepada syarikat, sebagai contoh, syarikat berkemungkinan terlepas tender sesuatu projek
Mahkamah Persekutuan telah mengikuti keputusan mahkamah Australia yang mengiktiraf kewajipan melindungi maklumat rahsia kekal Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa tiada halangan untuk perjanjian kerahsiaan mengikat pihak-pihak yang menandatangani perjanjian tersebut secara kekal, termasuklah sekiranya pekerja tersebut telah berhenti daripada syarikat atau institusi berkenaan
Persoalan kedua: Adakah klausa kerahsiaan yang kekal menjadi tidak sah kerana menghalang perdagangan?
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa meskipun perlindungan maklumat rahsia boleh menjadi kekal, namun demikian ianya masih tertakluk kepada prinsip undang-undang dan ekuiti lain yang mungkin terpakai seperti doktrin sekatan perdagangan. Seksyen 28, Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa mana-mana klausa yang menghalang perdagangan akan terbatal. Malangnya, Mahkamah Persekutuan enggan menjawab secara khusus persoalan sama ada perjanjian untuk tidak mendedahkan maklumat sulit “ semasa bekerja atau pada bila-bila masa selepas itu” adalah terbatal oleh Seksyen 28 Akta Kontrak 1950 kerana menghalang perdagangan.
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa meskipun perlindungan maklumat rahsia boleh menjadi kekal, namun demikian ianya masih tertakluk kepada prinsip undangundang dan ekuiti lain yang mungkin terpakai seperti doktrin sekatan perdagangan. Seksyen 28, Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa mana-mana klausa yang menghalang perdagangan akan terbatal.
Walau bagaimanapun, Mahkamah tetap memberi amaran terhadap majikan yang menggunakan dakwaan samar-samar pelanggaran kerahsiaan untuk menyekat keupayaan bekerja bekas pekerja daripada bersaing
Memetik penghakiman Scott J dalam kes UK Balston Ltd v Headline Filters Ltd (1987) FRS 330, " penggunaan sekatan terhadap maklumat sulit bertujuan untuk menyekat pekerja-pekerja daripada menggunakan kemahiran dan pengalaman mereka untuk bersaing dengan bekas majikan mereka, pada pandangan saya, berpotensi berbahaya Ia mampu menjadikan satu bentuk perhambaan yang baru ”
Tuntasnya, sama ada sesuatu klausa itu terbatal kerana berada dalam "sekatan perdagangan" masih perlu ditentukan berdasarkan kes demi kes dan majikan juga tidak boleh menyekat pekerja-pekerja daripada terus mengembangkan bakat dan kerjaya masing-masing di tempat baru hanya kerana beliau telah menimba ilmu dan pengalaman di syarikat sebelumya
Persoalan ketiga: Keperluan untuk menyatakan perlanggaran kerahsiaan secara khusus
Tuntutan Dynacast dalam kes ini gagal kerana ia tidak menyatakan secara spesifik jenis maklumat sulit atau rahsia perdagangan yang didakwa disalahgunakan oleh Encik Cheok Dalam tuntutan undang-undang, adalah tidak mencukupi bagi majikan untuk mendakwa bahawa bekas pekerja telah "menyalahgunakan maklumat peribadi dan sulit" tanpa memberikan butiran yang mencukupi dan terperinci. Seorang bekas pekerja berhak mengetahui apakah maklumat peribadi dan sulit yang dikatakan telah disalahgunakan olehnya supaya beliau boleh mempertahankan diri terhadap tuntutan yang dikenakan terhadapnya.
Berdasarkan keputusan kes ini, majikan harus mengambil kira beberapa perkara apabila
berurusan dengan tanggungjawab kerahsiaan. Antaranya adalah, Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa tanggungjawab kerahsiaan pekerja adalah sangat bergantung kepada terma kontrak yang dipersetujui.
Pekerja yang mempunyai akses kepada maklumat sulit hendaklah dikehendaki menandatangani
perjanjian kerahsiaan (NDA) dan draf Perjanjian Kerahsiaan perlulah digubal mengikut kehendak syarikat dan undang-undang yang berkuatkuasa
Memandangkan kebolehkuatkuasaan NDA mungkin
berbeza dari satu bidang kuasa ke satu bidang kuasa, template NDA hendaklah sentiasa disemak dan mematuhi perspektif undang-undang tempatan
Tindakan menubuhkan perniagaan yang bersaing semata-mata bukanlah satu kesalahan undangundang, dan majikan tidak boleh menggunakan kewajipan kerahsiaan untuk menghalang persaingan.
Akhir sekali, adalah penting untuk seseorang majikan dan pekerja tahu hak dan tanggungjawab masingmasing semasa menandatangani sesuatu perjanjian kerahsiaan. Pekerja perlulah mempunyai integriti yang tinggi untuk tidak menggunakan maklumat sulit syarikat sebelumya demi kepentingan syarikat baru dan mendatangkan kerugian besar buat syarikat sebelumnya Majikan pula perlulah mengenalpasti maklumat sulit apa yang telah disalahgunakan oleh bekas pekerja dan bagaimana ia mempengaruhi kerugian yang dialami oleh syarikat sebelum membuat sebarang tuntutan supaya pihak majikan mempunyai bukti yang kukuh di mahkamah
Rujukan:
https://rmc.upm.edu.my/upload/dokumen/2019040 5091417APA ITU NDA (050419).pdf
https://malaysianlitigator com/2020/06/22/nondisclosure-agreement-when-to-use-it/ https://www.mipa.org.my/pages.php?id=14
Selain itu, sekiranya berlaku pelanggaran kerahsiaan, majikan perlulah mengenal pasti dan mengkhususkan maklumat sulit yang dikatakan telah disalahgunakan Undang-undang membenarkan bekas pekerja menggunakan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri yang terkumpul selama bertahun-tahun dan ini termasuk bakal pelanggan, arah aliran harga dan maklumat pasaran yang berada dalam domain awam
Penggunaan pengetahuan dan pengalaman peribadi ini bukanlah pelanggaran kerahsiaan Perkara ini perlu diambil cakna oleh majikan supaya tidak membuat tuntutan melulu hanya kerana seseorang telah menggunakan ilmu dan pengalaman beliau semasa bekerja di syarikat atau organisasi terdahulu di tempat kerja baharu
Jika bekas pekerja telah menubuhkan perniagaan yang bersaing dengan syarikat majikan, majikan mesti menilai sama ada terdapat penyalahgunaan maklumat sulit oleh bekas pekerja dan jika terdapat bukti yang jelas, baru tindakan boleh diambil
https://dnh.com.my/latest-federal-court-caseemployees-obligations-of-confidentiality/ https://dnh com my/if-i-cant-have-you-nobodycan-applicability-of-non-compete-clauses-inemployment-contracts/
https://www legal500 com/developments/thoughtleadership/employment-non-disclosure-agreementswhat-employers-need-to-know/
https://www.hg.org/legal-articles/law-on-breachof-confidence-and-recourse-by-employers-againstemployees-in-malaysia-49023
https://www gannons co uk/insights/dutyconfidentiality-employment/
PENDAHULUAN
Dalam kepesatan teknologi hari ini, aliran maklumat juga semakin meningkatkan. Orang ramai tanpa teragak-agak berkongsi pelbagai data peribadi di media sosial dan lain-lain platform atas talian seperti e-shopping, e-hailing, online games dan sebagainya. Kita mungkin beranggapan perkongsian tersebut sebagai sesuatu yang perlu dan tidak merbahaya (harmless) Hakikatnya, data peribadi merupakan suatu komoditi berharga dan menjadi aset penting terutamanya kepada entiti perniagaan, parti politik, scammer dan penggodam siber.
Pada tahun 2018, dunia digemparkan dengan berita kebocoran data peribadi pengguna facebook yang telah dikutip secara tidak sah oleh firma analisis data, Cambridge Analytica, yang berpangkalan di London Data peribadi ini dikatakan telah digunakan untuk mendapat maklumat pengundi sewaktu pilihan raya Amerika Syarikat, seterusnya membantu kemenangan presiden Donald Trump pada tahun 2016. Malaysia juga turut mendapat tempias dalam skandal ini apabila dikatakan parti UMNO juga telah menggunakan perkhidmatan
Cambridge Analytica untuk membantu dalam proses pilihanraya umum 2013 yang dimenangi oleh Barisan Nasional Skandal kebocoran data peribadi ini telah menyebabkan facebook didenda sebanyak
£500,000 atau RM2 6 juta oleh Pesuruhjaya Maklumat Britain kerana gagal melindungi data penggunanya serta tidak telus mengenai bagaimana data tersebut boleh dituai melalui platformnya.
Pada Oktober 2019, sejumlah data peribadi staf akademik dan bukan akademik Universiti Malaya telah dibocorkan di internet selepas beberapa jam pautan pembayaran atas talian (e-bayar) milik universiti itu digodam Hampir 24,000 emel ID login dan kata laluan dipercayai daripada pautan pembayaran e-bayar itu telah dibocorkan Perbuatan tersebut menyebabkan maklumat gaji termasuk nama dan akaun bank individu, nombor cukai pekerja, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, maklumat jabatan dan pangkat didedahkan kepada umum.
Manakala pada tahun 2020 pula, syarikat keselamatan siber India, Technisanct melaporkan lebih 300,000 butiran maklumat kad pembayaran seperti kad kredit dan debit, yang dipercayai milik beberapa bank terkemuka di enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam dijual di dalam pelbagai forum web gelap. Penemuan itu diperolehi ketika pasukan penganalisis ancaman Technisanct membuat penyelidikan untuk menganalisis ancaman terhadap sektor kewangan di Asia Tenggara. Pasukan Technisanct menganalisa 1136 nombor BIN bank dari enam negara itu, yang mana mereka menemui 319,669 maklumat kad termasuk nombor kad, nama pemegang kad, CVV, tarikh luput dan dalam beberapa kes membabitkan nombor PIN. Berdasarkan analisa, Filipina adalah negara yang mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 172,828, diikuti Malaysia 37,145, Indonesia 35,354 dan Singapura 25,290.
ROSLINA GHAZALI Timbalan Penasihat Undang-Undang UMTPada 15 November 2013, Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi
2010 ("PDPA 2010") Tujuan PDPA 2010 dikanunkan adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial
PDPA 2010 juga memberikan takrifan khusus berkenaan data peribadi sensitif iaitu apa-apa maklumat berkaitan kesihatan atau keadaan fizikal dan mental seseorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya termasuk pelakuan dan pernyataan pelakuan kesalahan oleh subjek data tersebut
Pemprosesan data peribadi bermaksud apa-apa proses yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data termasuk apa-apa proses pengendalian lain seperti menyusun, mengubahsuai, mendapatkan kembali, menzahirkan, menggabung, membetulkan dan melupuskan data peribadi Bagi melindungi keselamatan data peribadi, PDPA 2010 telah menggariskan bahawa pemprosesan data peribadi hendaklah mematuhi tujuh (7) prinsip perlindungan data peribadi seperti yang ditetapkan dalam seksyen 5 dan diringkaskan dalam Jadual di bawah:
Prinsip Keterangan
(a)
(b)
Data peribadi ditakrifkan dalam seksyen 4, PDPA 2010 sebagai apa-apa maklumat yang berkenaan apa-apa transaksi komersial, yangsedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu; direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan,
yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pernyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apaapa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010
Secara ringkasnya data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang boleh menyebabkan seseorang individu itu (subjek data) dikenal pasti seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, gambar, tarikh lahir, nombor telefon, rakaman kamera litar tertutup, pekerjaan dan sebagainya
Am Pengguna data tidak boleh memproses data peribadi tanpa persetujuan subjek data Data peribadi yang dikumpulkan hendaklah tidak berlebihan daripada yang diperlukan.
Notis dan Pilihan Subjek data hendaklah dimaklumkan tentang tujuan data peribadinya diperlukan
Penzahiran
Keselamatan
Data peribadi tidak boleh didedahkan tanpa persetujuan subjek data dan data peribadi tidak boleh digunakan selain dari tujuan ianya dibenarkan
Pengguna data hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya kehilangan atau penyalahgunaan data peribadi
Penyimpanan
Data peribadi tidak boleh disimpan melebihi tempoh ianya diperlukan Pengguna data hendaklah memastikan data dilupuskan secara kekal apabila tidak lagi diperlukan.
Integriti Data
Pengguna data hendaklah memastikan data peribadi adalah tepat, terkini, tidak mengelirukan dan menepati tujuan data diproses
Akses
Subjek data berhak untuk mengakses data peribadinya dan boleh membuat apa-apa pembetulan yang sewajarnya.
Selaras dengan prinsip am perlindungan data peribadi, pengguna data tidak boleh memproses data peribadi sensitif seseorang individu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan atau persetujuan individu berkenaan Selanjutnya seksyen 40(2), PDPA 2010 memperuntukkan syaratsyarat tambahan yang perlu dipatuhi oleh pengguna data
Pengguna data dibenarkan untuk memproses data peribadi sensitif jika data itu perlubagi tujuan pelaksanaan undang-undang; untuk melindungi kepentingan vital subjek data atau orang lain;
bagi maksud perubatan dan dilakukan oleh seorang profesional penjagaan perubatan;
bagi maksud berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang;
bagi maksud mendapatkan nasihat undangundang;
bagi maksud membuktikan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;
bagi pentadbiran keadilan;
bagi menjalankan fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah undangundang; dan
bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Menteri.
Secara ringkasnya data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang boleh menyebabkan seseorang individu itu dikenal pasti seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, gambar, tarikh lahir, nombor telefon, rakaman kamera litar tertutup, pekerjaan dan sebagainya
HAK SUBJEK DATA
Hak-hak subjek data dinyatakan secara jelas dalam
Penggal 4, PDPA 2010 Kegagalan pengguna data untuk memberikan hak-hak yang terakru kepada subjek data seperti mana yang diperuntukkan dalam PDPA 2010 merupakan suatu kesalahan, dan jika sabit kesalahan, pengguna data boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 00 atau
penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali
Rangkuman hak-hak subjek data dijelaskan melalui Rajah berikut:
Hak untuk diberitahu sama ada data peribadinya diproses oleh pengguna data
Hak untuk mengakses data peribadinya
Hak untuk membetulkan data peribadinya
Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadinya
Hak untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang boleh menyebabkan kerosakan atau distres
Hak untuk menghalang pemprosesan data peribadi bagi maksud pemasaran langsung
Mana-mana individu yang merasakan bahawa data peribadinya telah diproses secara tidak benar atau telah melanggar mana-mana peruntukan PDPA 2010, boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya
Data Perlindungan Data Peribadi PDPA 2010 walau bagaimanapun tidak memperuntukkan secara spesifik hak subjek data untuk menuntut gantirugi daripada pengguna atau pemproses data
PDPA 2010 hanya melindungi data peribadi yang digunakan dalam transaksi komersial PDPA 2010 adalah berguna dalam pengurusan data peribadi yang melibatkan urusan perbankan, e-dagang, jualan langsung dan lain-lain platform perniagaan Namun data peribadi juga diproses untuk transaksi bukan komersial seperti media sosial, soal selidik, cookies dan sebagainya Dalam transaksi bukan komersial seperti ini, data peribadi yang diproses tidak akan dilindungi sewajarnya
PDPA 2010 juga tidak terpakai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Oleh itu apa-apa data peribadi yang diproses oleh mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tidak akan tertakluk kepada obligasi untuk mematuhi prinsip perlindungan data peribadi seperti yang dibincangkan di atas. Walaupun
Kerajaan sentiasa memberi jaminan bahawa data peribadi yang diproses oleh Kerajaan berada dalam keadaan baik dan selamat, namun beberapa cubaan menggodam sistem maklumat Kerajaan serta berita kebocoran data peribadi yang tular telah menimbulkan kegusaran umum.
Pencerobohan atau kebocoran data peribadi boleh memberi kesan bukan sahaja kepada subjek data tetapi juga kepada pengguna data atau organisasi yang menguruskan pemprosesan data peribadi Dalam era teknologi ini, walaupun terdapat kawalan keselamatan yang ketat, aktiviti menggodam dan menceroboh data juga semakin berleluasa
Kecurian Identiti. Identiti individu yang dicuri digunakan untuk tujuan jenayah atau apa-apa tujuan yang tidak bermoral
Kerugian Kewangan. Data peribadi yang diperolehi digunakan untuk tujuan fraud atau scam bagi mendapatkan wang daripada individu/organisasi
Buli Siber. Penceroboh menggunakan data peribadi individu untuk melakukan buli siber dengan mengganggu privasi individu.
Imej dan Reputasi. Data peribadi terutamanya data sensitif digunakan untuk menjejaskan imej atau reputasi seseorang individu atau organisasi
Gangguan Pemasaran. Individu menerima promosi pemasaran yang tidak dikehendaki sama ada melalui telefon atau emel
Walaupun PDPA 2010 mempunyai kelemahan, namun penggubalan akta ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk menjaga keselamatan data peribadi rakyat Malaysia agar tidak dimanupulasi atau digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam transaksi komersial tanpa kawalan atau sekatan yang sewajarnya
Dalam kes, Genting Malaysia Bhd v. Pesuruhjaya
Perlindungan Data Peribadi & Ors. 2022 [2022] 11
MLJ, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengarahkan pihak Genting Malaysia (pemohon) untuk menyerahkan semua maklumat berkaitan pelanggan pemohon, terutamanya mereka yang telah memperoleh kad keahlian di bawah Genting Rewards Loyalty Programme dan meminta butiran individu yang telah menang atau kalah di kasino pemohon Tujuan arahan tersebut adalah supaya LHDN dapat menilai semula jumlah cukai yang patut dikenakan ke atas pemohon Pemohon enggan menyerahkan maklumat yang dipohon oleh LHDN kerana ianya bercanggah dengan peruntukan PDPA 2010 Y A Hakim Noorin Badarudin dalam keputusannya menyatakan bahawa Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan LHDN telah mengabaikan kewajipan berkanun yang diamanahkan kepada mereka oleh Parlimen untuk melindungi data peribadi pelanggan pemohon dan dalam menangani isu sebenar dalam kes ini Responden telah bertindak ultra vires dan tidak rasional dengan cara yang tidak akan dilakukan oleh pihak berkuasa lain
Berdasarkan keputusan kes di atas, bolehlah disimpulkan bahawa undang-undang sedia ada mampu untuk melindungi data peribadi dalam transaksi komersial Walaupun ada cubaan daripada agensi yang berkepentingan untuk mendapat faedah daripada kelompongan perundangan sedia ada, keputusan Mahkamah masih memihak kepada keperluan pematuhan kepada PDPA 2010
Rujukan:
Akta Perlindungan Data Peribadi: Satu Tinjauan, Fadhilah Abdul Ghani et al, 2021, Jurnal Dunia Pengurusan
Tinjauan Awal terhadap Konsep Data Peribadi kesihatan, Nazura Abdul Manap et al, 2020, JUUM Personal Data Protection Act 2010: Taking the First Steps towards Compliance, 2015, Journal of Management & Muamalah;
Perlindungan Data Peribadi Malaysia, Nor Fadzlina Nawi, Buletin ACIS
https://www azmilaw com/insights/six-6-thingsyour-business-need-to-know-on-personal-dataprotection-in-malaysia/
https://www.dataguidance.com/notes/malaysiadata-protection-overview
https://www enisa europa eu/topics/dataprotection/personal-data-breaches
FAKTA KES
Responden dan seorang yang bernama Prem Kumar telah ditangkap dan dua telefon bimbit, setiap satu telah didaftarkan di bawah nama Responden dan Prem Kumar telah dirampas Beberapa imej telah dijumpai dalam telefon bimbit Prem Kumar dan imejimej tersebut amat sama dengan kertas soalan UPSR sebenar untuk subjek Bahasa Tamil Penulisan 037, Sains 018/1, Matematik 035/2, Matematik 015/1 dan Bahasa Tamil Pemahaman 036 Imej-imej tersebut telah dikongsi melalui grup WhatsApp termasuk komunikasi dari telefon Responden PW12 telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai pegawai pengkelas dan mengarahkan agar kertas-kertas soalan UPSR 2014 diklasifikasikan sebagai "SULIT" Responden telah dituduh dengan lima (5) pertuduhan di bawah seksyen 8(1)(c)(iii)
Akta Rahsia Rasmi 1972
Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie dan akhirnya, Responden telah dilepas dan dibebaskan di penutup kes pendakwaan
Mahkamah Tinggi juga telah menolak rayuan perayu, justeru perayu sekali lagi merayu ke Mahkamah
Rayuan Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah
Rayuan adalah sama ada kertas peperiksaan UPSR
2014 yang terakhir menurut lima pertuduhan tersebut adalah rahsia rasmi
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dan mengetepikan perintah-perintah Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi; dan memerintahkan Responden memasuki pembelaannya lima (5) pertuduhan tersebut
ALASAN PENGHAKIMAN
YAA HMR Vernon Ong (majoriti) dalam penghakiman bertulisnya memutuskan seperti berikut:
Suatu dokumen yang telah diklasifikasikan termasuklah apa-apa maklumat dan bahan yang terkandung dalam draf awal dokumen tersebut, yang mana kandungannya adalah rahsia rasmi selepas dokumen tersebut diklasifikasikan, dan rahsia rasmi yang berkait dengan apa-apa maklumat dan bahan semua draf seterusnya termasuklah versi terakhir dokumen tersebut Untuk memutuskan sebaliknya akan memerlukan pegawai awam yang mengesahkan untuk mengklasifikasikan setiap draf dokumen termasuk versi akhir dokumen itu Ini merupakan suatu yang mustahil selanjutnya jika draf dan versi akhir tidak diklasifikasikan secara berasingan, maka maklumat dan bahan dalam draf berikutnya dan akhir tidak akan dilindungi sebagai rahsia rasmi
Oleh itu, ia tidak perlu untuk diklasifikasikan setiap versi kertas peperiksaan UPSR Adalah jelas bahawa kertas peperiksaan UPSR bertujuan untuk diklasifikasikan dan bahawa pengklasifikasian tersebut termasuklah maklumat dan bahan dalam draf awal dan berikutnya dan versi terakhir kertas peperiksaan UPSR Oleh itu, kertas UPSR yang terakhir adalah rahsia rasmi
Oleh itu, hakim perbicaraan dan hakim Mahkamah Tinggi telah salah arah dari segi undang-undang dan fakta Berdasarkan keseluruhan keterangan, terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie ke atas semua lima pertuduhan tersebut
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Aras 2, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu
2022
PENAUNG
Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar, FAsc. vc@umt edu my
PENASIHAT
Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar fahirah.mokhtar@umt.edu.my
KETUA PENGARANG
Roslina Ghazali roslina.ghazali@umt.edu.my
PENGARANG
Muhammad Hafizuddin Zakaria m.hafizuddin@umt.edu.my
Amirah Nabilah Ismail a nabilah@umt edu my
PENYELARAS BAHAN
Azmi Che Pa ainzaminya@umt.edu.my
Laila Mamat achik@umt.edu.my
Noor Akmal Mamat@Aziz noor.akmal@umt.edu.my
Dari Meja Penasihat Undang-Undang Perutusan Naib Canselor
Proses Penggubalan Undang-Undang di Malaysia
Badan Kehakiman Malaysia
13
Mahkamah Syariah dan Cabarannya di Malaysia
17
Doktrin Pengasingan Kuasa: Aplikasi Semak dan Bincang
21
Sisipan Kes Undang-Undang
Penulisan artikel di dalam Legal Buzz ini hanyalah sebagai panduan umum sahaja dan bukan suatu penasihatan undang-undang yang muktamad Pandangan atau pendapat yang dinyatakan oleh pengarang adalah milik pengarang sahaja, dan tidak menggambarkan pandangan atau pendapat UMT atau PPUU Buletin ini diedarkan tanpa menjejaskan hak harta intelek milik UMT Sebarang pengeluaran semula, penduaan atau pengubahan buletin ini, dalam apa jua bentuk atau cara, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali UMT juga melarang penggunaan buletin ini dan semua atau mana-mana kandungannya di sini, untuk penjualan, keuntungan komersial dan/atau peribadi
© 2023 Hak Cipta Terpelihara
Assalamualaikum w b t dan salam sejahtera
Alhamdulillah, di atas rahmat dan kasih-sayangNya, akhirnya kita berjaya sampai ke penghujung tahun 2022 Pelbagai peristiwa yang dilalui pada tahun ini pastinya menjadi panduan, cabaran dan kenangan yang akan mencorakkan kehidupan kita di masa kini dan akan datang
Tahun ini sekali lagi perubahan besar berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta Setelah berjaya mengharungi kemelut pandemik COVID-19 dan kehidupan seharian hampir kembali normal, fokus rakyat Malaysia kemudiannya dialihkan kepada agenda kestabilan politik negara Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November 2022 lalu telah membentuk Kerajaan Malaysia yang baharu
PRU15 mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya rakyat Malaysia berusia 18 - 20 tahun turut layak keluar mengundi dan keputusan pilihanraya pada kali ini menyaksikan tiada satu parti politik yang mempunyai cukup kerusi majoriti bagi membentuk kerajaan sehingga menyebabkan parlimen tergantung ("hung parliament"). Akhirnya atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, "Kerajaan Perpaduan" ditubuhkan dan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada 24 November 2022.
Perkembangan politik semasa ini memberikan idea kepada kami untuk menulis secara ringkas mengenai sistem perundangan Malaysia yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan dan memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan ketenteraman dalam negara ini.
Kami cuba meluaskan pengetahuan para pembaca mengenai perkara asas dalam perundangan Malaysia seperti bagaimana sesuatu undangundang digubal, jenis-jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia serta bidang kuasa dan hierarkinya masing-masing, perbezaan undangundang sivil dan syariah serta prinsip pengasingan kuasa yang mengasingkan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman Kami cuba mengulas kesemua topik ini dalam bahasa santai agar lebih mudah difahami oleh para pembaca
Lebih istimewa lagi, staff sokongan PPUU yang baru dianugerahkan Sijil Eksekutif Undang-Undang daripada UKM pada bulan Januari 2022 yang lalu turut menyumbangkan artikel dalam penerbitan kali ini Inisiatif yang ditunjukkan oleh staff ini adalah sangat baik dan sebagai Ketua Jabatan, saya sangat berbangga dengan gaya penulisan yang ditunjukkan
Semoga penulisan kami kali ini dapat memberikan input segar untuk dicerakin oleh para pembaca dalam memahami sistem perundangan di Malaysia.
Selamat membaca!
Salam hormat,
"Profesional, Berwibawa, Berintegriti"
Bismilahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Pertama sekali setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan ehsan dan izinNya, dapat saya sekali lagi mencoretkan sedikit ingatan di ruangan kecil Legal Buzz ini.
Warga UMT yang dikasihi, PRU15 yang berlangsung November lalu telah mengubah lanskap politik dan kepimpinan pemerintahan negara kita. Pertukaran kerajaan sama ada melalui kuasa rakyat dalam pilihan raya atau akibat hilang kepercayaan dalam kalangan wakil rakyat adalah perkara lumrah dalam sistem demokrasi berparlimen
Namun sebagai penjawat badan berkanun, kesetiaan hendaklah sentiasa diberikan kepada kerajaan yang memerintah Ini sejajar dengan akujanji perkhidmatan yang ditandatangani oleh semua pegawai apabila memulakan perkhidmatan di UMT iaitu memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, kerajaan dan UMT
Perkara ini mustahak untuk saya tegaskan kerana setiap kali berlaku perubahan kerajaan atau pertukaran Menteri, akan berlaku pindaan kepada dasar sedia ada atau pengenalan dasar baharu UMT sebagai sebuah universiti awam pastinya bertanggungjawab untuk mematuhi dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pendidikan tinggi negara Justeru, sokongan padu daripada semua warga adalah penting bagi memastikan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan jayanya
Penulisan mengenai sistem perundangan di Malaysia dalam Legal Buzz edisi kali ini, pada saya sangat kena pada masanya. Pelbagai informasi politik dan undang-undang disogokkan kepada masyarakat melalui media sosial. Banyak sekali daripada informasi tersebut tidak bersandarkan fakta yang benar dan bertentangan dengan prinsip undang-undang yang berkuatkuasa. Bagi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan atau latar belakang undang-undang, pasti sukar untuk menyaring kebenaran informasi tersebut. Justeru, diharapkan warga UMT dapat memanfaatkan penulisan daripada pegawai-pegawai PPUU ini. Saya pasti mereka semua telah menghabiskan banyak masa untuk membuat kajian dan mentelaah buku-buku perundangan bagi menghasil artikel yang mudah untuk difahami oleh semua warga UMT
Akhir sekali, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga UMT di atas khidmat cemerlang yang diberikan pada tahun 2022 Saya mendoakan agar UMT dan semua warganya akan lebih berjaya dan cemerlang pada tahun 2023
Sekian, terima kasih
"Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat"
#UMTsohor
#wargaUMTcemerlang
Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar, FASc
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
AMIRAH NABILAH ISMAIL
Penolong Penasihat Undang-Undang UMT
PENDAHULUAN
Undang-undang adalah satu komponen penting untuk mentadbir sesebuah negara Ianya berperanan sebagai satu panduan bagi pemerintah untuk mentadbir dan panduan kepada rakyat untuk menjalani kehidupan di sesebuah negara Sebelum kedatangan British, Tanah Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di mana raja memerintah berdasarkan undangundang dan peraturan yang digubal Pada zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat Kini, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia Terdapat dua asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan iaitu Undang-Undang Negeri Melayu dan Undang-Undang Inggeris
Kemudian pada tahun 1946 berlaku penggubalan undang-undang di Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Undang-Undang NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri manakala undang-undang di NNMB digubal oleh Majlis Persekutuan dan undang-undang di NNMTB digubal oleh Majlis Negeri
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik penting pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang Antara kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu termasuklah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan Memasuki tahun 1957, terbentuknya suruhanjaya perlembagaan dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster diambil dari Britain dan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diperkenalkan dan menjadi asas kepada pembentukan negara Malaysia pada hari ini. Perlembagaan inilah menjadi dasar kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula pada tahun 1877 hingga tahun 1957. Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf menjadi titik permulaan kepada pembentukan undang-undang Malaysia. Majlis Negeri Perak berperanan menggubal undang-undang negeri Perak dan seterusnya semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang lain turut mengikuti langkah ini.
Memandangkan Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi, maka semua undang-undang yang dibuat perlulah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin keabsahan undang-undang tersebut. Bab 5 Tatacara Perundangan Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh Parlimen semasa membuat undangundang. Sebelum proses penggubalan undangundang dikupas, konsep Parlimen akan dihuraikan terlebih dahulu.
Parlimen adalah badan perundangan tertinggi yang diberi kuasa menggubal dan meluluskan undangundang pada peringkat persekutuan Parlimen akan kekal untuk 5 tahun dari tarikh mesyuaratnya yang pertama Pembentukan Parlimen Malaysia mengandungi tiga komponen utama iaitu Yang diPertuan Agong (YDPA), Dewan Negara dan Dewan Rakyat
YDPA adalah komponen paling utama dalam Parlimen Malaysia Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil, membatal dan membubarkan Parlimen Dalam menjalankan kuasa-kuasa ini, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri
Fungsi utama Dewan Negara adalah untuk membahaskan rang undang-undang dengan lebih terperinci dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kepentingan umum Manakala Dewan Rakyat pula adalah satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka Kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara sebagai Majlis tertinggi dan Dewan Rakyat sebagai majlis khas untuk rakyat, mempunyai peranan penting dalam proses perundangan
Apabila seseorang Menteri bercadang untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen, maka beliau perlu memulakan langkah dengan merangka dasar-dasar berkaitan rang undangundang tersebut dan seterusnya mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Jabatan Peguam Negara mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan draf rang undang-undang tersebut dan apabila draf tersebut diluluskan oleh Jemaah Menteri maka ia akan dibentangkan oleh Menteri berkenaan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen.
Rang undang-undang tersebut akan melalui empat peringkat sebelum ia diluluskan iaitu bacaan kali pertama, bacaan kali kedua, peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga Kebanyakkan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan Namun, dalam beberapa keadaan seperti pemindaan perlembagaan, majoriti dua pertiga adalah diperlukan Setelah Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, ianya akan dihantar ke Dewan Negara dan proses tiga bacaan yang dinyatakan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi
"Apabila seseorang Menteri bercadang untuk membentangkan rang undangundang di Parlimen, maka beliau perlu memulakan langkah dengan merangka dasar-dasar berkaitan rang undang-undang tersebut dan seterusnya mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan."
Peringkat 1: Bacaan Kali Pertama
Proses ini adalah untuk Menteri memperkenalkan rang undang-undang yang hendak dibentangkan kepada semua ahli Dewan Rakyat Setiausaha Dewan Rakyat akan membacakan tajuk ringkas rang undang-undang tersebut dan Menteri akan mengumumkan masa untuk Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga kepada ahli Dewan Rakyat Tiada perbahasan akan dilakukan di peringkat ini
Peringkat 2: Bacaan Kali Kedua
Pada peringkat ini, perbincangan dan perbahasan akan dilakukan oleh ahli-ahli yang berhormat. Peringkat ini amat penting dalam proses membuat undang-undang kerana ahli-ahli Dewan Rakyat akan membahaskan rang undang-undang tersebut dengan terperinci dengan mengambil kira aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruh undangundang berkenaan kepada rakyat dan negara. Sekiranya rang undang-undang yang diperkenalkan ini akan memberikan apa-apa kesan buruk terhadap rakyat di sesuatu kawasan, maka wakil rakyat dari kawasan tersebut perlu berkeras dan lantang dalam perbahasan untuk menolak pelaksanaan rang undang-undang tersebut.
Menteri bertanggungjawab untuk menerangkan dan menjelaskan sebarang pertanyaan yang diajukan oleh wakil-wakil rakyat mengenai rang undangundang yang diperbahaskan. Persoalan yang diajukan dan perbahasan yang dibuat akan dapat membuka mata semua ahli Dewan Rakyat berkenaan implikasi pelaksanaan rang undangundang tersebut. Undian akan dibuat di peringkat ini dan sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, tertakluk kepada rang undang-undang yang dibahaskan itu, sokongan majoriti mudah atau majoriti dua per tiga diperlukan untuk kelulusan rang undang-undang tersebut Selesai peringkat ini, rang undang-undang berkenaan akan dibincang di peringkat jawatankuasa
"Pada peringkat ini, perbincangan dan perbahasan akan dilakukan oleh ahli-ahli yang berhormat.
Peringkat ini amat penting dalam
proses membuat undang-undang
kerana ahli-ahli Dewan Rakyat akan
membahaskan rang undang-undang
tersebut dengan terperinci dengan mengambil kira aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruh undang-undang berkenaan kepada rakyat dan negara"
Peringkat 3: Jawatankuasa
Di peringkat ini, fasal-fasal yang terkandung dalam rang undang-undang akan disemak secara terperinci mengikut urutan dan susunannya oleh satu jawatankuasa Jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang jika didapati rang undang-undang tersebut perlu dipinda Semakan di peringkat
jawatankuasa akan memastikan fasal-fasal di dalam rang undang-undang berada dalam keadaan teratur dan sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia Peringkat ini memberikan peluang kepada Jawatankuasa untuk membincangkan lagi berkenaan rang undang-undang tersebut dan memberikan ruang untuk apa-apa cadangan pindaan terhadap rang undang-undang tersebut secara tidak formal
Jawatankuasa meliputi semua anggota Dewan Jawatankuasa perbekalan Jawatankuasa pilihan
Rang undang-undang yang telah disemak oleh jawatankuasa akan dibaca semula oleh Menteri yang berkenaan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan Dewan tersebut Setelah Dewan Rakyat selesai meluluskan rang undang-undang tersebut, ianya akan dibentangkan di Dewan Negara
DEWAN NEGARA
Rang undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat kemudiannya akan dibahas oleh Dewan Negara dan akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga sebelum diluluskan
Sekiranya terdapat cadangan pindaan terhadap rang undang-undang tersebut oleh Dewan Negara, Dewan Rakyat boleh menerima atau menolak cadangan tersebut Jika Dewan Rakyat menolak cadangan tersebut, satu laporan akan dihantar ke Dewan Negara dan Dewan Negara akan mempertimbangkan samada untuk menerima penolakan cadangan pindaan atau masih bertegas dengan cadangan pindaan tersebut
Jika Dewan Negara masih bertegas dengan cadangan pindaannya namun Dewan Rakyat menolak, maka Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan akan digunapakai yang memperuntukkan bahawa Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Your paragraph text
Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh
Dewan Negara akan dipersembahkan ke bawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA untuk persetujuan baginda. Rang undang-undang secara rasminya menjadi undang-undang selepas diperkenankan oleh YDPA.
Selaras dengan Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hendaklah memperkenankan rang undang-undang tersebut dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada rang undang-undang itu dalam masa tiga puluh hari selepas rang undang-undang itu dikemukakan kepadanya
Walau bagaimanapun, sekiranya rang undangundang tersebut tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa tiga puluh hari itu, berdasarkan Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang tersebut akan menjadi undangundang seolah-olah YDPA telah memperkenankannya
Peruntukan Perkara 66(4A) merupakan pindaan pada tahun 1994 bertujuan untuk memastikan agar suatu rang undang-undang itu tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjadi undangundang setelah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen dan disembahkan untuk diperkenankan oleh YDPA Peruntukan ini juga tidak sewajarnya dilihat menggugat kemuliaan Raja-Raja tetapi memaktubkan prinsip yang dipersetujui iaitu kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi legislatif mewakili kehendak rakyat
Sesuatu undang-undang hanya akan berkuatkuasa setelah ianya disiarkan dalam Warta Hal ini supaya rakyat sedar akan penguat kuasaan sesuatu undang-undang dan akan bertindak sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang baharu tersebut
Seksyen 19 (1), Akta Tafsiran 1948 dan 1967 memperuntukkan bahawa permulaan kuat kuasa hendaklah pada tarikh yang diperuntukkan Akta atau jika tiada tarikh diuntukkan, sehari selepas tarikh ianya disiarkan dalam Warta.
"Warta" ditakrifkan oleh Akta Tafsiran 1948 dan 1967 sebagai Warta rasmi Persekutuan yang disiarkan dalam bentuk elektronik atau bentuk lain oleh perintah Kerajaan dan termasuk mana-mana Warta rasmi oleh Kerajaan Negeri.
Perlembagaan Persekutuan hanya menggariskan tatacara mengenai bagaimana sesuatu undangundang itu dibuat Penentuan mengenai undangundang apakah yang perlu digubal dan dikuatkuasakan diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen berdasarkan polisi atau manisfeto kerajaan yang memerintah Oleh itu ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu memainkan peranan penting semasa proses perbahasan rang undang-undang agar hak dan kepentingan rakyat terjamin
Rujukan:
Noor Aziah Mohd Awal, 2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia
Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia
Lee Mei Pheng, 2000, General Principles of Malaysia
Law
https://ppuu.upm.edu.my/upload/dokumen/201807
26121014NOTA 4 PEMBUATAN PERUNDANGAN.pdf
http://mpi my/wp/wpcontent/uploads/2012/03/M
emahami-Perlembagaan-Persekutuan pdf
https://www malaysiakini com/letters/567205
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/02/2
45951/selami-sejarah-perundangan-perlembagaan
PENGENALAN
Badan kehakiman di Malaysia mempunyai dua peringkat iaitu mahkamah atasan (superior courts) dan mahkamah bawahan (subordinate courts)
Mahkamah atasan ditubuhkan di bawah Bab IX
Perlembangan Persekutuan dan terdiri daripada mahkamah-mahkamah berikut:
Mahkamah Persekutuan;
Mahkamah Rayuan; dan
Mahkamah Tinggi
Selain daripada mahkamah atasan, Perlembagaan Persekutuan juga menubuhkan Mahkamah Khas untuk Yang Di-pertuan Agong ("YDPA") dan Raja-Raja
Melayu
Perlembagaan Persekutuan juga memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang untuk menubuhkan mahkamah bawahan seperti
Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret (yang juga dikenali sebagai "mahkamah rendah") dan mahkamah-mahkamah bagi tujuan khas seperti
Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Tentera, Mahkamah Kanak-Kanak dan Mahkamah Anak Negeri (bagi Sabah dan Sarawak)
Walau bagaimanapun, mahkamah atasan dan mahkamah-mahkamah lain yang ditubuhkan melalui
Akta Parlimen tidak boleh memutuskan kes-kes yang hanya boleh didengar oleh Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah terletak di bawah kuasa negeri dan mempunyai kuasa seperti yang ditetapkan
Enakmen Negeri masing-masing
Struktur dan hierarki mahkamah-mahkamah di Malaysia adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
Mahkamah atasan mempunyai bidang kuasa untuk memastikan semua pihak termasuk Eksekutif, NegeriNegeri, Parlimen, pihak berkuasa awam dan badan swasta mematuhi peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa
Bidang kuasa mahkamah ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
(a)
menentukan tafsiran perkataan atau termaterma dalam Perlembagaan atau dalam manamana undang-undang lain, apabila timbul pertikaian;
membuat deklarasi keabsahan suatu undangundang;
NOOR AKMAL MAMAT @ AZIZmenjalankan semakan kehakiman; dan
mendengar dan memutuskan kes-kes sivil dan jenayah
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di Malaysia dan mempunyai bidang kuasa seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
Bidang Kuasa Asal
Menentukan (a) kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN (b) pertikaian atas apa-apa soalan lain antara Negeri atau antara Persekutuan dan Negeri
Bidang Kuasa Semakan
Memutuskan apa-apa soal berbangkit di Mahkamah kesan daripada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan
Bidang Kuasa Rayuan
Mendengar rayuan daripada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi adalah merujuk kepada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Kuasa kedua-dua Mahkamah Tinggi ini adalah setara Secara umumnya Mahkamah Tinggi Malaya akan mendengar kes-kes dalam bidang kuasanya di Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sawarak akan mendengar pertikaian kes dalam bidang kuasanya di Sabah dan Sarawak
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan semua kes sivil dan jenayah termasuklah mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah Sesyen dan Majistret
BIDANG KUASA MAHKAMAH RENDAH
Bidang Kuasa Penasihat
YDPA boleh merujuk kepada
Mahkamah Persekutuan untuk pendapat atau nasihat mengenai kesan peruntukan Perlembagaan dan mengumumkan pendapatnya di Mahkamah Terbuka
Mahkamah Persekutuan terdiri daripada hakimhakim yang berikut:
(a)
(b) (c)
Ketua Hakim Negara;
Presiden Mahkamah Rayuan;
Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi; dan
Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan rayuan daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dalam kes-kes sivil dan jenayah
Mahkamah Rayuan terdiri daripada hakim-hakim yang berikut:
(a) (b)
Presiden Mahkamah Rayuan; dan
32 hakim-hakim yang lain.
Mahkamah Tinggi
Bidang kuasa Mahkamah Tinggi diperincikan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948. Seksyen 2, Akta
Perkara-perkara berkaitan penubuhan, pelantikan hakim serta bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 Kedua-dua Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa membicara kes-kes sivil dan jenayah
Mahkamah Sesyen
Kes-kes Mahkamah Sesyen dibicarakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Bidang kuasa Mahkamah Sesyen adalah seperti yang diringkaskan dalam rajah di bawah:
Bidang Kuasa Sivil Mendengar semua kes sivil yang bernilai lebih RM100,000.00 tetapi kurang daripada RM1,000,000 00
Mahkamah Majistret
Bidang Kuasa Jenayah Mendengar semua kes jenayah kecuali kes yang tertakluk kepada hukuman mati
Hakim perbicaraan di Mahkamah Majistret dipanggil Majistret Bidang kuasa Mahkamah Majistret adalah seperti berikut:
Bidang Kuasa Sivil Mendengar tuntutan sivil yang bernilai kurang daripada RM100,000 00
Bidang Kuasa Jenayah Mendengar kesalahan jenayah yang tertakluk kepada hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan/atau denda sahaja dan menjatuhkan hukuman tidak lebih 5 tahun penjara, denda tidak lebih RM10,000 dan/atau 12 kali sebatan
Selain Mahkamah Khas bagi YDPA dan Raja-Raja
Melayu yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan, terdapat mahkamah-mahkamah khas yang ditubuhkan oleh Parlimen bagi tujuan atau perkara-perkara tertentu sahaja Ia melibatkan pihak-pihak yang tertentu seperti tentera atau orang asli dan ianya hanya boleh mendengar keskes yang khusus seperti perkara-perkara di bawah undang-undang adat atau undang-undang pekerjaan
Contoh-contoh mahkamah khas yang ada di Malaysia adalah seperti berikut:
(a) (b) (c) (d)
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Perusahaan boleh mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian yang timbul di antara pekerja dan majikan. Contohnya kes pembuangan kerja, pertikaian kontrak pekerjaan, pengesahan jawatan dan penurunan pangkat.
Mahkamah Tentera
Mahkamah Tentera boleh mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera semasa bertugas contohnya kesalahan seperti mencuri, merogol dan membunuh.
Mahkamah Anak Negeri
Mahkamah ini bertanggungjawab ke atas isu-isu adat dan suku kaum di sabah dan Sarawak. Contoh-contoh kes adalah seperti kes perkahwinan, penceraian, harta peninggalan, anak angkat dan apa-apa dibawah undangundang adat.
Mahkamah Kanak-Kanak
Mahkamah ini yang dahulunya dikenali sebagai
Mahkamah Juvana ditubuhkan bagi mendengar kes yang berkaitan dengan kanak-kanak yang dibawah umur 18 tahun
Salah satu mahkamah yang mempunyai kedudukan yang sedikit istimewa dan berbeza dengan mahkamah-mahkamah di atas adalah Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah dikawal oleh Kerajaan Negeri dan setiap negeri mempunyai Mahkamah Syariah masing-masing.
Kes-kes di Mahkamah Syariah hanya melibatkan orang islam sahaja. Kes-kes di Mahkamah Syariah boleh mendengar hal-hal berkaitan kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian, nafkah, wasiat dan pembahagian harta-harta kepada waris.
Bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia merangkumi tiga elemen utama iaitu bidang kuasa sivil, bidang kuasa jenayah dan bidang kuasa rayuan berdasarkan hierarkinya masing-masing Bidang kuasa sivil merujuk kepada pertikaian yang melibatkan entiti atau orang perseorangan seperti penyewa yang ingkar membayar sewa, kontraktor yang gagal menyiapkan projek dan individu yang menyebarkan fitnah Bidang kuasa jenayah pula merujuk kepada kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang jenayah seperti mencuri, membunuh dan rasuah Bidangkuasa rayuan merujuk kepada kes-kes rayuan yang dibawa oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan di mahkamah yang lebih rendah ke mahkamah atasan sama ada ke
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah rayuan terakhir dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan akan menjadi penghakiman duluan (precedent) kepada kes-kes yang seumpamanya dalam pertikaian di mahkamah lebih rendah
Rujukan:
https://www kehakiman gov my/ms
https://www malaysianbar org my/cms/upload files
/document/RG6%20BM.pdf
https://zulkiflihasan files wordpress com/2008/05/ malaysian-courts-system pdf
https://www academia edu/35592109/BADAN KEH
AKIMAN JUDISIARI pusat
Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia, ILKAP
Struktur dan Bidang Kuasa Mahkamah, Modul Pendakwaan, Mohd Sani Daud
General Principles of Malaysian Law, Lee Mei Pheng
Penolong Penasihat Undang-Undang Kanan UMT
Islam merupakan agama rasmi persekutuan sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 3
Perlembagaan Malaysia. Sultan-sultan bagi setiap negeri pula merupakan Ketua Pentadbiran Agama
Islam kecuali bagi negeri/wilayah persekutuan yang tidak mempunyai Sultan, Yang Dipertuan
Agong merupakan Ketua Pentadbiran Agama Islam. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, setakat bancian bagi tahun
2020, penduduk Malaysia yang beragama Islam
adalah seramai 20.6 juta orang iaitu 63.58% daripada keseluruhan penduduk di Malaysia [1].
Terdapat tiga institusi yang terlibat dalam
perlaksanaan perundangan Islam iaitu Majlis
Agama Islam, Mufti, dan Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, artikel ini akan hanya menyentuh mengenai aspek perundangn Islam yang ditadbir oleh Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah di Malaysia terdiri daripada 3 peringkat sistem mahkamah, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Penubuhan mahkamahmahkamah ini terletak di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing. Sebagai contoh, di negeri
Terengganu, penubuhan 3 peringkat sistem mahkamah syariah ini terletak di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001). Pelantikan hakim-hakim di Mahkamah Rendah Syariah [2], Mahkamah Tinggi Syariah [3] dan Mahkamah Rayuan Syariah [4] Terengganu ini dibuat oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar.
Mahkamah Syariah telah ditubuhkan di bawah bidang kuasa negeri masing-masing selaras dengan kuasa negeri yang telah diperuntukan dalam Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan bagi menguruskan pertelingkahan berkenaan hal ehwal penganut agama Islam di negeri yang berkenaan
Setiap Mahkamah Syariah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dua jenis kes iaitu kes jenayah syariah atau kes mal syariah (sivil) yang melibatkan orang Islam sahaja Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan pula telah menyatakan dengan jelas dengan memberi penekanan bahawa
mahkamah-mahkamah lain di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah
Persekutuan pula telah menyatakan
dengan jelas dengan memberi
penekanan bahawa mahkamahmahkamah lain di Malaysia tidak
mempunyai kuasa untuk mendengar
dan membicarakan kes-kes di bawah
bidang kuasa Mahkamah Syariah"
Secara umumnya, Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa jenayahnya mempunyai kuasa untuk
membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang penganut agama Islam di bawah mana-mana undang-undang bertulis melibatkan kesalahan jenayah terhadap rukun-rukun Islam di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya. Antara contoh kesalahan jenayah Islam boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001) antara lainnya seperti menyebarkan dan mengamalkan ajaran sesat [5], mempersenda atau menghina Al-Quraan [6], tidak menunaikan solat jumaat [7], tidak menghormati bulan Ramadahan [8], berjudi [9], minum arak [10], berkhalwat [11] dan lain-lain lagi.
Dalam bidang kuasa malnya pula, secara umum Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mendengar dan membicarakan semua tindakan dan prosiding yang melibatkan orang Islam, antaranya ialah sepertimana berikut [12]:
Tuntutan Hadhanah;
Tuntutan Harta Sepencarian;
Tuntutan berkenaan pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian dan pembubaran perkahwinan;
Tuntutan Nafkah;
Pengesahan Wasiat / Harta Pusaka / Wakaf / Nazar;
Pengisytiharan berkenaan status keislaman seseorang sama ada semasa hidup atau telah meninggal dunia
Bagi Mahkamah Rayuan Syariah pula, ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan sebarang rayuan yang dibuat daripada mahkamah yang berada di bawahnya [13]. Selain itu, ia juga mempunyai kuasa untuk pengawasan dan penyemakan terhadap sebarang keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah [14].
Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah adalah berkenaan dengan pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil di Malaysia. Walaupun Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun masih ada sesetengah kes di Malaysia yang melibatkan pertikaian isu syariah turut diputuskan oleh Mahkamah Sivil atas faktor dan justifikasi tertentu. Pertindihan bidang kuasa ini biasanya berlaku apabila salah satu pihak kepada pertikaian itu bukan beragama Islam.
Contoh jelas dapat dilihat dalam kes Indira Gandhi a/p Mutho v Patmanathan a/l Krishnan (anyone having and control over Prasana Diksa) [2015] 7 MLJ 153. Kes ini melibatkan sepasang suami isteri, Indira dan Pathmanathan yang telah mengikat satu perkahwinan sivil yang didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) pada 10 April 1993. Mereka adalah orang beragama Hindu dan mempunyai tiga orang anak. Pada 11 Mac 2009, Pathmanathan telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama baharu, Muhammad Riduan Abdullah Indira kekal sebagai seorang beragama Hindu Tanpa pengetahuan Indira, Pathmanathan telah menukar agama anak-anak mereka kepada agama Islam Pada masa yang material, anak sulung pasangan ini berumur 12 tahun
Pathmanathan, melalui permohonan secara exparte telah diberikan hak penjagaan anak-anaknya secara kekal pada tahun 2009. Indira membantah tindakan suaminya dengan memulakan prosiding hak jagaan anak-anaknya di Mahkamah Tinggi sivil dan berjaya di dalam tuntutannya pada tahun 2010. Pasangan tersebut bercerai secara rasminya mengikut undang-undang sivil pada tahun 2012.
Pada tahun 2009 juga, Indira telah membuat permohonan perintah certiori untuk membatalkan pendaftaran pemelukan Islam anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mahkamah Tinggi telah membatalkan penukaran agama tersebut. Dengan membaca perkara-perkara 8, 12(3) dan 12(4)
Perlembagaan Persekutuan secara bersama, hakim memutuskan bahawa kedua-dua bapa dan ibu perlu memberikan kebenaran kepada penukaran agama tersebut. Akan tetapi, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dan telah mengakas keputusan tersebut atas dasar bahawa Mahkamah Tinggi tidak boleh mempersoalkan tindakan-tindakan pihakpihak berkuasa agama. Indira telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kedua-dua ibu-bapa perlu memberi kebenaran penukaran agama selaras dengan Perkara 12(3) dan 12(4)
Perlembagaan dan Akta Penjagaan Kanak-Kanak
1961 yang menggalakkan kebajikan anak mengkehendaki agar kedua-dua ibubapa memberikan kebenaran Kedua-dua mereka
mempunyai hak sama rata berkenaan jagaan dan didikan anak Penukaran agama secara sebelah pihak adalah suatu “perkara yang sangat salah” Justeru, hak penjagaan anak-anak juga telah dikembalikan kepada Indira selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2010
Kes Indira Gandhi ini telah mengundang kerisauan di kalangan masyarat Islam di Malaysia serta telah mengundang pelbagai kontroversi mengenai status dan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia
Mahkamah Persekutuan dalam kes ini dengan tegas memberi mengesahkan bahawa Mahkamah sivil yang mempunyai kuasa kehakiman terhadap manamana undang-undang yang digubal termasuk
enakmen pentadbiran agama Islam Mahkamah sivil
sentiasa mempunyai bidang kuasa menyemak tindakan mana-mana pihak berkuasa awam yang dilihat bercanggah (ultra vires) dengan enakmen negeri atau undang-undang Persekutuan
Kuasa semakan oleh Mahkamah sivil ini dapat dilihat dalam kes Iki Putra bin Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 323. Fakta kes ini adalah berkenaan pendakwaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap Iki Putra di atas pertuduhan kesalahan liwat Tidak berpuas hati dengan pertuduhan ini, Iki Putra telah mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah 1995 dengan mendakwa negeri/Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal/membicarakan jenayah liwat
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Islam Selangor 1995 berkenaan dengan kesalahan persetubuhan luar tabii adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana perkara berkenaan kesalahan persetubuhan luar tabii terletak di bawah bidang kuasa persekutuan, bukan bidang kuasa negeri Dalam hal ini, kesalahan liwat telahpun diperuntukan dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan Justeru itu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal Seksyen 28 Enakmen Jenayah Islam Selangor 1995 sekaligus menyebabkan hukuman terhadap Iki Putra yang didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tidak dapat dilaksanakan
Tun Abdul Hamid Mohamad ketika menjadi Ketua Hakim Negara di dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu [2009] 6 MLJ 354 telah merumuskan satu formula mengenai bidang kuasa jenayah Syariah seperti berikut:
kesalahan itu mestilah terpakai terhadap penganut agama Islam sahaja;
kesalahan itu mestilah bercanggah dengan perintah agama (against the precepts of Islam);
(c)
kesalahan itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa Senarai Persekutuan; dan
kesalahan itu mengikut bidang kuasa jenayah yang ditetapkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 (hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan)
Perlu diingat bahawa keputusan kes Iki Putra ini tidaklah menjadikan "liwat" bukan suatu kesalahan
jenayah Sebaliknya kesalahan ini hendaklah
dibicarakan di Mahkamah Sivil bukan di Mahkamah
Syariah Bahkan Kanun Keseksaan telah
menyediakan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan ini berbanding Enakmen Jenayah Syariah
Negeri
KESIMPULAN
Sistem kehakiman negara ini sebenarnya telah lama dibelenggu dengan pelbagai dilema dan konflik
Meskipun Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan telah memberikan hak sepenuhnya kepada Mahkamah Syariah serta tiada campur tangan daripada Mahkamah Sivil, pertembungan dan konflik antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil tetap berlaku dan tiada solusi tuntas yang dapat mengatasi perkara ini Konflik yang berterusan ini mungkin didorong oleh kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang tidak setara selain penghakiman Mahkamah Syariah yang terhad kepada orang Islam sahaja.
Pandangan yang dikeluarkan oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Y.A.A Tun Abdul Hamid Mohamad yang diterbitkan di laman web beliau pada 20 Mac 2017 mungkin boleh dijadikan panduan bagi menyelesaikan konflik ini. Y.A.A Tun mencadangkan jika terdapat isu-isu syariah dalam sesuatu kes di Mahkamah Sivil yang mana kes tersebut terletak di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana:
(i)
salah satu atau kesemua pihak di dalam kes tersebut bukan orang yang beragama Islam; atau
terdapat isu-isu keperlembagaan; atau
Jika kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah dipinjamkan Jika kes itu dibicarakan di Mahkamah
Rayuan atau di Mahkamah Persekutuan, seorang
Ketua Hakim Syarie di mana mahkamah itu bersidang bolehlah dipinjamkan Peranan hakim syar’ie itu ialah untuk menasihat hakim-hakim Mahkamah Sivil itu mengenai sesuatu isu syariah
Hakim Mahkamah Sivil akan menerima pakai keputusan hakim syar’ie mengenai isu syariah itu dalam membuat keputusan kes berkenaan Walau bagaimanapun cadangan oleh Y A A Tun ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan kerana ianya seolah-olah merendahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah Orang bukan Islam pula mungkin akan menganggap mereka dipaksa untuk menerima penghakiman syariah
Tuntasnya, apa juga bentuk cadangan memerlukan orang Islam dan bukan Islam saling berfikiran terbuka dan berlapang dada. Pemimpin-pemimpin politik pula perlu berhenti memainkan sentimen agama dan perkauman agar isu ini dapat dirungkai secara waras demi kepentingan, kemakmuran dan keharmonian bersama.
Nota Hujung:
https://www dosm gov my/v1/uploads/files/5 Galle ry/2 Media/4 Stats%40media/4Press Statement/2022/05 %20MEI/KENYATAAN%2 0MEDIA PENERBITAN%20PENEMUAN%20UTAMA%20 DAERAH%20%26%20DUN%2C%2029%20MEI%2020 22-DOSM.pdf
Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 8 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 7 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 22 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
(iii)
maka Mahkamah Sivil itu hendaklah bersidang bersama-sama seorang hakim Mahkamah Syariah.
Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 11 (3)(b) Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 17 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 18 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
PENDAHULUAN
Ahli sejarah British, Lord Acton, pada tahun 1887 telah mengungkapkan kata-kata berikut, " power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely" Ungkapan ini sangat benar kerana pemusatan kuasa mutlak kepada satu pihak pasti akan mengundang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa Kerana itu, doktrin pengasingan kuasa adalah suatu prinsip penting dalam sistem demokrasi bagi memastikan adanya elemen semak dan imbang dalam pentadbiran sesebuah negara
Doktrin pengasingan kuasa yang juga dikenali sebagai Trias Politica dikemukakan oleh Montesquieu melalui karya agungnya The Spirit of Law yang mengujarkan seperti berikut:
"Kebebasan politik boleh diperolehi apabila tiadanya penyalah gunaan kuasa Tetapi pengalaman lalu menunjukkan kepada kita bahawa setiap orang yang mempunyai kuasa berkemungkinan untuk menyalah gunakannya dan meneruskan tindakan tersebut selama yang boleh Untuk menghalang daripada berlakunya salah guna kuasa, adalah bagi pihak yang berkuasa itu memeriksa di antara satu sama lain Apabila kuasa legislatif dan eksekutif berada di tangan orang yang sama, tidak akan adanya kebebasan Demikian juga tidak ada kebebasan sekiranya kuasa kehakiman tidak dipisahkan daripada legislatif dan eksekutif. Segalanya akan berakhir jika orang atau badan yang serupa sama ada bangsawan atau rakyat, melaksanakan ketiga-tiga kuasa tersebut”.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan Walaupun perkataan "demokrasi" tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, sifat-sifat demokrasi itu dapat dilihat dalam peruntukan-peruntukannya Dalam mengamalkan sistem demokrasi ini, Perlembagaan Persekutuan membahagikan kuasa pemerintahan negara kepada tiga cabang utama iaitu:
Eksekutif (Pemerintah);
Legislatif (Perundangan); dan
Kehakiman
Pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman bertujuan untuk membataskan kuasa setiap cabang sistem pemerintahan bagi menjamin keadilan Selain itu pengasingan kuasa antara badan-badan ini boleh menghindari bahaya "tyranny" (kezaliman) dan mengelakkan despotime (pemerintahan kuku besi)
Prinsip pengasingan kuasa ini juga akan menjaga kebebasan hak individu daripada diceroboh oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya Setiap badan ini mempunyai kuasa untuk "menyemak" dan "menyeimbang" kuasa dan pelaksanaan kuasa masing-masing yang diberikan oleh Perlembagaan sekaligus memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan teratur
Peruntukan berkaitan kuasa eksekutif ini diperincikan dalam Perkara 39 hingga Perkara 43C, Perlembagaan Persekutuan Badan Eksekutif terdiri daripada Yang Di-pertuan Agong (YDPA), Jemaah Menteri dan perkhidmatan awam Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
"Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang Di-pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutusan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undangundang memberikan kuasa eksekutif kepada orang lain"
Untuk tujuan pelaksanaan kuasa badan ekesekutif ini, YDPA akan melantik seorang Perdana Menteri yang merupakan seorang ahli Parlimen YDPA kemudiannya akan melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Secara ringkasnya eksekutif adalah badan yang mengurus dan menjalankan pentadbiran negara Ia juga merupakan institusi politik yang mula-mula sekali diwujudkan berbanding dengan institusi lain Badan eksekutif sangat penting kerana ia menjadi asas pembentukan sistem politik dan merupakan kerajaan yang menentukan arah dan halatuju negara Badan eksekutif adalah nadi segala kegiatan politik. Walaupun jumlah anggotanya kecil, peranan yang dimainkan olehnya adalah begitu banyak sekali. Di samping itu segala keputusan dan tindakannya mendapat perhatian rakyat dan mempengaruhi kehidupan semua lapisan masyarakat.
Legislatif adalah badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang negara Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada YDPA dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri Malaysia ke-10, Y A B Datuk Seri Anwar IbrahimGambar Berita Harian 5/12/2022
Tanggungjawab badan legislatif merangkumi empat perkara berikut:
Seperti namanya, fungsi utama badan legislatif adalah membuat undang-undang Tugas ini melibatkan proses yang panjang dan perlu diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Badan legislatif juga bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap apa-apa tindakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati melanggar apa-apa etika, peraturan dan undang-undang
Badan legislatif juga menyemak dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan legislatif sama ada untuk meluluskan atau tidak
Pengendalian Ketidakpuasan
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum
Selain itu badan kehakiman juga boleh menentukan sama ada undang-undang yang digubal oleh badan legislatif dan tindakan badan eksekutif adalah mengikut Perlembagaan dan sah Melalui kuasa ini, badan kehakiman boleh menyemak apaapa penyalahgunaan kuasa oleh eksekutif dan legislatif dan memelihara hak asasi rakyat
Kebebasan kehakiman merupakan tonggak kepada keadilan dan kesaksamaan dalam sistem demokrasi Oleh itu, badan kehakiman perlu bebas daripada kawalan badan eksekutif dan legislatif Walaupun perdebatan sama ada badan kehakiman di Malaysia ini benar-benar bebas daripada pengaruh politik dan pemerintah selalu berlaku, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya telah memperuntukkan beberapa fasal penting bagi menjamin kebebasan badan ini Antaranya Perkara 123 dan Perkara 122B berkenaan kaedah pelantikan hakim Walaupun pemerintah boleh melantik hakim, namun peruntukan ini telah menetapkan syaratsyarat khas yang perlu dipatuhi bagi pelantikan tersebut Jawatan seseorang hakim juga tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya tanpa melalui proses siasatan dan tribunal yang ketat
BADAN KEHAKIMAN
Fungsi badan kehakiman antara lain merangkumi perkara-perkara berikut:
mendengar dan mengadili tindakan-tindakan sivil dan jenayah;
mendengar rayuan dari mahkamah bawahan;
mentafsir undang-undang dan menentukan kesahan suatu undang-undang;
membuat semakan kehakiman; dan
membuat deklarasi tentang apa-apa perkara di bawah bidang kuasanya
Walau bagaimanapun tanggungjawab paling penting badan kehakiman adalah melindungi keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan memastikan semua pihak mematuhi peruntukanperuntukannya. Hanya badan kehakiman yang mempunyai kuasa untuk memberi tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan yang sering dibangkitkan oleh para sarjana adakah sama ada doktrin pengasingan kuasa yang dijalankan di Malaysia ini benar-benar mencapai objektif semak dan imbang dalam pentadbiran negara. Secara teorinya, kuasa yang dimiliki oleh badan eksekutif, legislatif dan kehakiman tidak harus berlaku pertembungan dan setiap badan hendaklah memainkan peranan masing-masing secara tersendiri. Ini penting bagi memastikan neutraliti dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan.
Dalam konteks pentadbiran negara, doktrin pengasingan kuasa ini menghendaki badan eksekutif menjalankan fungsinya selaras dengan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau badan legislatif Jika tindak tanduk badan eksekutif itu bercanggah dengan undang-undang, maka mahkamah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkannya sebagai tidak sah Dalam konteks pembuatan undang-undang pula, jika undang undang yang diluluskan oleh Parlimen itu didapati ultra vires atau melampaui had kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan, mahkamah berhak mengisytiharkan undang-undang tersebut sebagai tidak sah dan terbatal
Badan kehakiman dan badan legislatif masing masing mempunyai kebebasan untuk bertindak berlandaskan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri tidak dibenarkan untuk mempertikaikan tindakan yang dibuat oleh para hakim di mahkamah Kelakuan hakim juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul tetap dan notis mengenainya telah diberi oleh sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah bilangan ahli majlis
itu Ia juga tidak boleh dibincangkan dalam Dewan
Undangan Negeri
Begitu juga sebaliknya mahkamah tidak mempunyai
kuasa menentukan dasar-dasar kerajaan kerana
hakim-hakim mahkamah tidak boleh campur tangan
dalam hal-hal politik Hakim-hakim juga tidak boleh
dilantik dari kalangan ahli-ahli politik Tugas hakim hanya mentafsir undang-undang bukan menggubal
undang-undang Badan kehakiman amat penting diasingkan daripada badan politik untuk menghindarkan dari penyalahgunaan kuasa Kebebasan kehakiman ini juga menjadi garis pemisah yang membezakan di antara kerajaan yang bercorak demokrasi dengan kerajaan bercorak totalitarian. Peranan utama mahkamah ialah menjamin dan memelihara hak rakyat sesebuah negara. Oleh itu mahkamah hendaklah terdiri daripada para hakim yang cekap, bebas fikirannya serta tegas dalam menjatuhkan hukuman. Hal ini secara langsung dapat merumuskan bahawa, ciri terpenting dalam doktrin pengasingan kuasa ialah kebebasan kehakiman yang juga merupakan salah satu sifat utama dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun doktrin pengasingan kuasa ini tampak seperti sempurna, namun secara realitinya masih terdapat pertindihan kuasa antara ketiga-tiga badan ini. Badan legislatif misalnya turut dianggotai oleh Jemaah Menteri yang merupakan
sebahagian daripada badan eksekutif. Jika badan eksekutif tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan kehakiman, badan ini boleh mengusulkan kepada badan legislatif untuk meminda apa-apa peruntukan undang-undang yang tidak memihak kepada mereka Sebagai contoh pada tahun 1988, Parlimen telah membuat pindaan terhadap Perkara 121 (1) dan menyebabkan bidang kuasa dan kuasa kehakiman tertakluk kepada undang–undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen Dalam ertikata lain, kuasa kehakiman selepas pindaan tersebut boleh dihadkan oleh Parlimen Ini meletakkan Parlimen di suatu kedudukan yang lebih tinggi daripada institusi kehakiman
Penulis berpandangan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia adalah baik namun pengamalannya masih tidak dilaksanakan secara mutlak Perdana Menteri yang menguasai badan eksekutif dan badan legislatif menjadikan sistem semak dan imbang tidak berlaku secara efektif Penglibatan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim-hakim juga menjadikan badan kehakiman dilihat sebagai tidak benar-benar bebas dari pengaruh
pemerintah
Rujukan:
Fungsi Tiga Cabang Kuasa Negara - Legislatif, Eksekutif & Kehakiman: Antara Imbangan dan Pemeriksaan, Shamrahayu A Aziz, IIUM
Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia, Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, Jurnal Syariah, Jil 22, Bil 1 (214) 2156
Doktrin Pengasingan Kuasa dan Kesannya Terhadap Pentadbiran Beraja di Malaysia, Muhsin Nur Paizin (2020), Research Gate
https://www malaysianbar org my/article/aboutus/committees/constitutional-lawcommittee/doktrin-pengasingan-kuasa
https://www.sultanazlanshah.com/image/data/PDF /Judments%20PDF/Chapter 3 pdf
https://www academia edu/36565189/doktrin peng asingan kuasa dan pengamalannya di Malaysia d ocx
https://www utusan com my/rencana/2022/08/fah ami-doktrin-pengasingan-kuasa/
https://dewanmasyarakat jendeladbp my/2022/07/ 29/7937/#:~:text=Menurut%20Profesor%20Datuk%2 0Dr ,berkenaan%20dengan%20kaedah%20pelantika n%20hakim
FAKTA KES
Pegawai perayu kedua telah menyerbu kedai buku responden-responden dan menyita tiket loteri cepu lumba kuda daripada premis mereka dan telah mengkompaun responden-responden untuk kesalahan "trading without a MPKB-BRI Licence (Big Sweep)" di bawah undang-undang kecil kerajaan tempatan Dalam meneruskan tindakan tersebut perayu-perayu telah bergantung kepada autoriti tentang kuasa am mereka di bawah seskyen 9 dan 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk mengeluarkan sebarang perintah atau polisi atau menggubal sebarang undang-undang kecil untuk menghalang atau melarang penjualan loteri dan cepu lumba kuda di Kelantan
Responden-responden memfail saman pemula ("SP") di Mahkamah Tinggi memohon, antara lain, deklarasi bahawa perayu-perayu tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal, mengeluarkan atau membuat manamana undang-undang, undang-undang kecil, enakmen, peraturan, atau polisi untuk mengharamkan, melarang atau menghalang aktiviti melibatkan perjudian dan loteri, termasuk cepu lumba kuda kerana ia merupakan perkara yang terangkum dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen
Asas SP adalah bahawa penjualan loteri dan cepu lumba kuda adalah sah dan dibenarkan di bawah
Akta Loteri 1952 dan Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965 (kedua-duanya undangundang persekutuan) dan bahawa di bawah perkara
74 Perlembagaan Persekutuan hanya Parlimen yang
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
berkaitan dengan loteri dan cepu lumba kuda di Malaysia
Oleh itu, adalah dihujahkan bahawa tindakan yang diambil terhadap responden-responden adalah tidak berperlembagaan, ultra vires dan tidak sah di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perayu-perayu memohon untuk mengetepikan SP respondenresponden.
Mana-mana prosiding untuk deklarasi bahawa undang-undang adalah tidak sah atau deklarasi yang mana mempunyai efek secara langsung yang mengisytiharkan undang-undang tidak sah dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dimulakan tanpa mendapatkan kebenaran terdahulu hakim Mahkamah Persekutuan
Dalam kes ini, SP dengan jelas mencabar atau mempersoalkan kesahan undang-undang negeri yang relevan atas dasar Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undangundang sedemikian SP dengan jelas terangkum dalam lingkungan perkara 4(3) dan (4)
Perlembagaan Adalah tidak disangkalkan bahawa responden-responden tidak memperoleh kebenaran terdahulu hakim Mahkamah Persekutuan sebelum memulakan SP
Keperluan kebenaran di bawah perkara 4(4)
Perlembagaan adalah mandatori yang mana tanpanya SP adalah terbatal dan tidak sah dan penyalahgunaan proses mahkamah dan seharusnya diketepikan