Rata-rata pengunjung masih emilih Novotel Taiping sebagai destinasi beristirehat dan pihak hotel terus mensasarkan golongan pengunjung setempat untuk menginap dengan selesa menikmati suasana hijau berlanskapkan Bukit Maxwell berserta Langkah keselamatan ketat di ambil kira. Pelbagai pakej penginapan harga rendah di tawarkan antaranya CMCO RM130, “Buy First, Stay Later”, “WorkFrom-Hotel” bagi pengunjung yang inginkan ketenangan, sambil bekerja dari luar pejabat. Novotel Taiping turut mensasarkan penjualan item food & beverages dengan harga setanding restoran biasa, namun bercitarasa hotel. Malah juga mengambil inisiatif menawarkan penghantaran percuma bagi kawasan Taiping. Alternatif dari F&B Meski berhadapan dengan penurunan kadar tempahan bilik dan bilik mesyuarat, barisan hadapan hotel seperti Food & Beverages dan bahagian Sales, Marketing & Communication
terus muncul dengan inovasi dan idea terbaru dalam kepelbagaian dari sudut jualan makanan dan mendapat sokongan serta tempahan khas dari pejabat dan syarikat yang masih beroperasi, kerana keyakinan akan penghasilan makanan adalah selamat dan terjamin kebersihannya serta diiktiraf Halal. Seluruh warga Novotel Taiping bertungkus lumus menarik minat komuniti setempat bagi menjayakan setiap kempen dan promosi. Antaranya Set Ekesekutif RM15, dan set Nasi Ayam Panggang Penang serendah RM8 yang mencatat jualan 150 pek hari pertama PKP 2.0 bermula. Komuniti pekerja hotel dan penduduk setempat juga tidak lokek membantu menyokong antara satu sama lain dengan berkongsi ciapan dan e-poster di media sosial masing-masing, ternyata industri perlancongan Bandar Warisan ini akan terus hidup. Pengiktirafan #ALLSAFE oleh ACCOR HOTELS Protokol kesihatan
dan langkah keselamatan terus di patuhi di setiap ruang hotel. Standard Operational Procedure (SOP) sesuai dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Setiap bilik akan disanitasi dan safety measure blueprint telah dirangka sejak bermulanya gejala pandemic Covid-19 yang diketui oleh pegawai khas AllSAfe, Cik Emyllia yang bertanggungjawap memastikan kelengkapan dan SOP dituruti. Proses pembersihan dan sanitasi bermula dari setiap lapisan kain, linen dan setiap permukaan yang di boleh disentuh dan ruang terhad diberi lebih perhatian. Hal ini termasuklah dari segi penjarakan fizikal penyediaan hand-sanitizers, pemilihan pencuci dan pembasmi kuman, keluar masuk pengunjung dan warga Novotel Taiping. Instagram Facebook Page :
Novotel Taiping Perak Email : H9233@accor.com Telefon : +605 820 8288
KDN : PPI9083/08/2016(034564)
INSPIRASI PERCUTIANKU /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ 85
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU