Santai Travel 88

Page 84

Kunjungan misi bantuan telah disambut oleh YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin Pengerusi ADUN Lanchang merangkap EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin turut berkomgsi pengalaman menceritakan keadaan banjir besar yang berlaku di kawasan tersebut baru-baru ini serta usaha yang telah dilaksanakan bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir. “Kebanyakkan kawasan yang dilanda banjir terjejas teruk dan rumah serta peralatan hampir semuanya musnah. Sehingga kita semua mangsa yang terjejas telah dibantu sebaik mungkin dan menerima bantuan segera. Kita berusaha memberi sokongan kepada mangsa-mangsa bajir dalam dalam menghadapi situasi kehidupan

yang sukar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sini,” katanya. Pada akhir perjumpaan, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin turut meluangkan masa membawa peserta misi bantuan ke kawasan yang terjejas akibat banjir untuk melihat sendiri keadaan rumah di kawasan kampung tersebut. Rata-rata peserta menyatakan belas kasihan mereka kepada penduduk Tamerloh. Apa yang mereka lihat menyentuh hati mereka. Kelihatan penduduk-kampung sedang membersihkan rumah, mengeringkan perabotdan membuang barangan yang telah rosak. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Misi kemanusiaan telah singgah ke Kampung Orang Asli di Bentong untuk

menghantar sedikit bekalan makanan untuk penduduk kampung di sini yang terjejas akibat PKP Covid 19. Dengan sokongan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kami mengedarkan bantuan ke pusat komuniti tanpa hubungan fizikal dengan penduduk kampung. Pasukan Amazing Hiking Malaysia yang terdiri dari peserta antarabagsa seperti Rusia, Kazakhstan, Denmark, Itali, China dan Libya telah mengambil bahagian dalam acara amal itu. Terima kasih kepada JAKOA Bentong atas kerjasama dan sokongan bagi membolehkan kami menyampaikan bantuan ke kampung. Tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan kami atas sumbangan, penyertaan dan usaha mereka yang memungkinkan untuk misi kemanusiaan ini dilaksanakan.

Menerusi misi yang melibatkan penyertaan lebih 20 orang peserta telah ke Temerloh, Pahang dengan membawa beberapa barangan keperluan seperti selimut, bantal dan makanan telah disampaikan untuk 100 keluarga ke pusat pengumpulan sumbangan. Bantuan kemanusiaan bertujuan untuk membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir besar yang melanda kawasan tersebut.

KDN : PPI9083/08/2016(034564)

INSPIRASI PERCUTIANKU /

EDISI 71 2017 RM 8.00

/ 87

EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook

Articles inside

lEISurE mAlAySIA ADvENTurE TourISm

2min
pages 94-95

hoTEl SuNwAy loST worlD TAmbuN

4min
pages 88-91

lEISurE mAlAySIA hISTory

19min
pages 96-114

NEwS/mAlDIvES

4min
pages 92-93

hoTEl TF rIvErSIDE

2min
pages 86-87

SANTAI PrIhATIN mISI kEmANuSIAAN mANgSA bANjIr

2min
pages 84-85

ProDuk PElANCoNgAN/ mAChINCANg PETlAND

1min
page 75

PIlIhAN EDITor CASA DEl mAr

1min
pages 76-77

hoTEl NovoTEl TAIPINg

2min
pages 82-83

ACArA mFmPA

4min
pages 78-81

ProDuk PElANCoNgAN/ PArADISE 101

1min
page 74

PIlIhAN EDITor rEbuNg rESorT

2min
pages 72-73

SANTAI PrIhATIN jElAjAh ANITA bIkErS

11min
pages 66-71

ANTArAbANgSA CITArASA mAkANAN TurkI

8min
pages 58-65

DImENSI bAhAru PElANCoNgAN PENDIDIkAN

4min
pages 22-23

DESTINASI 10 TArIkAN SukAN DAlAmAN DI SElANgor

7min
pages 38-41

DESTINASI ATv kEmENSAh

7min
pages 32-37

CAPAI kECEmErlANgAN bErSAmA CITy uNIvErSITy mAlAySIA

7min
pages 24-31

DESTINASI rumAh PANjANg SArAwAk

7min
pages 42-49

ANTArAbANgSA muAy ThAI

5min
pages 52-57

ANTArAbANgSA NEgArA SElAmAT DIlAwATI SEmASA CovID 19

1min
pages 50-51
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.