mendapatkan pelbagai jenis makanan yang terkenal,di Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue yang berdekatan. Nikmati Cendol Hulu Kampung yang viral dan banyak lagi di syurga makanan Bandar Melaka ini. Anda juga boleh berjalan menyelusuri persisiran Sungai
Melaka di mana anda akan menemui lebih banyak tempat tarikan pelancong seperti bangunan Istana Lama Melaka, atau memilih untuk menaiki beca tradisional bagi bersiar-siar dalam bandar yang boleh didapati dengan mudah menerusi panggilan semasa dengan bantuan staf hotel. Paling menarik, Tun Fatimah Riverside Hotel menawarkan pengalaman eksklusif penginapan di Hotel Bot, juga akses ke Jeti Persendirian Hotel (sewa bot disediakan) sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu mahupun pengembaraan solo tanpa kerumitan atau berada di tempat yang sesak dengan pengunjung
awam yang lain. Juga terdapat bot-bot VIP bagi majlis-majlis istimewa seperti pesta ulang tahun di atas air atau pengalaman pelayaran makan malam. Direka untuk keselesaan dan kemudahan para penginapnya, hotel ini dilengkapi dengan 166 bilik, ballroom, bilik mesyuarat, restoran dan tempat acara. Ia merupakan destinasi ideal untuk semua tujuan sama ada aktiviti masa lapang dan bersantai, perniagaan, hiburan atau acara-acara khas.
Tun Fatimah Riverside Hotel 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka Telefon: 06-289 7888 KDN : PPI9083/08/2016(034564)
INSPIRASI PERCUTIANKU /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ 89
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU