Majalah Santai 86

Page 89

berita santai//cadbury

Cadbury Dairy Milk Raikan Identiti Jenama Baharu di Malaysia Mondelez International (Malaysia) memberi wajah baru yang lebih segar kepada jenamanya yang ikonik iaitu Cadbury Dairy Milk. Bungkusan terbaru ini menampilkan reka bentuk perkataan yang telah dilakar semula, ikonografi baru, Cocoa Life, garis panduan pengambilan makanan ringan yang betul dan tipografi baru, yang menekankan komitmen syarikat terhadap kelestarian, pengambilan makanan ringan yang betul dan bahan ramuan berkualiti tinggi. Bungkusan berwajah baru ini tampak dan terasa lebih semula jadi, asli dan berkualiti tinggi. Dengan pengenalan reka bentuk bungkusan terbaru ini, Mondelez International berusaha untuk menghidupkan matlamat syarikat konfeksi global itu yang menumpukan tentang Snacking made right atau pembuatan makanan ringan yang betul; makanan ringan yang betul untuk masa yang sesuai, dibuat dengan cara yang betul. Identiti jenama baru ini telah dilancarkan buat pertama kalinya di Australia pada April, diikuti oleh Afrika Selatan. Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara yang mengguna pakai wajah terbaru berkenaan tahun ini. Walaupun jenama coklat pilihan di bawah Mondelez International ini telah menawarkan pelbagai snek yang enak kepada rakyat Malaysia selama lebih 70 taKDN : PPI9083/08/2016(034564)

88 /

EDISI 71 2017 RM 8.00

/ INSPIRASI PERCUTIANKU

hun, namun sejarah Cadbury Dairy Milk sebenarnya telah bermula seawal 1905. Sejarah awalnya, John Cadbury telah memasukkan satu setengah gelas susu ke dalam setiap bar coklat berbanding hanya satu gelas, menghasilkan rasa klasik yang amat dikenali dan disukai ramai. Setelah Cadbury Dairy Milk berevolusi selama beberapa dekad, logo satu setengah gelas susu itu terus kekal menjadi simbol utama yang melambangkan kebaikan sejati dan kemurahan hati jenama berkenaan. Dalam identiti terbaharu ini, logo tersebut kini dihubungkan secara langsung dengan kepingan coklat bagi menekankan prinsip yang menjadi pegangan jenama berkenaan iaitu There’s Goodness in Everyone atau Ada Kebaikan Pada Setiap Insan di samping mempertengahkan kualiti bahan ramuannya. “Sebagai salah satu pengeluar coklat terbesar di dunia, kami berjaya menawan hati jutaan pengguna dengan jenama seperti Cadbury Dairy Milk, Toblerone dan Milka”, ujar Vikram lagi. “Menerusi coklat kami, kami ingin mengambil kesempatan dalam menyampaikan perubahan dan mesej positif kepada semua anggota masyarakat di sekeliling kami.” Rangkaian produk pertama yang akan menampilkan identiti terbaharu Cadbury Dairy Milk ini ialah produk

klasik kegemaran rakyat Malaysia iaitu CADBURY DAIRY MILK 165g dan ia kini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara. The Taaras Beach & Spa Terima Anugerah The Taars Beach & Spa Resort telah memenangi TripAdvisor Traveller’s Choice Award 2020. Ia telah dikenali di seluruh dunia, dengan hasil pandangan dari tetamu pada tahun 2019. Dengan anugerah ini, ia meletakkan hotel di mata dunia. “Kami amat berbangga dapat menerima anugerah ini dari jenama pelancongan terkenal TripAdvisor. Kami juga amat berterima kasih buat para tetamu kami yang mempunyai keyakinan terhadap jenama kami, malah mengiktiraf servis kami terhadap industri pelancongan. Walaupun tahun ini memberikan tamparan hebat buat industri pelancongan, dengan anugerah ini ia akan memberikan kami semangat yang lebih untuk meneruskan perkhidmatan dan memberikan yang terbaik untuk masa hadapan,” kata Encik Pravir Mishra, Pengurus Besar The Taaras Beach & Spa Resort. Resort ini terletak di Pulau Redang, sebuah pulau pelancongan yang terkenal di Terengganu. Resort ini mempunyai 158 buah bilik dan suite serta lima vila utama yang mengadap Laut Cina Selatan.

EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook

Articles inside

NEWS bE READY

3min
pages 107-108

MYCEb CEO MYCEb

4min
pages 109-110

MYCEb MEET IN MALAYSIA LOCALLY

7min
pages 111-116

QUINTON

22min
pages 91-106

bERITA SANTAI CADbURY

5min
pages 89-90

bERITA SANTAI WETA 2020

1min
pages 87-88

PELANCONGAN PERUbATAN

17min
pages 77-86

DESTINASI kELANTAN

6min
pages 51-56

DESTINASI kEMbALI TRAVEL

5min
pages 57-58

HOTEL THE LAkE HOUSE

1min
pages 75-76

ACARA MENTERI LAWAT kL

8min
pages 70-74

ISU COVID UZAIDI

1min
pages 49-50

COVER STORY ALAM MAYA kARIN... DESTINASI AGRO MAEPS SERDANG

8min
pages 9-16

DESTINASI bERINTERAkSI bERSAMA ORANGUTAN

2min
pages 31-34

COVER STORY CEO MARDI CORP

2min
pages 19-20

COVER STORY MENYEMARAk INDUSTRI PELANCONGAN AGRO

4min
pages 21-22

ISU COVID TREND

1min
pages 45-46

ISU COVID INSENTIF

3min
pages 47-48

DESTINASI 7 WONDERS CAMERON

5min
pages 25-30

QUINTON GROUP

2min
pages 23-24
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.