Kuntum January 20

Page 50

Nilai Kita Cerita Teladan Oleh: Miss Pakma

Nasib

Malang Sang

Arnab…

J

ISI 1

46

202

0

ED

auh di sebuah hutan belantara, terdapat sepasang sahabat yang amat akrab. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Keakraban kedua-dua haiwan ini sudah diketahui oleh semua penghuni rimba yang lain di situ. Ramai yang cemburu melihat persahabatan yang terbina antara mereka termasuklah Si Belang, Harimau. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersamasama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Marilah kita membuat sarang. Sekarang ini sudah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat untuk tinggal dan berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, saya mahu tidur,” jawab arnab tidak acuh. Si Belang telah mendengar perbualan mereka lalu mempunyai satu idea. Ia mahu membuat onar dan membuat dua sahabat ini bergaduh. “Buat apa kamu bersusah payah membuat sarang. Kamu boleh melompat tinggi, pasti ada dahan

yang boleh dipanjat dan boleh berteduh. Baik masa ini kamu duduk berehat dan tidur sahaja,” hasut Si Belang. “Betul katamu wahai Si Belang, aku setuju dan badan aku pun letih, nanti-nanti sahajalah aku bantu tupai membuat sarang,” ujar arnab. Si Belang hanya tersenyum sinis mendengar jawapan daripada arnab. Sangkaannya tepat sekali, arnab telah termakan pada hasutannya. Si Belang ternyata telah menyimpan dendam yang amat lama buat arnab dan tupai. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan. ”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,” kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” tambah arnab lagi.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.