Kuntum January 20

Page 64

Ruangan Interaktif Cita-citaku

Kerjaya Sebagai Jurutera Minyak dan Gas A

ISI 1

60

202

0

ED

pabila bercerita mengenai dunia pekerjaan, pasti anda akan terfikir mengenai persekitaran yang berhawa dingin tetapi tahukah anda ada bidang kerjaya yang memberikan kita pengalaman untuk berada di tengah-tengah lautan contohnya kerjaya dalam bidang cari gali minyak dan gas. Pasti seronok jika setiap hari kita dapat melihat keindahan laut sambil merasai keheningan bayu pagi di tengah-tengah lautan dan tidak perlu bersesak di atas jalan raya untuk ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, ada juga cabaran dalam kerjaya ini yang perlu dititikberatkan seperti keselamatan. Meskipun berdepan dengan cabaran yang hebat dan berisiko tinggi namun kerjaya ini menjanjikan gaji yang lumayan. Lihat sahaja pada Siti Marlia Mohamad, yang berasal dari Terengganu ini sudah berkecimpung dalam bidang minyak dan gas sejak tahun 2015. Menurut gadis yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dari Universiti Teknologi Malaysia, dia mula menceburi dalam bidang ini oleh kerana keinginannya untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Di samping itu juga, peluang untuk bekerja di luar negara seperti di Emiriah Arab Bersatu, Dubai dan Abu Dhabi juga menjadi salah satu faktor yang menarik minat Siti Marlia

untuk bekerja dalam bidang ini. Bercerita pula mengenai tempoh waktu bekerja, menurutnya tiada jadual yang tetap kerana dia akan berada di laut selama 28 hari dan berada di darat selama 4 hari sehingga sesuatu projek itu selesai dan untuk syarikat antarabangsa, ia tidak tertakluk pada mana-mana cuti umum. Meskipun banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam menceburi bidang ini, kerjaya ini pasti memberikan seribu satu pengalaman buat dirinya. Untuk anda yang ingin menceburi dalam bidang minyak dan gas ini, Siti Marlia berpesan untuk sentiasa fokus di dalam kelas dan mula merancang strategi untuk mencapai matlamat hidup.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.