3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 148
perkara tersebut. Mudah faham, kalau kita pergi ke rumah orang masuk pintu depan dan beri salam, tuan rumah suruh masuk barulah kita masuk, jangan masuk pintu belakang (pintu dapur). Ini bertentangan dengan norma-norma bangsa kita apa lagi ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam. Kejadian ini kelihatannya kurang menimbulkan kesedaran, sebaliknya lebih banyak menimbulkan keluhan serta tindakan salah menyalahkan di kalangan masyarakat. Pakar-pakar dalam bidang agama biasanya mencari kesalahan saja, bukannya cara penyelesaian. Memang mudah untuk menuding jari mencari kesalahan orang tapi pada masa yang sama kesalahan diri sendiri tidak disedari. Tidak ada satu kerangka yang bersifat holistik diunjurkan bagi mengekang dan mengatasinya. Kalau ada pun ianya bersifat sendiri-sendiri, bahkan ada pihak yang seakan-akan menjadi penaja fenomena ini. Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin terhadap anak-anak dan ahli keluarganya, guru-guru tidak tersalah fokus menangani anak muridnya, pihak-pihak yang bertanggungjawab pada peringkat mana pun perlu mengakui kekurangan dan tidak hanya menyalahkan rakyat dan pengikutnya. Apabila keadaan ini selari daripada peringkat bawah hingga ke atas, akan berlakulah proses tindakan kukuh mengukuh di antara satu sama lain. Apa yang menyedihkan kejadian ini seolah-olah menjadi agenda baru dalam kepimpinan sesetengah pihak. Kumpulannya sahaja yang betul dan kumpulannya sahaja yang mempunyai program serta membuat tindakan. Keadaan ini telah mengakibatkan perpecahan, kelemahan sehingga usaha yang berkesan sukar dilakukan. Rentetan daripada gejala sosial yang semakin susah dibendung ini, timbul pula isu yang lebih mencabar, iaitu isu aqidah. Aqidah yang menjadi nadi dan tunggak kekuatan umat Islam, tidak menjadi perkara penting dalam agenda pembangunan ummah dan negara. Implikasinya, yang jahil terus mengabaikan aqidah kerana ia tidak mempunyai nilai untung dan rugi keduniaan. Yang berpengetahuan termasuk sebahagian mereka yang menggelarkan dirinya ilmuan mempolemikkan pegangan yang sudah sekian lama diamalkan secara harmoni. ISU KHILAFIYAH DIPERDEBATKAN Isu khilafiyah dan persepsi sesuatu kefahaman diperdebatkan secara terbuka, yang kadangkala bertujuan untuk mencari 148