3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 155
Seperti juga semut-semut tersebut bukan semua yang menggigit itu terbunuh dan bukan juga yang tidak menggigit itu selamat. Tidak mengira apa kedudukan kita, jalanilah kehidupan ini berlandaskan syariat, serta hindarkanlah diri daripada mengikut hawa nafsu. Bertindak berdasarkan akal yang waras bukan berdasarkan emosi. Berhati-hatilah, kerana kesilapan dan kecuaian yang dilakukan boleh mengundang turunnya bala atau musibah.
1.
KITA MENGATUR, TETAPI ALLAH SWT MAHA PENGATUR DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA Kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada penulis: Seorang bapa yang tidak bersetuju anaknya berkahwin dengan pilihannya sendiri, secara emosi lantas berkata “Kalau kau kahwin juga aku tembak engkau”. Selepas seminggu ketika sedang berada di tengah sawah, anaknya telah dipanah petir. Betapa sedih dan sesalnya si bapa.
2.
Pengalaman penulis bersama 40 jemaah umrah pada tahun 1987 ketika berada di Mekah. Tiket untuk penerbangan balik dalam proses menunggu (waiting list). Kebanyakan jemaah yang terdiri daripada kalangan guru membuat solat hajat. Keesokannya semua jemaah berangkat ke Jeddah dan memohon kepada pegawai penerbangan MAS agar kami dapat balik. Apabila masa penerbangan yang dijadualkan hampir tiba kami diminta ke kaunter daftar masuk (check-in) menggantikan satu kumpulan jemaah seramai 40 orang yang terkandas dalam perjalanan ke airport kerana kerosakan bas.
3.
Pengalaman penulis di musim haji tahun 2001. Di waktu hampir untuk naik ke Arafah, isteri seorang jemaah haji telah mengidap penyakit radang otak, menyebabkan beliau dimasukkan ke wad ICU Hospital Arab Saudi selama 9 hari kerana tidak sedarkan diri (koma). Ada juga yang mengatakan beliau meninggal dunia. Pesakit ini dibantu dengan solat hajat oleh beberapa orang jemaah. Dengan izin ALLAH SWT, akhirnya beliau kembali sihat dalam tempoh yang singkat hingga mampu menyelesaikan urusan hajinya dengan sempurna. Subhanallah!.
4.
Pengalaman penulis bersama rakan bergelar Dato’ ketika mengerjakan umrah. Masing-masing membeli selipar untuk ke masjid. Sewaktu hendak pergi ke Tana’im untuk mengerjakan umrah, penulis berkata kepada kawan yang bergelar Dato’, 155