3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 191
Biru. Ia menggunakan kuasa arang batu yang mengambil masa 24 hari perjalanan dari Singapura ke Jeddah, dan singgah di Ceylon (Sri Lanka). Sheikh Ahmad Lampong turut belayar bersama jemaahnya. Dua tahun selepas itu barulah jemaah haji dibawa menggunakan kapal khas yang diberi nama kapal Suklup, yang menggunakan kuasa minyak. Kapal itu sebenarnya adalah kapal barang yang diubahsuai bagi membawa jemaah. Ini kerana pada ketika itu tidak ada kapal penumpang yang berulang alik terus dari Singapura ke Jedah. Tidak ada keperluan dan tidak ada permintaan. Keperluan membawa jemaah haji hanya berlaku setahun sekali. Segala keperluan makan minum jemaah pada waktu itu semua dibawa dalam keadaan mentah untuk dimasak di dalam kapal. Begitu juga dengan keperluan-keperluan lain, kerana tiada kemudahan peti sejuk di dalam kapal. Dalam perjalanan inilah jemaah mengikuti kursus haji. Ini kerana kemudahan kursus tidak disediakan sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci. Sebahagian jemaah tidak faham, tentang perjalanan sebenarnya. Justeru ketika kapal singgah di Ceylon, ada jemaah yang merasa gembira, kerana menyangkakan mereka telah sampai di Jeddah. Berbagai peristiwa dan pengalaman dilalui oleh jemaah semasa dalam pelayaran. Ketika kapal dipukul ribut kencang, kapal akan terumbang ambing, hingga menyebabkan ada kalanya jemaah terpelanting hingga mengalami kecederaan seperti patah tangan dan sebagainya. Ketika laut berombak besar pula, keadaan kapal akan melambung turun naik mengikut ombak. Ini akan menyebabkan jemaah mabuk, muntah-muntah hingga tidak lalu makan. Keadaan mabuknya juga lambat untuk pulih hingga kadang kala sampai beberapa hari setelah naik ke darat pun masih terasa macam berada di dalam kapal. Ada jemaah yang berjalan terhuyung-hayang, seperti orang mabuk, senget ke kiri, senget ke kanan atau ke depan dan ke belakang. Ketika ada kematian, mayat akan dikebumikan di laut. Pada masa ini jemaah dapat melihat ikan-ikan besar yang mengekori kapal bagi mendapatkan mangsanya. BEKALAN JEMAAH HAJI Satu cabaran besar mengendalikan jemaah ketika itu ialah ketika mengangkut barang-barang kepunyaan jemaah. Kalau pada hari ini jemaah hanya membawa pakaian, tetapi pada ketika itu jemaah terpaksa membawa semua keperluan makan minum bagi 191