3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 200
PENGLIBATAN SHEIKH AHMAD DALAM URUSAN HAJI BERSAMA PIHAK BERKUASA ARAB SAUDI Semasa sistem muassasah, Sheikh Ahmad terlibat dalam membuat perancangan perjalanan haji. Beliau adalah salah seorang ahli dalam jawatakuasa yang dipertanggungjawabkan menentukan perjalanan haji bagi satu-satu musim, bersama-sama Syeikh Mohd Ali Inderagiri. Itulah antara sebab, ramai jemaah memilih untuk menunaikan haji bersama Sheikh Ahmad, kerana antara kelebihannya ialah bagi mendapat penempatan yang dekat dengan tempat melontar, ketika berada di Mina. Ini penting kepada jemaah, terutama bagi mereka yang telah berumur, ia akan memudahkan dalam urusan melontar Jamrah. Ini kerana pekerjaan melontar adalah antara pekerjaan yang sangat mencabar kepada jemaah. Keadaan bersesak-sesak bukan sahaja berlaku ketika melontar, tetapi juga ketika berulang alik melalui satu terowong bagi mereka yang ditempatkan di Muassim. Inilah hakikat yang ada di Mina untuk menampung jemaah yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Mina Jamrah yang terletak di antara dua bukit hanya menampung kira-kira 700,000 ke 800,000 jemaah, sudah tentu tidak dapat menampung jemaah yang sudah mencecah angka 3 juta ke 4 juta bagi satu-satu musim. Kali terakhir Sheikh Ahmad mengendalikan jemaah haji ialah pada tahun 2006. Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui bersama jemaah. Selain daripada faktor usia, tiada anaknya yang berminat mengambil alih kerjaya ini, kerana masing-masing sudah bekerjaya mengikut profesion masing-masing. Kini Sheikh Ahmad mahu meneruskan kehidupannya dengan berehat, beramal juga turut memonitor masa depan cucu-cucunya. Walaupun sudah berusia, ingatannya terhadap pengalaman menguruskan haji di Malaysia masih segar. Sebagai contoh, dalam pertemuan dengan beliau di rumahnya beliau masih mengenali dan ingat kepada Hj. Sulaiman, dari Banting Selangor, bila ditanya, katanya dengan pantas, “Oh ! yang gemuk-gemuk tu…” Ini kerana semasa hidupnya Hj. Sulaiman yang mengerjakan haji di awal tahun 70an bersama Sheikh Ahmad sering menceritakan tentang kebaikannya. Ibarat berkempen, selalu mencadangkan kenalannya yang hendak pergi ke Tanah Suci, supaya memilih Sheikh Ahmad sebagai pengendalinya. Kelebihan Sheikh Ahmad Lampong dalam masakan ialah hidangan nasi saliknya. Seringkali selepas selesai urusan pengendalian haji, beliau akan mengajak kami (petugas Utas dan beberapa jemaah) ke rumahnya untuk dijamu makan. Biasanya 200