3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 207
MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT, SUNAT ATAU SUNNAH? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh Khutbah Jumaat merupakan suatu medium komunikasi dan penyampaian mesej kepada umat Islam sejak disyariatkan pada zaman penurunan wahyu dan hukumnya kekal sehingga ke hari ini. Rasulullah SAW memaksimumkan penggunaan dan fungsi khutbah Jumaat, mencakupi pelbagai bidang kehidupan berpandukan petunjuk daripada ALLAH SWT. Khutbah Jumaat juga menjadi asas kekuatan umat Islam dalam usaha mendalami, memahami dan menghayati ajaran Islam. Makna-makna yang terkandung di dalamnya dapat meresap masuk ke dalam jiwa-jiwa pendengar jika para jemaah dapat menumpukan perhatian kepada khutbah yang disampaikan dengan penuh tekun. Menurut hukum fiqh, dua Khutbah pada solat Jumaat yang diselangi dengan perbuatan duduk di antara keduanya merupakan syarat sah kepada solat Jumaat. Perlaksanaan khutbah itu juga terkandung syarat-syarat tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penyampai khutbah dan pendengar khutbah dan tertakluk kepada kategori hukum tertentu. Bagi pendengar khutbah yang menghadiri solat Jumaat, menurut mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki dan pendapat Imam Syafie dalam qaul qadim, hukum memberikan perhatian dan mendengar khutbah adalah wajib dalam erti kata perbuatan tersebut diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa jika ditinggalkan (rujuk kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 35/116). Justeru itu perbuatan bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah menurut jumhur adalah haram. Menurut pendapat mazhab Syafie (pendapat Imam Syafie dalam qaul jadid semasa berada di Mesir) yang dijadikan fatwa dalam mazhab seperti dalam kitab Mughni al-Muhtaj syarah kepada al-Minhaj Imam Nawawi karangan Muhammad bin al-Khatib al-Shirbini 1/390 (1998) hukum memberikan perhatian dan mendengar khutbah adalah sunnah ( ). Istilah sunnah dalam matan al-Minhaj diperjelaskan oleh al-Shirbini dengan maksud mandub (sesuatu amalan yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan). Menurut ulama usul al-Fiqh ibadah yang berada dalam kategori mandub dari sudut proses pengeluaran hukumnya bersandarkan kepada suatu perkara yang dituntut dalam agama untuk dilakukan dan tuntutan tersebut dengan dalil yang tidak membawa kepada wajib (jazam). Oleh kerana dalil yang menjurus kepada perintah mendengar khutbah daripada al-Quran dan al-Hadis 207