3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 265
KHIDMAT TERAKHIR SEORANG ANAK Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Dalam keadaan dunia ditimpa musibah besar seperti Covid ketika ini, pengorbanan besar perlu dilakukan oleh anak-anak untuk menjaga dan memelihara ibu bapa yang uzur atau sakit. KEWAJIPAN berbuat baik terhadap ibu bapa adalah suatu ketetapan daripada ALLAH SWT kepada anak-anak. Lahirnya seorang anak ke dunia adalah disebabkan adanya mereka dan dengan kasih sayang mereka, anak itu dapat hidup dengan sempurna. Oleh sebab itulah ALLAH SWT meletakkan kedudukan ibu bapa cukup tinggi, hanya satu darjah di bawah tanggungjawab seorang hamba kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (al-Isra’, ayat 23) Maksud perintah berbuat kebaikan kepada ibu bapa dalam ayat tersebut membawa dua pengertian. Pertama kebajikan dan kebaikan terbaik yang dapat dilakukan seperti yang dilakukan oleh ibu bapa kepada anak. Kedua memastikan kebajikan mereka terjaga semasa mereka masih hidup. Berbakti kepada ibu bapa tiada batasan masa dan tempat, sama ada mereka masih bertenaga atau telah dimamah usia. 265