3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 269
KERANA MASA, EMAS BINASA Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang merupakan rekod baru dunia disebabkan lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung. RAKYAT MALAYSIA digemparkan dengan insiden mengejutkan selepas Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang merupakan rekod baharu dunia. Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan persaingan disebabkan lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung. Bahananya maruah negara tercalar dan ganjaran bernilai lebih satu juta ringgit mungkin terlepas begitu sahaja hanyalah disebabkan kerana masa yang tidak dipatuhi atau bukan kesalahan beliau sendiri dan juga kontinjen negara yang tidak diketahui. ALLAH SWT bersumpah dengan masa dalam Surah al-Asr kerana masa itu adalah sangat penting pada seseorang insan. 269