3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 273
BENARKAH PESAKIT COVID YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH MATI SYAHID DUNIA DAN AKHIRAT? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
1.
KEMATIAN merupakan perjalanan terakhir setiap insan yang dilahirkan di atas muka bumi ini tanpa berkecuali. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, kerana kematian merupakan sunnatullah yang sudah ditetapkan garis waktunya untuk semua makhluknya. Kematian juga merupakan peralihan untuk menuju alam abadi dan mendapat tempat yang selayaknya di sisi ALLAH SWT sama ada syurga atau neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
2.
Setiap orang yang beriman inginkan kesudahan hayatnya dengan cara yang diredai ALLAH SWT dan tertulis di sisinya sebagai husnul-khatimah. Namun, bukanlah suatu perkara mudah mendapatkan perkara tersebut kecuali dengan izin ALLAH SWT dan rahmatnya ke atas makhluk serta iltizam seorang hamba berada di atas jalan istiqamah melaksanakan amal soleh dan nahi munkar. Penghormatan tertinggi daripada ALLAH SWT ke atas hambanya boleh diukur dengan cara kematian yang berlaku. Justeru mati syahid dengan tiga kategorinya secara berurutan merupakan suatu anugerah ALLAH SWT kepada hamba-hambanya yang terpilih. Tidak syak lagi golongan mendapat tempat yang terbaik di sisi ALLAH SWT berdasarkan pandangan mata kasar manusia yang menilai kematian tersebut berlaku dan kesudahannya milik mutlak ALLAH SWT untuk menentukannya.
3.
Tiga kategori syahid yang dikemukakan oleh ulama berpandukan kepada hadis-hadis Nabi SAW yang bermaksud: Pertama: Syahid dunia & akhirat. Syahid kategori ini hanya bagi mereka yang terkorban dalam medan peperangan 273