2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 25
dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa ALLAH SWT tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu)”. [22] 41. Firman ALLAH SWT lagi dalam surah al-Hajj, ayat 19-22 yang bermaksud: “Inilah dua golongan mukmin dan kafir yang berbantah-bantahan tentang tuhan mereka, maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak. [19] Dengan air itu dihancur leburkan segala apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. [20] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. [21] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar!”. [22] Firman ALLAH SWT lagi dalam surah al-Taubah, ayat 35 yang bermaksud: “(Iaitu) pada hari dimana emas perak (dan harta benda) itu dibakar dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”. Firman ALLAH SWT lagi melalui surah Ghaafir, ayat 71-72 yang bermaksud: “Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret. [71] Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka;” [72].
42.
FAKTA YANG MENAKUTKAN DAN DAHSYATNYA API NERAKA Umum mengetahui neraka tempat seksaan buat orangorang kafir, musyrik, pendosa yang memakan harta haram (batil, rasuah), pelaku maksiat dan sebagainya yang terkandung di dalamnya beragam seksaan pedih sebagai bentuk balasan atas kejahatan yang pernah dilakukan ketika di dunia. Sifat semulajadi neraka tercipta daripada semua jenis api dengan kepanasan luar jangkauan pemikiran manusia. Sekitar 1980an penulis berpengalaman menunaikan haji ketika cuaca panas melebihi pada kadar biasa sekitar 50+- (lebih kurang) darjah 25