2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 58
sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya”. Manakala suapan pula menurut seksyen 2 Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah “wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya”. RASUAH DALAM PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 90. Tafsiran dan penjelasan oleh KPKPj Nazli Rasyid Sulong, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, setiap kali menjelang musim perayaan sama ada menyambut Aidilfitri bagi masyarakat Islam dan Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina, amalan kunjung-mengunjung sesama keluarga dan sahabat merupakan amalan yang mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah persaudaraan antara satu sama lain. Kebanyakan negara, termasuklah Malaysia, amalan pemberian buah tangan merupakan satu adat yang diamalkan oleh masyarakat supaya tidak hadir ke rumah orang dengan ‘tangan kosong’. Perkara ini juga sememangnya telah dipraktikkan dan sebati dalam dunia korporat dan perniagaan di mana ianya satu kebiasaan untuk bertukar-tukar momento atau hadiah korporat semasa sesuatu lawatan kerja, perasmian, program dan sebagainya. Amalan memberi hadiah atau buah tangan selalunya diibaratkan sebagai sedekah atau tanda penghargaan dan pengiktirafan daripada pemberi. Amalan ini memanglah dianggap baik seandainya pemberian itu dibuat dengan niat yang ikhlas, jujur dan bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan ukhuwah antara pemberi dan penerima. Namun, pemberian hadiah itu boleh menjadi rasuah apabila hadiah itu diberi dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan, keuntungan, perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas atau urusan rasminya dan ianya akan menjadi ‘barah’ dalam masyarakat. Masyarakat pada umumnya masih tidak begitu jelas sama ada pemberian atau penerimaan sesuatu hadiah itu dibolehkan mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Kesamaran ini berkemungkinan berpunca daripada keadaan 58