2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 83
itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderita dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)”. [75] 7.
Bau busuk yang menyeksakan. Penghuni neraka diazab dengan pelbagai bentuk bau-bauan yang sangat busuk. Menurut Ibnu Buraidah daripada ayahnya daripada Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya bau alat kelamin para pelacur di dalam neraka menyeksa deria cium penghuni neraka”. (Riwayat al-Bazzar)
SIAPAKAH GOLONGAN PERTAMA DIHISAB DAN DIAZAB DI NERAKA? 135. Abu Hurairah RA pernah menceritakan daripada Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: Sesungguhnya pada hari kiamat, ALLAH SWT akan turun kepada hamba-hambaNya untuk menghakimi mereka, sedang mereka dalam keadaan berlutut. Orang pertama yang dipanggil untuk dihisab adalah orang yang menghafal al-Quran, orang yang berjihad di jalan ALLAH SWT, dan orang yang memiliki banyak harta. ALLAH SWT lalu bertanya kepada orang yang membaca atau menghafal al-Quran: Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu apa yang telah Aku turunkan kepada utusanKu? Orang itu menjawab: Benar wahai ALLAH SWT. ALLAH SWT kembali bertanya: Lantas apa yang telah kamu lakukan dengan apa yang telah kamu ketahui? Orang itu menjawab: Aku bangun di waktu malam dan siang hari. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Kamu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan adalah seorang pembaca al-Quran yang baik. Dan sebutan itu sudah didapatkan. Lalu dihadapkan kepada ALLAH SWT orang yang diberikan harta. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Bukankah Aku telah melapangkan rezeki bagimu hingga Aku tidak membiarkan dirimu meminta-minta kepada orang lain? Orang itu menjawab: Benar, wahai ALLAH SWT. ALLAH SWT bertanya: Apa yang telah kamu lakukan dengan apa yang telah Aku anugerahkan kepadamu? Orang itu menjawab: Aku menyambung silaturrahim dan bersedekah. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata kepadanya: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: 83